Farisya mencelikkan matanya. Badannya berasa sangat lenguh. Badannya disandarkan pada kepala katil sebelum menarik selimut menutup badan yang terdedah.
Dahi dipicit perlahan. Pening.
Kejadian malam semalam membuatkan dia trauma. Takut.
Farisya menoleh kearah Raphael yang masih nyenyak tidur. Tiba-tiba sahaja air matanya mengalir.
Hanya kerana satu arahan, dia dihentam teruk oleh Raphael. Farisya dengan segera menarik tuala dan masuk kedalam bilik mandi.
Melihat dirinya dicermin. Kesan lebam pada leher dan bahunya. Tangannya naik mengusap kepala yang masih meninggalkan kesan darah.
Ya, dia sempat melarikan diri dari Raphael malam semalam tetapi malangnya Raphael mengejarnya sehingga jalan yang dikelilingi hutan.
Disitulah kali terakhir dia berlari sebelum jatuh tersungkur diatas jalan akibat daripada pukulan yang sedikit kuat dikepala.
"Now, you will get a punishment" kata Raphael.
Farisya sudah tidak tentu arah. Dia perlu cari jalan untuk lari daripadanya. Raphael mendekatkan bibirnya dileher Farisya.
Farisya memandang kearah kakinya yang betul-betul berada di celah kelangkang Raphael terus dia menyepak dengan kuat.
"Argh" Raphael melepaskan genggaman tangan Farisya akibat kesakitan. Dengan pantas Farisya menolak Raphael sekuat hati sehingga terjatuh menyembah lantai.
Farisya berlari keluar daripada bilik mereka. Raphael yang masih mengerang kesakitan itu dibiarkan sahaja.
"Damn it! Kau tak akan dapat lari dari aku Farisya!" gumam Raphael keras seperti memberi satu amaran.
Farisya berlari dengan penuh tenaganya. Dia sudah penat sebelum dia berhenti seketika dibahu jalan.
Dia melihat keadaan sekeliling. Jalan disini dipenuhi dengan hutan. Kiri dan kanan.
Drap! Drap! Drap!
Farisya memandang kebelakang apabila terdengar bunyi tapak kasut. Terbuntang matanya melihat Raphael berlari kearahnya bersama kayu besbol.
"AllahuAkbar" mengucap Farisya sebelum sambung melarikan diri. Disini sudah la dipenuhi hutan, agak sulit untuk dia meminta tolong.
"You think you can run away from me!?" jerkah Raphael. Bibirnya tidak berhenti mengukir senyum sinis.
Farisya yang berasa Raphael makin lama makin hampir terus dia memecut walaupun tenaganya sudah kehabisan. Lengannya disambar kuat membuatkan Farisya hampir jatuh menyembah bumi.
Raphael sempat memegang pinggang ramping Farisya. Senyuman sinis masih terukir dibibirnya.
"Oh my wife, kenapa lari daripada abang?" soal Raphael lembut mengusap pipi putihnya. Farisya sudah menggigil ketakutan.
"R...Raph, please.. don't" gagap Farisya mengeluarkan kata-kata. Seluruh tubuhnya menggigil. Anak mata hitam Raphael ditatap sayu, meminta simpati.
Raphael ketawa sinis. Ingat dia akan lepaskan begitau sahaja? Oh tidak!
"I'll count to 5 and you run away as far as you can" bisik Raphael ditelinga Farisya. "If I catch you..."

ANDA SEDANG MEMBACA
My Star
Romance*KUPM* Tengku Raphael Aisy atau dikenali sebagai 'Killer' tidak sengaja terjatuh cinta dekat seorang perempuan yang mempunyai mata yang unik. "Why do you run away from me, My Star's?" - Tengku Raphael Aisy "Cause your psycho..." - Maizatul Farisya A...