"SURPRISED!!"
Farisya terdiam selepas melihat hiasan yang cantik itu.
Tangan yang menekup mulutnya perlahan dilepaskan sebelum Farisya menoleh kebelakang.
Faizul.
"A...Angah?"
Faizul mengukir senyuman kecil. Tangannya mengusap lembut kepala Farisya yang masih blur itu.
"Happy birthday, Isya. May Allah blessed you until the end of your life" ucap Faizul lembut sebelum memeluk adiknya.
Farisya terdiam tanpa kata tetapi masih membalas pelukan abang keduanya.
Faizul melepaskan pelukan sambil kedua belah tangannya menggosok perlahan bahu Farisya.
Dahi putih itu dicium lembut seperti memberikan kasih sayang seorang abang.
"Selamat Hari Lahir, Masya! Dah besar dah adik along ni" ucap Syafiq pula sebelum dia juga turut mengusap kepala adiknya.
"Ish! Habislah rosak rambut adik!" kata Farisya sambil tergelak kecil.
Maira memeluk Farisya daripada belakang. Pipi gebu itu dicium.
"Happy birthday, adik! Semoga Allah sentiasa melindungi adik dan bersabar walau apapun dugaan dan cabaran yang datang" ucap Maira penuh gembira.
"Terima kasih, akak" balas Farisya bersama senyuman manis.
Matanya tertangkap susuk badan Melur yang tersenyum gembira.
Dia melangkah kearah kawan baiknya sebelum bahu Melur digenggam kuat.
"Kau ni memang suka buat aku risau kan?! Aku mati-mati ingat kau kena culik!" kata Farisya geram sambil menggoyangkan badan Melur.
"Woi, woi, sikit-sikit dah la!" kata Melur sebelum Farisya melepaskan dengan geram.
Melur tersengih sebelum membuat jari peace. "Happy birthday, kawan cinta intan payungku yang paling cantik dan berseri di tapak ice skating" ucap Melur dengan gaya gediknya.
Farisya tersenyum menahan gelaknya. Kawannya ini memang tak sah kalau tak panggil dia begitu.
"Sudah lah tu dramanya, mari potong kek ni" kata Tengku Afiqah.
Kasihan pula melihat Rizqi yang dari tadi memegang kek coklat itu.
Sampai menggigil! Berat sangat ke kek yang mama buat tu Rizqi?
"Hehe" Farisya mengorak langkah mendekati Rizqi yang sedang memegang kek itu.
Pisau dihulurkan. Matanya membaca tulisan yang terhias diatas kek itu.
Happy Birthday Maizatul Farisya!
May Allah blessed you ♡
16/7
Farisya mengukir senyuman nipis. Melihat getaran tangan Rizqi yang memegang kek itu membuatkan dia tergelak kecil.
"Termenung apa lagi kak? Cepatlah, sakit tangan dah ni. Mama buat kek ke atau tong gas pun saya tak tahu" bisik Rizqi tidak mahu didengar oleh Tengku Afiqah.
Sungguh berat kek ini!
Farisya sudah bersedia untuk memotong kek bersama alunan lagu yang dinyanyikan oleh Afiq dan Fernando.
Siapa yang suruh diaorang nyanyi ni?
Entahlah, author. Diaorang yang volunteer.
Sediakan keselamatan sebelum rumah runtuh.
ANDA SEDANG MEMBACA
My Star
Romance*KUPM* Tengku Raphael Aisy atau dikenali sebagai 'Killer' tidak sengaja terjatuh cinta dekat seorang perempuan yang mempunyai mata yang unik. "Why do you run away from me, My Star's?" - Tengku Raphael Aisy "Cause your psycho..." - Maizatul Farisya A...
