Bab 36

26 0 0
                                        

    "HAH?" Tengku Amir seakan tidak percaya apa yang dikatakan oleh Amirul.

"Kau biar betul? Tak periksa dulu ke?" tanya Tengku Amir.

"Nak periksa la ni, sebab tu aku call kau. Nak minta tolong" balas Amirul dalam talian.

"Nasib baik kau call awal, alang-alang jadual aku tak padat minggu ni" kata Tengku Amir sambil melihat kalendar.

"Nice, esok jumpa dekat base pukul 9 malam" kata Amirul sebelum mematikan taliannya.

Tengku Amir melihat skrinnya yang sudah bertukar gelap. Telefon pintar digenggam kuat.

"Tak sangka kau hidup lagi, Raph. Tapi, kenapa kau tak balik jumpa bini kau?" ujar Tengku Amir perlahan.

Dia merasa ada sesuatu yang tidak kena. Tanpa dia sedar bapanya berada dibelakanganya.

"Amir? Termenung apa?" tanya Tengku Fareez, bapa kepada Tengku Amir.

"Tak ada apa pa, cuma kepala serabut sikit" kata Tengku Amir sebelum melangkah pergi naik keatas.

Tengku Fareez hanya melihat susuk tubuh anak terunanya sehingga bayang-bayang itu hilang.

Tengku Amir merebahkan badannya diatas katil. Isi kepalanya penuh dengan pelbagai soalan.

Adakah benar Raphael masih hidup?

Atau mungkin itu bayangan sahaja?

Wajahnya diraup kasar. Pelbagai masalah yang menimpa atas keluarga sepupunya itu.

"Uncle dengan aunty dah tahu ke pasal benda ni?" soal Tengku Amir sendiri.

Dia bangun daripada perbaringannya semula. "Aku perlu tanya Rizqi" kata Tengku Amir sebelum bingkas mengambil kunci kereta dan turun kebawah.

Tengku Fareez yang melihat anaknya tergesa-gesa itu terus bertanya.

"Amir nak pergi mana?" tanya Tengku Fareez membuat langkah Tengku Amir terhenti.

"Nak pergi rumah uncle Hamzah sekejap, nak jumpa Rizqi" jawab Tengku Amir.

"Ad-" belum sempat Tengku Fareez bertanya, Tengku Amir sudah memotong.

"Amir pergi dulu pa, balik nanti Amir jelaskan semua" kata Tengku Amir melangkah keluar daripada rumah.

              PINTU utama dibuka selepas terdengar bunyi ketukan.

Farisya jenguk sedikit diluar sebelum membuka luas pintu. "Ya? Ada apa datang sini, Amir?" tanya Farisya.

"Rizqi ada?" soal Tengku Amir tanpa menjawab soalan Farisya.

"Ada, masuk lah dulu. Saya suruh Melur panggil dia sekejap" ujar Farisya.

Tengku Amir melangkah masuk kedalam selepas dipelawa oleh Farisya.

"Eh, Amir? Ada apa datang sini?" sapa Tengku Hamzah yang baru sahaja keluar daripada dapur.

"Tak ada apa uncle, nak jumpa Rizqi je" jawab Tengku Amir sopan sebelum menyalam tangan Tengku Hamzah.

"Duduk la dulu, uncle ada nak cakap sikit dekat kamu" pelawa Tengku Hamzah.

Tengku Amir menurut pelawaan Tengku Hamzah sebelum melabuh duduk diatas sofa.

"Uncle nak cakap apa dekat saya?" tanya Tengku Amir sopan.

Tengku Hamzah memandang keatas sebentar sebelum memandang Tengku Amir.

"Uncle nak minta maaf dekat kamu sebab dah banyak menyusahkan kamu. Uncle minta maaf sangat-sangat kalau Amir tertekan dengan mereka. Amir pun ada kerja sendirikan? Jadi, uncle rasa sebersalah sebab biarkan anak-anak uncle jadi macam tu. Uncle dah jadi bapa yang tak guna untuk anak-anak uncle" kata Tengku Hamzah panjang dengan nada sedih.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Sep 07, 2025 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

My StarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang