Bab 2

648 35 0
                                    

  Bau masakan along menusuk kedalam hidungnya. Kalau along masak tak sah kalau tak sedap!

"Makanan dah siap!" kata Syafiq gembira kemudian letak pinggan yang berisi ayam percik di atas meja makan itu. Masha Allah...sedapnyaa...lama tak makan ayam percik!

"Woooww!! Ayam pericik!" kata Maira dengan wajah yang terlebih gembira daripada adiknya. "Ayam percik, bukan pericik. BM pun hancur." kata Faizul dengan wajah bekunya. "Diam aa kau! At least markah SPM BM aku lagi tinggi daripada kau!" kata Maira sambil memuncungkan bibirnya.

      "Heh, at least markah Math aku lagi tinggi dari kau," kata Faizul sinis. Maira terdiam seminit sebelum berdehem. Ye la! Aku kalah! Tau la Math dapat 100% masa SPM!

"Dah-dah la tu! Nah makan, lepas kita habis makan kita solat berjemaah sama-sama. Then kita doa untuk ibu kita semua yang tengah melawan cancer otak. Tak lupa juga doa untuk arwah ayah," kata Syafiq sambil meletakkan nasi ke dalam pinggan.

Farisya menundukkan kepalanya. Dia berasa sedih kerana ibu mereka tidak dapat menyertai mereka beradik makan sama-sama seperti dulu. Ibu masih terlentang di katil hospital Dan masih tidak sedarkan diri lagi lepas kejadian yang berlaku 2 tahun lepas.

   Faizul yang melihat adik bongsunya seperti hendak menangis, dia menukar topik. "Isya dah dapat ke tawaran kerja kat syarikat baru?" tanya Faizul untuk menceriakan balik suasana.

Farisya mengangkat mukanya semula sebelum menggeleng perlahan. "Tak dapat lagi," kata Farisya dengan senyuman manisnya.

Faizul hanya mengangguk.

"Long baca doa," kata Faizul.

Mereka menadah tangan untuk membaca doa makan. Selepas baca doa makan mereka terus makan masakan Syafiq yang dimasak sebelum maghrib tadi.

"Isya boleh duduk sorang ke?" tanya Faizul tiba-tiba. Farisya mengangguk, "Kenapa?" tanya Farisya sambil menyuap makanan ke mulutnya. "Kitaorang tiga ada kerja sikit kat tempat kerja kitaorang. Boss nak jumpa. Tak tau berapa lama tapi kalau Isya tak boleh duduk sorang-sorang, Angah pergi ngan along je la. Kakak tinggal kat sini teman Isya," kata Faizul panjang.

"Ohh! Boleh je! Takde hal lah! Dah biasa duduk sorang-sorang!" kata Farisya dengan senyuman lebar.

  "Are you sure?" tanya Maira. Risau jika adiknya ini takut duduk sorang kat rumah. Takut tetiba datang pencuri masuk rumah kang tak pasal-pasal kene cari pencuri tu!

Farisya mengangguk dan senyum hingga menampakkan gigi putihnya. Dia sudah terbiasa duduk berseorangan. So, no hal lah kalau dia duduk sorang-sorang! Kalau ada yang pecah masuk rumah dia pun dia tak takut la! Amboi! Bangga nampak.

  "Kakak! Nak tanya satu soalan boleh?" tanya Farisya.

"Sure, what is it?" tanya Maira semula kepada Farisya.

"Kakak ngan abang Asyraaf ada hubungan eeh?" tanya Farisya sambil mengukir senyuman nakalnya. Dia tau yang kakaknya jatuh cinta ngan abang Asyraaf! Masalahnya, bukan kakak dia sorang tapi...dua-dua! Siap letak wallpaper homescreen lagi!

Uhuk! Uhuk! Uhuk!

Maira segera minum air sirap selasih itu sehingga habis. Pergh! Bukan kaleng-kaleng soalan dia! Aduh! Kantoi! "E..eh! Mana ada! Kitaorang kawan je la!" kata Maira dengan wajah malunya.

"Aik? Tu muka akak merah dah," kata Farisya sebelum ketawa kecil. "D...dah la! Makan tu!" kata Maira sebelum menutup muka dengan kedua belah tangannya. Merah mukanya akibat perangai adiknya yang suka mengusik.

Farisya hanya ketawa kecil selepas melihat reaksi kakaknya yang sudah memerah itu. Manakala Syafiq dan Faizul hanya menggeleng perlahan apabila melihat telatah dua orang adik perempuan mereka.

My StarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang