Bab 10

417 18 0
                                    

      Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang.

Memandangkan hari ni kerja separuh hari, Farisya pulang ke rumah selepas menyiapkan tugasan yang diberi oleh Raphael.

Farisya masih terfikir, patut ke dia minta maaf semula pada Tuannya? Waktu di office tadi, Raphael hanya menjeling dengan tajam.

"Allahu Akbar" Farisya mengucap sambil meraup wajahnya. Stress jugak fikir macam mana nak pujuk boss! Boss pun satu! Macam budak-budak nak merajuk!!

Dia bangun dari perbaringan sebelum telefonnya berdering. Farisya mencapai telefonnya diatas meja kecil disebelah katil.

"Alahh sape pulak yang call aku ni-" kata-katanya terhenti apabila melihat nama yang terpapar di skrin telefon.

Haaa sudah! Panjang umur!

'Patut ke aku angkat? Tapi kalau tak angkat lain pulak jadinya nanti' kata Farisya dalam hati. Teragak-agak Farisya gesel skrinnya menjawab panggilan.

"H...hello Tuan" sapa Farisya tergagap.

Diam....jeda.

Farisya menggigit bibirnya apabila tiada sahutan dari sana. "T...Tuan okay ke?" aduh Farisya!! Kau tanya soalan macam tu kenapa!? Terang benderang yang dia sihat walafiat!

"Stress ke?" tanya Raphael, soalan Farisya diabaikan. "Uhhh...tak Tuan, kenapa?" jawab Farisya sedikit gugup.

"Lawa baju kau, you look sexy" ternganga Farisya selepas mendengar pujian Raphael.

"Tutup mulut, nanti lalat masuk" kata Raphael lagi. Farisya sudah mula rasa tidak sedap hati, dia terus melihat sekeliling biliknya andai ada sesuatu yang tersembunyi.

"M...macam mana t...Tuan tau?" soal Farisya gagap. Seram pulak mamat ni!!

Raphael mengukir senyuman sinis, "I know everything dear," jawabnya sinis.

Farisya menelan kesat air liurnya. Dia berasa seram sejuk apabila Raphael tahu segala perbuatannya dibilik. "T...Tuan" panggil Farisya.

"Hm?"

"Saya nak minta maaf sebab buat Tuan marah haritu, saya tak ada niat pun nak buat Tuan naik angin cuma..." ayat Farisya digantung.

"Cuma?" Raphael dapat agak apa yang dibicarakan oleh Farisya tetapi dia hanya menunggu perkataan seterusnya.

"Takpelah tak penting," ujar Farisya lembut.

Tuuuuuttt!

Farisya melihat skrinnya sudah gelap. Nampaknya Raphael telah mematikan talian, aku salah cakap lagi ke?

Tok! Tok! Tok!

"Adik,dah siap ke?" tanya Maira yang berada diluar bilik.

"Dah kak! Akak tunggu kat bawah dulu, nanti adik turun!" kata Farisya kuat tapi masih lembut.

Apabila tiada lagi suara diluar, Farisya segera bersiap kerana dia menemani kakaknya membeli baju tunang. Tak lama lagi kakaknya akan bertunang dengan kawan baiknya sewaktu disekolah.

Kawan baiknya juga merupakan rakan sekerja dengan Maira. Haaa, korang mesti tahukan siapa?

Farisya turun kebawah dan langkahnya terhenti apabila mendengar perbincangan antara Syafiq dan Asyraaf.

"Kau yakin dia tak buat masalah lagi lepasni?" tanya Syafiq serious.

"Aku yakin...dengan cara ni sahaja aku dapat halang dia," jawab Asyraaf.

Farisya mengerut. Halang siapa?

Asyraaf yang merasa mereka diperhati terus menoleh kearah tangga.

Farisya terus melangkah ke pintu utama selepas Asyraaf memandangnya. Aduh kantoi dengar diaorang cakap!

My StarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang