Bab 34

17 2 0
                                        

     "Tak nak!"

"Jom balik! Dah lewat ni!" marah Faizul kepada adik bongsunya, Farisya.

"Orang cakap tak nak, tak nak lah! Jangan kacau!" bantah Farisya lagi sebelum menjilat ais krim yang berada di tangannya.

Faizul menghela nafas panjang manakala isterinya, Maya sudah tergelak kecil melihat aksi pertengkaran adik beradik itu.

"Dah nak maghrib ni, Isya. Tak elok keluar waktu maghrib macam ni" kata Faizul.

Farisya buat tidak endah sahaja. Ais krim ditangannya diteruskan menjilat.

Faizul menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Apa yang degil sangat adik aku ni? Tahulah mengandung!

Farisya meneruskan makan ais krimnya sambil menggosok perutnya yang sudah besar itu.

Faizul melihat jam dipergelangan tangannya. Sudah hampir pukul 7.

"Isya, kalau kita tak balik sekarang, angah tak nak bawak Isya jalan-jalan dah, biar terperap je dalam rumah" ugut Faizul.

Terus Farisya menoleh kearahnya. Dia paling pantang kalau tidak dapat pergi kemana-mana.

Dia cepat bosan kalau duduk dirumah saja!

"Ish! Jomlah!" Farisya akhirnya mengalah. Dia bangun dengan perlahan, dibantu oleh Maya.

Farisya memegang tangan kakak iparnya sebelum mereka berjalan bersama-sama meninggalkan tempat itu.

Faizul geleng perlahan. Sejak adiknya mengandungkan anak kedua, perangainya seperti kebudakan sedikit.

"Haih, nasib la aku kena jaga budak ni, along dengan Maira bukan nak tolong pun, acah je lebih, last aku seorang je" gumam Faizul perlahan.

Mereka bertiga sudah berjanji untuk membantu dan menjaga Farisya semasa dia dalam sarat mengandung.

Tapi semuanya hilang begitu sahaja!

Dasar janji melayu!

"Angah, cepat lah! Tadi dia yang beria nak balik!" jerit Farisya yang sudah melangkah jauh daripadanya.

Faizul tersenyum kecil sebelum mengikuti mereka berdua pergi ke kereta.

    AFIQ dan Fernando memandang sesama sendiri. Tidak tahu kenapa mereka dipanggil untuk datang ke rumah ibu bapa Raphael.

Farisya yang berada dihadapan mereka memandang dengan serius. Kaki kanan diatas kaki kiri bersama tangan yang disilangkan.

"Errr, ada apa Puan panggil kitaorang ni?" tanya Fernando.

"Kauorang, tak ada kerja kan?" tanya Farisya serius.

"Haah" balas Afiq dan Fernando. Semenjak pemergian Raphael, pengurusan mereka di Royal AARNZ agak terabai sedikit.

"Jadi, saya nak bagi kamu berdua kerja" kata Farisya serius.

Afiq dan Fernando menelan kesat air liurnya.

Farisya senyum senget sebelum memanggil anaknya. "Haidar, come here" panggil Farisya.

Serentak Afiq dan Fernando menoleh kearah budak kecil itu. Jangan cakap yang....

Badan Haidar diangkat dan diletakkan diatas ribanya. "Mulai hari ini, awak berdua kena jaga Haidar sampai saya habis pantang" kata Farisya mengejutkan kedua anak istimewa itu.

"Jaga?" soal Fernando terkejut.

Farisya angguk dengan yakin. "Saya perlu tolong Rizqi untuk siapkan dia punya kerja, nak mengharapkan awak berdua memang lambat la kerja tu nak siap" kata Farisya.

My StarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang