Bab 17

383 15 0
                                    

    "Sayang?"

Farisya membuka matanya perlahan-lahan apabila dia merasakan seseorang memanggilnya.

"Bangun, kita dah sampai" kata Raphael sebelum seatbelt dibuka.

"Raapphh" renget Farisya memeluk lengan suaminya. Raphael menjungkitkan kening melihat Farisya yang tiba-tiba sahaja peluk lengan dia.

"Dukung" kata Farisya sepatah.

"Tak nak, nanti abang dukung takut sampai ke sampai bilik pergi" kata Raphael. Dia tahu yang isterinya masih mamai, kalau tidak isterinya tak akan minta dukung.

Dengan perlahan Farisya melepaskan lengan Raphael sebelum mengeliat sedikit. Rasa lenguh satu badan sebab tidur duduk terlalu lama.

"Kita kat mana ni?" soal Farisya melihat permandangan diluar. Sebuah rumah banglo besar yang dipenuhi pokok-pokok disekeliling. Kawasan ini agak tersorok sedikit dari bandar, mungkin suaminya suka tempat-tempat macam ni kot.

Raphael membuka pintu penumpang dan menghulurkan tangannya. Farisya menyambut huluran Raphael dan keluar daripada perut kereta.

"Rumah kita" jawab Raphael sebelum pintu penumpang ditutup. Pinggang ramping itu ditarik rapat kearahnya.

"Besarnya" gumam Farisya namun dapat didengari oleh Raphael.

"Jom" mereka berjalan memasuki dalam rumah agam itu. Membulat mata Farisya melihat ruangan didalam rumah banglo besar itu. Luas!

"Welcome to our new home" ujar Raphael dengan senyuman manis diberi.

"Welcome home young master" sapa salah seorang pegawai sebelum menunduk sedikit menunjukkan hormat kepada majikannya.

Raphael hanya mengangguk. Wajahnya berubah serius seketika selepas sahaja pegawai itu pergi dia mengembalikan wajah ceria pula.

Farisya yang melihat sudah mengerut. Apahal suami aku ni? Main tukar emosi. Gila ke apa?

"Dalam rumah ni sayang boleh masuk mana-mana bilik tapi tak boleh masuk bilik tu," kata Raphael sambil menunjuk kearah bilik bawah tangga.

"Kenapa?" tanya Farisya.

"Itu bilik rahsia, tiada siapa yang boleh masuk bilik tu" jawab Raphael tegas.

Farisya memandang pintu rahsia dengan wajah yang ingin tahu. Apa yang ada dalam bilik tu sampai tak bagi orang masuk? Takkan isteri pun tak boleh masuk?

"Jangan cuba-cuba nak masuk, kalau masuk nanti kena denda" kata Raphael dengan senyuman senget. Sudah beberapa orang masuk kedalam bilik itu sebelum ni.

"Denda apa?" laaahhhhh denda apa pulak kalau masuk bilik tu?

"Kalau orang lain mungkin melibatkan nyawa but not you, kalau kau masuk denda dia special" jawab Raphael sinis. Hampir semua penghuni dalam rumah ini telah mati ditangannya akibat masuk kedalam bilik larangan.

"Ish! Apa main nyawa nyawa ni! Tak suka lah!" kata Farisya sebelum melangkah naik keatas.

Raphael melepaskan tawa kecil melihat isterinya. Dia masih tidak tahu kerja sebenarnya. Dia tidak memberitahu kerja sebenar agar isterinya tidak menjauhkan diri.

"Tuan" panggil salah seorang pegawai yang datang menghampirinya.

Wajah Raphael serta merta berubah tegang dan dingin. Kemudian dia menoleh kearah pegawai yang berdiri sebelahnya.

"Kita perlu pergi sekarang, Tuan Daim dah tangkap musuh yang cuba ceroboh base kita minggu lepas" kata pegawai itu. Raphael mengeluh perlahan sebelum mengangguk.

My StarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang