Bab 26

144 7 0
                                    

  9 bulan kemudian...

Raphael membawa naik dulang makanan yang disediakan oleh mamanya sebentar tadi.

Raphael membuka pintu perlahan-lahan agar isterinya tidak terjaga dari tidur.

Dulang yang berisi makanan itu diletakkan diatas meja. Raphael duduk di birai katil sebelum mengelus rambut Farisya dengan lembut.

"Star" kejut Raphael.

"Star bangun, makan" kejut Raphael lagi apabila Farisya tidak bangun dari tidurnya.

Kelopak mata Farisya perlahan dibuka. Senyuman manis khas diukir untuk si suami.

"Abaangg" rengek Farisya. Raphael hanya tersenyum nipis melihat manjaan isterinya.

"Lapaar" kata Farisya lagi.

"Tau, sebab tu abang kejut bintang abang ni bangun" kata Raphael sebelum perlahan-lahan mengangkat isterinya untuk duduk.

Perut yang besar itu diusap lembut. "Agak-agak apa jantina baby kita?" tanya Farisya memegang tangan besar Raphael yang berada di perutnya.

"Entah, abang tak kisah pun apa jantina baby kita" ujar Raphael.

"Saya suruh agak je" kata Farisya sambil mencebikkan bibirnya. Raphael ketawa kecil sebelum mencuit hidung isterinya.

"Maybe, baby boy?" agak Raphael.

"Why?"

"Sebab nanti pangkat abang sebagai ketua kumpulan akan jatuh ke tangan generasi yang baru, boleh je nak ambil perempuan tapi lebih baik ambil lelaki" jelas Raphael.

"Lagipun, itu adalah satu undang-undang yang dibuat oleh orang atasan" sambung Raphael.

"Orang atasan? Bukan abang memang dah sebagai orang atasan ke?" soal Farisya bingung.

"Abang memang orang atasan tapi undang-undang ni orang atas abang yang buat, abang cuma sebagai ketua kumpulan yang paling penting manakala orang atas abang adalah ketua sebenar" terang Raphael namun Farisya masih bingung.

Raphael melepaskan tawa kecil. "Katakanlah dia ada buat 5 kumpulan jadi dialah ketua yang sebenar bagi kelima lima kumpulan tu" terang Raphael lagi, kali ni Farisya mengangguk faham.

"Jadi dia tu bos besar la kiranya?" tanya Farisya. Raphael mengangguk sebagai jawapan.

"Yep tapi pangkat tu akan jatuh ke tangan abang kalau isteri abang melahirkan anak lelaki jadi pangkat abang yang sekarang akan jatuh ke tangan anak lelaki kita" terang Raphael lagi.

"Walaupun dia baby?"

Raphael menggeleng. "Tak sayang, dia akan dapat pangkat tu sewaktu umur dia cukup 18 tahun" jelas Raphael serius.

"Awalnya!!" kata Farisya kuat.

"Ya memang awal, abang dapat pangkat ni pun waktu abang umur 18" kata Raphael.

"Why so early? Dia baru je nak masuk alam dewasa!" ujar Farisya seperti mahu menangis.

"Dah nama pun undang-undang Star, terpaksa ikut walaupun tak rela" pipi isterinya diusap lembut dengan ibu jarinya.

"Siapa bos besar abang tu?" tanya Farisya.

"Abang tak boleh bagitahu, ni rahsia abang dengan dia, tiada siapa tahu siapa sebenarnya bos besar abang" ujar Raphael lembut.

"Oh! Tak apa! Nanti saya tanya Amir!" kata Farisya seperti mengugut. "Cuba la, silap haribulan Amir pun tak nak bagitahu siapa" kata Raphael dengan senyuman senget.

Farisya mendengus geram. Nak tahu je siapa bukan nak buat pengunguman pun!

Raphael mengambil semangkuk bubur ayam. "Nah makan, tadi kata lapar" kata Raphael sebelum menyuap bubur ayam kedalam mulut Farisya.

My StarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang