Raphael duduk dihadapan Farisya selepas membayar minumannya.
Farisya hanya pandang ke tepi supaya tak make eye contact dengan dia.
"How's your holiday?" tanya Raphael memecahkan kesunyian. "Good" ujar Farisya sepatah. "Tak balik rumah family?" tanya Raphael.
Farisya hanya menggeleng kepala sebagai jawapan. "Why?" tanya Raphael sepatah sambil menetap wajah ayu didepannya. "Kalau balik pun takda buat apa juga lagipun adik beradik saya semua sibuk dengan hal masing-masing," kata Farisya.
"Kenapa pandang tempat lain? Aku kat depan kau ni," kata Raphael. Dia tidak berpuas hati apabila Farisya tak pandang kearahnya sewaktu dia bercakap.
Farisya terus memandang kehadapan. Dia sebenarnya nak je jawab 'sebab boleh bang' tapi disebabkan orang hadapan dia ni adalah boss, jadi dia buang saja ayat tu. Tak pasal-pasal kena buang kerja sebab melawan cakap boss. Baru je 1 minggu bekerja dekat syarikat Miracle's Holding.
Raphael menatap mata Farisya yang seperti galaxy itu membuatkan dia tertanya-tanya. Macam mana dia boleh dapat mata yang unik? Siapa orang sebelumnya? Dia daripada keturunan apa?
"Boss?" Farisya merasa tidak selesa apabila Raphael memandang dengan wajah dingin.
Raphael bagaikan baru tersedar dari lamunan terus bertanya kepada Farisya. "Macam mana kau boleh dapat mata yang unik? Kau dari keturunan mana? Belah parents yang mana? Siapa je lagi yang ada mata macam kau?" tanya Raphael bertubi-tubi.
"Errrr..." Farisya terkejut sekejap tadi apabila Raphael tanya tentang matanya.
"Okay dia macam ni...." Farisya tarik nafas panjang sebelum hembus dengan perlahan.
"Mak saya orang Jepun. Keturunan kami memang special sebab mata kami yang seperti galaxy. Antara yang dapat mata ni adalah saya dan Angah. Along dapat mata ayah kecuali kakak yang ada gabungan warna mata. Mata ayah warna crystal baby blue. Ayah dari keturunan China cuma atok saya belah ayah masuk Islam. Sebatu muka ayah macam mix Chinese sikit. Kalau nak tau, mata kakak saya yang paling unik dalam keluarga sebab mata dia campur dengan mata ibu dengan ayah. Crystal baby blue + galaxy, tapi kakak saya selalu pakai fake eye sebab nak tutup mata sebenar dia. Dia kisah silam dia datang balik," jelas Farisya panjang lebar.
Dia menundukkan kepalanya apabila menyebut tentang kisah silam kakaknya yang sangat pahit.
Raphael yang hanya mendiamkan diri dan mendengar setiap penjelasan ya rasa serba salah. 'Aduh! Asal aku rasa bersalah pulak ee tanya macam tu?' bisik Raphael dalam hati.
"Tapi sekarang kakak dah banyak berubah," Farisya sambung semula. Raphael mengangkat wajah dan menunggu perkataan seterusnya.
"Kakak dah makin kuat sekarang, dia selalu tumbuk mana-mana lelaki yang cuba buat apa-apa dekat saya. Kadang-kadang dia sampai campak masuk longkang, hahahaha"
Farisya ketawa kecil apabila teringat kejadian yang pernah terjadi dulu.
Raphael merasa mukanya memerah terus beralih ke tempat lain selepas lihat ketawa Farisya. Obsessed nya makin bertambah! Dia perlu kawal obsessed nya supaya tidak berlaku apa-apa pada perempuan ni.
Dia tidak mahu wanita kesayangannya disakiti olehnya. Dia tidak mahu kehilangannya. Dia sanggup buat apa saja demi wanita itu! Apa saja! Itu hak milik dia! Takda sape boleh amik! Tiada siapa yang boleh pegang kecuali dia!
Farisya yang perasan muka tuannya merah menjungkitkan keningnya. Dah kenapa boss aku ni? Blushing ke?
"Tuan blushing ke?" tanya Farisya dengan senyuman nakalnya. Ini kali pertama dia mengusik CEO yang dingin itu. Selalunya dia diam aje, takut kena tengking.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Star
Romantizm*KUPM* Tengku Raphael Aisy atau dikenali sebagai 'Killer' tidak sengaja terjatuh cinta dekat seorang perempuan yang mempunyai mata yang unik. "Why do you run away from me, My Star's?" - Tengku Raphael Aisy "Cause your psycho..." - Maizatul Farisya A...