Kedua belah tangannya memegang kedua belah pipi putihnya kemudian.....
Cup!
Bibirnya dicium sekilas sebelum Raphael menjarakkan badan mereka semula.
Farisya terkaku ditempatnya manakala Raphael sudah menayang senyuman sinis. Dia kembali merapatkan jarak mereka.
"Thanks for the kiss, Star's" bisik Raphael sebelum telinga Farisya dikucup sekilas.
Farisya sudah merasa mukanya memerah akibat perlakuan Raphael yang naughty itu. "Your blushing?" tanya Raphael dengan tawa sinis.
"T...Tuan...t...terlalu rapat" ujar Farisya dengan sedaya upaya menolak tubuh sasa jejaka itu. "One day....you will be mine," bisik Raphael sebelum menjilat telinga Farisya kemudian menjarakkan kembali badan mereka.
Muka Farisya makin lama makin merah melihat telatah tuannya. "A...apa Tuan buat ni? Haram!" kata Farisya sambil menggosok telinga yang dijilat oleh Raphael.
Raphael menghamburkan tawa yang agak kuat. Dia suka melihat telatah Farisya yang bagaikan terkaku, terkejut dan terkedu. Eh? Macam lain je ayat tu.
Mereka bertentang mata beberapa saat.
"Ahem!"
Mereka berdua menoleh kearah suara tersebut. Muka Farisya sudah membahang manakala Raphael menayangkan wajah tenang.
"Korang nak apa?" soal Raphael kepada Afiq,Daim,Amirul dan Fernando. Mereka hanya lalu lalang disitu tetapi ternampak benda lain pulak. Uish... hangat!!
"Kau takde kerja lain ke nak cium anak dara orang?" soal Amirul, tangannya disilangkan.
Raphael hanya mengeluh sebelum melangkah meninggalkan mereka berlima. "Woi! Nak gi mana? Kau dah sedap-sedap cium anak dara orang pastu kau blah macam tu je? Tak reti nak mintak maaf?" Daim memandang tajam kearah Raphael.
Farisya hanya memandang Raphael sehingga jejaka itu hilang dari pandangannya.
"Dah kau? Tercegat apa lagi kat sini? Gi balik!!" jerkah Afiq membuatkan Farisya tersentak.
"M...maaf Tuan," Farisya menunduk sedikit sebelum pergi dari situ.
"Ni la budak sekarang! Suka sangat buat maksiat! Mak bapak tak ajar ke!?" bebel Afiq.
"Nasib baik kita halang, kalau tak habis dia dibuatnya...hilang kesucian kita" sambung Fernando sambil geleng kepala.
"Habistu korang? Suci sangat ke?" tanya Amirul. Mereka berdua terdiam seketika.
Sentap
"Wei cerahkan langit hari ni?" tanya Afiq kepada Fernando ubah topik perbualan.
"Haah wei, cerah gila" jawab Fernando.
Daim menggeleng beberapa kali melihat dua ekor beruk itu. Tau sentap tadi cakap bukan main lagi berlagak suci.
Farisya mengunci pintu kereta sebelum menekan pedal minyak. Kereta Mercedes itu bergerak dengan laju meninggalkan kawasan syarikat.
'Kenapa aku tak halang dia ee tadi?' bisik Farisya didalam hati. Kenapa dia membiarkan Raphael mencium bibirnya? Kan haram! Habislah kalau abang-abang dia tahu!!
************************************
"Isya kenapa?" tanya Faizul keluar daripada dapur.
Tiba di rumah tadi, abang sulungnya menghantar pesanan mengatakan bahawa mereka nak datang ke rumah.
"Takde apa, stress sikit" jawab Farisya lembut.
"Pergi rehat" kata Faizul sebelum menarik tangan adiknya untuk naik keatas.
YOU ARE READING
My Star
Romance*KUPM* Tengku Raphael Aisy atau dikenali sebagai 'Killer' tidak sengaja terjatuh cinta dekat seorang perempuan yang mempunyai mata yang unik. "Why do you run away from me, My Star's?" - Tengku Raphael Aisy "Cause your psycho..." - Maizatul Farisya A...