Tok! Tok!
"Masuk" Fernando membuka pintu bilik pejabat itu kemudian meletakkan satu fail berwarna hitam di atas meja Raphael.
Raphael kerutkan dahinya melihat fail hitam yang berada di atas meja kerjanya.
"Fail ni ada maklumat tentang pihak musuh....Aku suruh Rizqi hack then bagi maklumat ni kat aku, lepas siap semua baru aku hantar dekat kau" ujar Fernando apabila melihat Raphael seperti dalam keadaan blur.
Raphael mengangguk kemudian membelek segala isi yang ada dalam fail satu persatu. "They really want to see god quickly," kata Raphael beserta senyuman sinis.
"Fer, aku nak kau settlekan masalah yang minggu lepas punya secepat yang mungkin kemudian bagitau budak-budak untuk get ready minggu depan." Fernando hanya menunduk sedikit dan terus berlalu meninggalkan pejabat.
Kemudian pintu bilik pejabat dikuak dari dalam. Dapat melihat satu susuk tubuh yang sangat dikenali yang boleh buat mental jadi tak waras.
Afiq melangkah masuk kedalam dan duduk diatas sofa yang berada di tengah-tengah pejabat itu.
"Aik? Hari ni buah hati tak datang kerja ke?" tanya Afiq selepas melihat meja Farisya kosong.
"Aku bagi dia cuti untuk jaga mak aku kat rumah," ujar Raphael.
Afiq hanya membuat mulut berbentuk 'o' kemudian dia beralih kearah Raphael yang kusyuk membuat kerjanya.
"Kau pergi tak jenguk sepupu kesayangan kau sebelum dia pergi sempadan nanti?" tanya Afiq.
"Malas" jawab Raphael sepatah.
"Dah kau, buat apa kat sini? Kenapa tak duduk syarikat kau aje?" budak ni memang takde syarikat ke apa sampai duduk kat sini?
"Bosan" jawab Afiq sepatah. Hah! Rasakan! Ingat kau sorang aje boleh jawab gitu? Aku pun boleh la!
"Pergi buat kerja kau, menyemak je duduk sini" ujar Raphael sebelum sambung membuat laporan kerjanya.
Afiq mencebik kemudian terus melangkah keluar daripada pejabat Raphael. Eleh, orang nak duduk lepak pun takleh! Huh! Merajuk aa gini!
Raphael mengeluh kecil melihat telatah sahabatnya seperti budak-budak yang tak dapat mainan.
Dia meneruskan tulis laporan untuk perjumpaan seterusnya.
************************************
Tengku Afiqah melangkah kearah Farisya yang berada di halaman rumahnya.
"Risya? Risya buat apa tu?" soal Tengku Afiqah. Risya merupakan gelaran baru bagi Farisya. Kemudian Farisya menoleh kebelakang dengan senyuman manis.
"Saja duduk sini amik angin," ujar Farisya selepas Tengku Afiqah duduk bersebelahan dengannya.
Tengku Afiqah memerhati mata Farisya yang unik itu. Ya, keluarga Imran mempunyai keturunan yang unik. Keturunan Imran mempunyai mata crystal baby blue manakala keturunan isterinya mempunyai mata seperti galaxy yang dipenuhi dengan bintang.
Anak ini mendapat mata ibunya. Ia sangat sesuai dengan wajahnya yang anggun dan jelita. Andai perkara itu tidak berlaku......
"Mama?" Farisya mengoyangkan sedikit lengan Tengku Afiqah. Dah kenapa tiba-tiba mama termenung? Tak sihat ke?
Tengku Afiqah menoleh ketepi dan senyuman manis terukir. "Mama ok je, jom ikut mama pergi shopping nak? Mama nak tunjuk kat kamu satu kedai makan yang paling best!" ujar Tengku Afiqah gembira.
Farisya menganggukkan kepala. "Tapi, saya kena bagitau Tuan Raphael kalau nak pergi mana-mana dengan mama" Tengku Afiqah menahan tangan Farisya daripada menghantar pesanan untuk Raphael.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Star
Romance*KUPM* Tengku Raphael Aisy atau dikenali sebagai 'Killer' tidak sengaja terjatuh cinta dekat seorang perempuan yang mempunyai mata yang unik. "Why do you run away from me, My Star's?" - Tengku Raphael Aisy "Cause your psycho..." - Maizatul Farisya A...