Bab 5

423 20 0
                                    

   "Aku...."

"Weiiiiii!!! Dating tak ajak!!" sapa seseorang dari tepi.

Raphael dan Farisya terus pandang ketepi. Dah siapa pulak yang kacau time aku nak cakap benda penting?

"Dah ada awek tak bagitau eee kau, report kat aunty nanti" ujar Afiq yang baru sahaja tiba di cafe. "Kau buat apa kat sini?" tanya Raphael dingin.

"Saja" jawab Afiq sepatah.

Kemudian Afiq pandang Farisya dengan senyuman yang cukup manis. "Hai, nama awak apa?" tanya Afiq lembut.

"Maizatul....Farisya" jawab Farisya. Afiq hanya mengangguk. Boleh tahan lawa jugak awek Tuan dia. Mata unik, wajah berseri. Ayu! Cukup dengan taste aku!

"Awak dengan Raphael ada apa-apa hubungan ke?" tanya Afiq tanpa menghiraukan pandangan tajam Raphael. Ada jugak yang kena sembelih nanti.

Farisya terkaku apabila Afiq menanyakan soalan begitu. "Uhhhh, kitaorang tak ada apa-apa hubungan pun. By the way nama awak siapa?" ujar Farisya berserta senyuman yang agak kekok.

"Oh! Lupa nak kenalkan diri! Nama saya Afiq Syukri. Saya umur 24 tahun, muda sikit daripada Raphael" Afiq berpaling kearah Raphael yang hanya mendiamkan diri.

Raphael memandang Afiq dengan jelingan tajam dan menakutkan. Afiq berpaling semula kearah Farisya.

"Awak tahu ke nama penuh Raphael?" Raphael memandang kearah Afiq dengan wajah yang sedikit pucat.

Afiq hanya membuat muka yang tidak bersalah.

Farisya mengangkat bahu menandakan tidah tahu. Afiq mula senyum lebar. Akhirnya! Dia dapat jugak menyakar tuannya selepas beberapa minggu! Hahahaha!

"Nama penuh dia-" belum sempat Afiq menjawab Raphael telah menjawab terlebih dahulu.

"Tengku Raphael Aisy"

Mata Farisya membulat selepas dengar nama penuh Raphael. Dia bagaikan teringat sesuatu. Aisy? Tengku Raphael Aisy? Bukankah nama itu arwah ayah selalu sebut? Nama yang arwah ayah berpesan supaya berhati-hati apabila terserempak dengan dia?

Pelbagai soalan yang main di minda Farisya. Dia tak dapat nak berfikir apa yang terjadi sewaktu usianya 17 tahun.

Raphael yang memandang Farisya hanya mendiamkan diri. Dia tahu, Farisya mesti sedang berfikir apa yang telah terjadi selepas Farisya menduduki SPM dahulu.

************************************

  Farisya menghempaskan dirinya ke katil selepas pulang daripada cafe.

Otaknya ligat berfikir apa yang berlaku pada tahun yang lalu. Nama Raphael seakan-akan familiar dengan nama yang arwah ayah sebut.

Farisya mengeluh kecil sebelum bergerak ke bilik air untuk cuci muka. Seusai cuci muka Farisya terus berbaring di atas katil dan terlena.

"Ayaaahhh!!!" Panggil Farisya gembira. Dia berasa gembira selepas mendapat result SPM.

  "Eh! Astaghfirullahalazim! Jangan lari adik! Nanti jatuh!" kata Encik Imran kepada anak bongsunya. Dia kalau dah excited tak tengok sekeliling dah.

"Hehe! Ayah tengok ni! Adik dapat A+! Semua subject adik cemerlang!" Farisya memberi result kepada Encik Imran.

"Alhamdulillah...tahniah dik! Ayah bangga dengan kamu," Farisya hanya tersenyum lebar. "Apa yang bising-bising kat sini ni? Dok teriak macam orang gila," Puan Rosnah yang baru sahaja selesai masak terus keluar apabila terdengar bunyi bising diluar.

My StarWhere stories live. Discover now