PINTU dewan itu dibuka dengan luas. Tengku Hamzah dan isterinya berjalan terlebih dahulu sebelum diikuti bersama anak-anaknya.
Mereka berjalan sehingga tiba dihadapan. Mereka duduk dimeja VVIP yang telah disediakan.
Haidar yang perasan ayam goreng itu cuba untuk mencapai tetapi Raphael sempat memegang tangan anaknya.
"No" sepatah sahaja Raphael berkata.
Haidar mencebik. "Sabar ya sayang, nanti kita makan, tunggu atok cakap dulu" kata Farisya sebelum memandang kearah pentas.
"Diminta Tengku Hamzah Aisy bin Tengku Azhli Aisy memberi sepatah dua kata sebelum memulakan majlis makan-makan" kata upacara majlis itu.
Tengku Hamzah melangkah naik keatas pentas. "Ahem, assalamualaikum semua"
"Waalaikumussalam,"
"Saya Tengku Hamzah Aisy bin Tengku Azhli Aisy, bekas pemegang syarikat Miracle's dan Wedding Miracle's ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak majlis yang sudah bertungkus lumus menyiapkan majlis persaraan saya" Tengku Hamzah mula berbicara.
"Apa yang semua tahu, saya sudah mencapai umur 59 tahun jadi saya membuat keputusan untuk bersara awal"
"Papa baru 59 tahun?!" ujar Melur berbisik. Rizqi meletakkan jarinya di bibir Melur. "Shhh"
"Dan kamu semua juga tahu bahawa syarikat Miracle's dan Wedding Miracle's sudah dipegang oleh kedua anak lelaki saya iaitu Tengku Raphael Aisy dan Tengku Rizqi Aisy"
Mereka semua memandang kearah dua jejaka tersebut. Bisikan-bisikan gadis itu memecahkan gegendang telinga Farisya dan Melur.
Melur menjeling kearah gadis-gadis yang duduk di meja sebelah mereka.
"Kepada para gadis, saya minta maaflah ya, kedua anak lelaki saya sudah pun berkahwin" kata Tengku Hamzah selepas melihat menantu keduanya seperti ingin makan orang.
Gadis-gadis itu terdiam. Melur sudah ketawa sinis manakala Farisya hanya tersenyum.
Selesai sahaja upacara Tengku Hamzah, mereka memulakan majlis makan-makannya.
"Haidar, say aaa" Raphael menyuapkan nasi bersama ayam goreng.
"Aaaumm"
Raphael mengelap mulut anaknya. "Eee comotnya anak papa ni makan"
"Lia, Lia" panggil Farisya yang duduk disebelah Dahlia.
Dahlia menoleh kearah Farisya. "Awak perasan tak tu siapa?" soal Farisya apabila dia perasan bahawa ada seorang gadis berambut hitam memandang tajam kearah mereka.
Dahlia menoleh kearah yang ditunjuk oleh Farisya. Gadis berambut hitam itu mula melangkah apabila Dahlia perasan akan kehadirannya.
"Macam kenal," bisik Dahlia.
Rayyan yang perasan menoleh kearah isterinya lihat. Tiada orang. "Bunga tengok siapa?" tanya Rayyan.
"Tak ada siapa, sambung la makan tu" jawab Dahlia sebelum sambung semula makannya.
"Abang! Kenapa curi ayam flower!?" marah Melur apabila Rizqi mengambil ayam bahagian peha dari Melur.
"Abang nak tolong potongkan, dari tadi tak dapat potong ayam tu" kata Rizqi memotong ayam goreng itu.
Melur berdecit.
"Nah" Rizqi pulangkan semula ayam yang sudah dipotong. Melur tersenyum lebar.
"Thank you suamiku" ujar Melur memberi flying kiss kepada Rizqi.
ANDA SEDANG MEMBACA
My Star
Romance*KUPM* Tengku Raphael Aisy atau dikenali sebagai 'Killer' tidak sengaja terjatuh cinta dekat seorang perempuan yang mempunyai mata yang unik. "Why do you run away from me, My Star's?" - Tengku Raphael Aisy "Cause your psycho..." - Maizatul Farisya A...
