Haluu!! Maaf ye semua Han busy sikit bulan ni, tu yng tak sempat nk buat! T^T
I'm sorry!! Mesti semua tngh tunggu bab baru kaan? Cadangnya nk buat 10 bab terus tapi disebabkan ramai yng sudah menunggu jadi Han publish yng ini dulu la :>
Selamat membaca! :]
************************************
"Farisya!" pintu bilik wad diraja dibuka kuat sehingga tombol pintu terkena dinding. Terhenti pergerakkan jururawat yang sedang merawat Farisya.
Raphael melangkah mendekati katil Farisya tapi dihalang oleh Tengku Hamzah.
"Continue" kata Tengku Hamzah. Jururawat yang berada disitu mengangguk sebelum sambung membuat rawatan.
Tengku Afiqah sudah menangis teresak-esak disofa yang berada dalam bilik itu.
Raphael memandang wajah isterinya yang dipenuhi dengan luka kemalangan. Luluh hatinya melihat keadaan isteri tercinta layu diatas katil hospital.
Seusai sahaja selesai, Tengku Hamzah mengarahkan jururawat itu keluar dari situ. Jururawat hanya menganggukkan kepala dan terus keluar daripada bilik wad diraja.
Kini wajah anaknya dipandang, Raphael masih berdiri tegak ditempatnya.
"Raph"
'Siapa buat isteri aku macam ni? Siapa yang langgar dia? Siapa manusia yang tiada hati perut melanggar dia?' kata Raphael dalam hati. Dendamnya hampir sampai ke puncak.
"Raph" bahu anaknya ditepuk perlahan.
'Kau memang sial! Memang bodoh! Aku tak akan maafkan kau! Aku akan cari kau sampai dapat!' kata Raphael lagi dalam hati. Tangannya digempal seperti ingin menumbuk.
"Raph!" Tengku Hamzah meninggikan sedikit suaranya. Raphael tersentak dari lamunannya.
"Yes, pa?" Raphael menoleh ketepi memandang bapanya. "Mengelamun?" soal Tengku Hamzah sepatah sebelum melangkah mendekati isterinya yang berada di tepi katil.
"Ya Allah Risya, kenapa boleh jadi macam ni, hiks" kata Tengku Afiqah dengan tangisan. Tangan menantunya digenggam erat.
Cukup lah dia kehilangan anak bongsunya. Dia tidak mahu kehilangan menantunya pula.
"Star's" Raphael mendekati katil Farisya sebelum kepala Farisya diusap lembut.
"Bangun please, bintang abang" kata Raphael perlahan. Air jernih sudah bergenang ditubir matanya.
Matanya yang sudah berkaca-kaca terus Raphael keluar daripada bilik itu. Tidak mampu untuk melihat luka isterinya.
Badan bersamdar pada dinding. Perlahan-lahan air jernih turun membasahi pipi.
"Tuan"
Raphael memandang anak buahnya dengan wajah beku. Air mata yang mengalir tidak dipedulikan.
"Saya nak beritahu Tuan pasal kes kemalangan Puan Farisya" kata pengawal peribadi Farisya kepada Raphael.
"Base" itu sahaja yang keluar daripada mulut Raphael. Pengawal itu mengangguk sebelum melangkah pergi.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Star
Romansa*KUPM* Tengku Raphael Aisy atau dikenali sebagai 'Killer' tidak sengaja terjatuh cinta dekat seorang perempuan yang mempunyai mata yang unik. "Why do you run away from me, My Star's?" - Tengku Raphael Aisy "Cause your psycho..." - Maizatul Farisya A...