Bab 32

40 2 0
                                        

              RAPHAEL memandang bangunan yang besar dan megah yang berada didalam hutan tebal itu.

Kini, mereka sudah tiba di bahu jalan yang menuju ke bangunan itu. Kenderaan mereka tidak boleh masuk kedalam atas faktor jalan yang teruk.

Bangunan yang tinggi itu dipandang dengan tajam. "Wait for me, my wife" gumam Raphael sebelum melangkah kearah Rizqi.

Rizqi yang masih fokus dengan laptopnya itu dipandang. "Macam mana?" soal Raphael.

"The ladies already got inside but...." ujar Rizqi tetapi ayatnya tergantung.

"But what?" Raphael menjungkitkan keningnya.

Rizqi tidak menyambung tetapi mengalihkan laptopnya kepada Raphael.

Raphael melihat CCTV yang dipasang di jalan bawah tanah itu. Terlihat kereta Honda Civic berwarna putih sedang meluncur laju diatas jalan raya.

Raphael mengarahkan Mya, Izzah dan Maira menaik kereta Honda Civic itu.

Ternampak sebuah lagi kenderaan yang mengekori kereta yang dipandu oleh Izzah.

"Zoom" arah Raphael.

Rizqi hanya menurut perintah abangnya. Kamera itu di zoom sehingga menampakkan nombor plate kereta itu.

Bibirnya membaca nombor plate tersebut. Berkerut dahinya apabila dia melihat nombor plate kereta itu.

"Itu bukan ke nombor plate kereta.." ayatnya tergantung. Raphael cuba untuk mengimbas kembali nombor plate kereta itu.

"Musuh Rayden"

Terus Raphael menoleh kearah adiknya. Dia kurang jelas apa yang dikatakan oleh Rizqi.

"Dia ni musuh Rayden, yang paling Rayden benci" terang Rizqi cuba mengingatkan kembali kisah lama.

Raphael mengangguk perlahan. Dia ingat yang arwah Rayden memberitahunya tentang musuh yang paling dia benci.

"Sejak dari tadi lagi kereta ni asyik follow sahaja kereta Honda Civic tu, aku ingatkan kereta orang awam tetapi bukan" terang Rizqi lagi.

"Means Mya, Izzah dengan Maira dalam bahaya la?" soal Daim yang masih duduk di motor besar miliknya.

Rizqi mengangguk.

"Aku dah hantar signal dekat Mya, so nothing to worry about" sambung Rizqi lagi.

Raphael menghela nafas pendek. Kornea matanya menoleh kearah bangunan itu.

Macam mana dengan keadaan isterinya sekarang?

Adakah isterinya diseksa teruk seperti mana arwah Rayden diseksa?

Pelbagai soalan yang bermain di minda Raphael. Perasaan risau itu makin bertambah.

Dia tidak mahu kejadian yang sama berulang kembali. Dimana arwah adik kembarnya, Rayden diseksa dengan kejam.

"Gadis-gadis sudah masuk ke dalam bangunan itu ya wahai ketua" ujar Rizqi sambil menjeling kearah abangnya.

Raphael tidak berkata apa malah hanya mengangguk perlahan. Dia membuka pintu belakang keretanya sebelum sniper diambil.

"Ready" arah Raphael sepatah.

Mereka semua sudah bersiap sedia berdiri dihadapan jalan yang menuju ke bangunan itu.

"Penuh betul semak-samun ni" bisik Azfar.

Jejaka-jejaka itu berjalan dengan perlahan melalui semak-samun yang tebal itu.

                IZZAH, Mya dan Maira melangkah masuk kedalam bangunan yang besar itu.

Tidak lepas mereka bertiga memandang hiasan dalam bangunan itu.

My StarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang