Beberapa bulan kemudian...
Farisya turun kebawah bersama Haidar. "Hari ni nak makan apa ee," ujar Farisya sebaik sahaja masuk dapur.
Haidar yang berada di dukungan Farisya hanya melihat mamanya mencari barang untuk makan.
"Haidar nak makan apa hari ni?" tanya Farisya. Tangannya ralit mencari barang-barang yang ingin dimasak.
"Ayam goyeng!" jawab Haidar dengan pelatnya.
Farisya tersenyum sebelum plastik ayam diambil didalam peti sejuk.
Ting! Tong!
Dengan segera Farisya melangkah kearah pintu rumah.
Dahlia tersenyum manis selepas Farisya membuka pintu rumahnya. "Hi Lia!" sapa Farisya dengan senyuman lebar.
"Hii, awak buat apa tu?" soal Dahlia selepas Farisya mempelawanya masuk.
"Saya nak masak untuk makan tengah hari, awak dah makan? Kalau belum saya masakkan untuk awak" ujar Farisya.
"Eh, tak apa, saya dah makan sebelum datang sini tadi" tolak Dahlia lembut.
"Iz tak ikut sekali ka?" tanya Farisya. Selalu apabila Dahlia datang kerumahnya mesti ada Izzah sekali.
"Dia ada hal, itu yang tak dapat ikut" jawab Dahlia lembut. Farisya mengangguk faham sebelum melangkah masuk ke dapur semula untuk memasak.
Haidar bermain pipi Dahlia bersama kepalanya yang terlentok sedikit. Dahlia tersenyum manis.
"Eeee, comelnyaaa dia nii" kata Dahlia geram sebelum pipi Haidar dicium banyak kali sehingga anak kecil itu ketawa.
"Anak siapa la ni comel sangat,"
Dahlia melepaskan tawanya melihat anak kecil itu.
Farisya yang berada di dapur hanya memerhati mereka berdua. Senyuman manis terukir.
Gadis yang bertudung itu sungguh cantik dan berseri. Tidak hairan mengapa salah seorang anak buah suaminya terjatuh hati pada gadis itu.
"Oh, awak dah beritahu suami awak ke sebelum datang sini?" soal Farisya sambil membawa dulang yang berisi air.
Dahlia seakan-akan tidak mengerti apa yang ditanya oleh Farisya. "Lia tak bagitahu suami Lia ke?" soal Farisya sekali lagi.
Dahlia yang baru teringat terus mengambil telefon pintarnya. Nombor suami didail sebelum telefon itu diletakkan di telinga.
Farisya mengangguk apabila Dahlia meminta izin untuk keluar sekejap. Haidar yang terbaring itu diangkat.
"Risya," panggil Dahlia lembut.
"Yes, Lia?" Farisya memandang Dahlia bersama senyuman.
"Suami saya kata Raph suruh saya ambil barang dalam bilik kerja dia, awak ada nampak kunci dia tak?" tanya Dahlia lembut.
"Seingat saya dia ada letak kunci dekat atas tu" jawab Farisya sambil jari telunjuknya ditunjuk kearah sebuah bakul yang terletak diatas meja.
"Oh okay, terima kasih" ucap Dahlia sebelum kunci didalam bakul itu diambil. Kemudian dia melangkah kearah pintu yang berada dibawah tangga.
"Eh, awak sekejap!"
Dahlia menoleh kearah Farisya. Kening diangkat sedikit. "Kenapa?"
"Raph tak bagi siapa-siapa masuk dalam bilik tu" ujar Farisya.
"Tapi Raph dah bagi kebenaran untuk saya masuk" ujar Dahlia. Kunci dibuka sebelum tombol pintu itu dipulas.
"But you can't enter" kata Dahlia apabila Farisya melangkah menghampirinya.
YOU ARE READING
My Star
Romance*KUPM* Tengku Raphael Aisy atau dikenali sebagai 'Killer' tidak sengaja terjatuh cinta dekat seorang perempuan yang mempunyai mata yang unik. "Why do you run away from me, My Star's?" - Tengku Raphael Aisy "Cause your psycho..." - Maizatul Farisya A...