Farisya membuka matanya perlahan-lahan.
Dia memandang sekeliling bilik itu. Ya, dia dan Tengku Afiqah masih berada di dalam bilik kurungan ini.
Farisya memandang ketepi, melihat tubuh Tengku Afiqah yang elok berbaring disebelahnya sambil mengusap ubun-ubun disebalik bawal hitam.
"M...mama?" panggil Farisya perlahan.
Tengku Afiqah membuka matanya apabila terdengar seseorang memanggilnya. Dia memandang kearah Farisya yang sudah tersedar dari pengsan.
"F....Farisya? Risya dah bangun ke sayang?" Tengku Afiqah memeluk tubuh Farisya erat. "Alhamdulillah...mati-mati mama ingat kamu tinggalkan mama," ujar Tengku Afiqah serak. Memandangkan mereka tidak minum air suara menjadi serak.
"Ya mama, Risya dah bangun" Farisya memberi senyuman yang cukup manis kepada Tengku Afiqah.
"Risya bertahan ya sayang? Mama yakin Raph akan selamatkan kita berdua," kepala Farisya kembali mendenyut. Kalini lebih sakit berbanding sebelum ni. Mungkin hentakan yang dikenakan terlalu kuat mengakibatkan kepalanya sakit.
Kemudian pintu dikuak dari luar, muncul susuk tubuh Nizam dengan tangannya memegang sesuatu.
"Kau nak apa ha jantan!? Boleh tak jangan kacau anak dara orang!?" tengking Farisya. Nizam hanya memandang dengan senyuman sinis.
"Dah bangun pun masih marahkan I lagi ke you? You takde rasa kasihan langsung ke dekat I?" tanya Nizam beserta ketawa sinis. Farisya hanya memandang kegeraman. Nizam masih tidak berputus asa untuk mengambil hatinya!
"Nizam, I dah bagitahu you banyak kali yang I takkan kahwin dengan orang psycho macam you!!" Kenapa susah sangat nak faham!?
"Diam!" jerkah Nizam.
"I tak kisah! You hanya untuk I! You are mine Farisya! Forever minee!!" Kemudian Nizam memegang rambut Farisya sehingga dia terdongak keatas.
"Astaghfirullahalazim! Sudah! Kenapa kamu susah sangat nak faham!?" Tengku Afiqah menarik rambut Nizam sampai dia mengaduh dengan kuat.
"Aduh! Sakit la orang tua! Lepaslah!!" Nizam meronta agar Tengku Afiqah melepaskan rambutnya. Boleh botak macam ni!
"Selagi kau tak lepaskan rambut dia aku takkan lepaskan rambut kau!" Nizam melepaskan genggaman dan menolak tubuh Tengku Afiqah kuat.
"Argh.." Tengku Afiqah mengusap belakangnya. Dia merasa sakit dibelakang dek kerana tolakan Nizam.
"Mama!" Farisya berlari kearah Tengku Afiqah tetapi Nizam pantas menarik rambutnya sehingga terjatuh.
"Kau ni memang menyusahkan! Boleh tak kau dengar je arahan aku kalini!?" jerkah Nizam kuat.
Pang!
Satu tamparan kuat hinggap di pipi Farisya.
Pang!
Kalini tamparan lebih kuat sehingga terkeluar cecair merah di celah bibirnya.
"Kalau kau nak kau dengan orang tua tu survive, better kau ikut arahan aku!"
Pang!
"Kahwin dengan aku!"
Belum sempat tamparan keempat higgap di pipi, pergerakkan Nizam terhenti apabila merasai sesuatu menepuk bahunya.
Nizam menoleh kebelakang. Menampakkan susuh tubuh Raphael memandang kearahnya dengan wajah tegang. Nizam menelan liurnya apabila melihat wajah yang berbaur penuh amaran itu.
"Kalau orang dah tak nak jangan paksa la bodoh!" satu tumbukan padu diberi sehingga Nizam tidak sedarkan diri.
"Ya Allah Risya!" jerit Tengku Afiqah melihat Farisya yang seperti tidak bermaya. Matanya berat untuk dibuka.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Star
Romance*KUPM* Tengku Raphael Aisy atau dikenali sebagai 'Killer' tidak sengaja terjatuh cinta dekat seorang perempuan yang mempunyai mata yang unik. "Why do you run away from me, My Star's?" - Tengku Raphael Aisy "Cause your psycho..." - Maizatul Farisya A...