RAPHAEL melangkah masuk kedalam base bersama dua plastik yang berisikan makanan.
"Woohoo!! Makan-makan!" jerit Fernando yang duduk di sofa itu.
Dua plastik makanan itu diletakkan diatas meja kayu. "Tambah ahli aje pun, sampai buat makan-makan?" soal Rizqi dengan nada mengejek.
"Alah kau ni! Biarlah! Bukan selalu Raph nak buat makan-makan ni!" kata Afiq sebelum mengambil bungkusan makanan didalam plastik.
Amirul dan Iwan sudah geleng perlahan manakala Mya tergelak kecil melihat telatah mereka.
Izzah yang berada di sebelah Azfar hanya tersenyum kecil.
Raphael menepuk tangannya agar suasana kembali sepi. Raphael berdehem seketika sebelum memulakan bicaranya.
"We welcoming the new member of Royal AARNZ," tangannya ditunjukkan kearah Izzah.
"Qurratul Izzah as known as Azfar's fiance are join in this group starting from now!" ujar Raphael. Kesemua ahli Royal AARNZ menepuk tangan kepada ahli baru mereka.
"Well done sayang, you made it" kata Azfar bersama senyuman manis.
Izzah hanya tersenyum kearah tunangnya. "Lepasni Mya dah tak sorang-sorang la bila misi nanti!" kata Fernando memandang kearah Mya.
"Betul-betul! Sekarang aku dah ada geng!" kata Mya teruja sebelum memeluk lengan Izzah.
"Lama betul Raph buat ujian dekat Izzah, start dari Raph belum kahwin sampai dah ada anak baru dapat join" ujar Daim.
"Sama la dengan Mya, dari sekolah sampai masuk universiti baru dapat" ujar Iwan pula.
"Well, you guys know the rules right?" soal Rizqi. Mereka semua mengangguk perlahan.
Ya, jika perempuan ingin sertai kumpulan ini, mereka perlu menjalani ujian yang sangat lama berbanding lelaki.
"So dalam kumpulan kita dah ada 2 orang perempuan, tak nak tambah lagi sorang ke?" ujar Afiq sambil menyuap makanan kedalam mulut.
"Kalau nak, ambil yang muda" balas Raphael.
"Sebab ujian dia lama, kalau ambil yang dah berkeluarga nanti susah pulak tambah nanti dia tua dah bila masuk tu" jelas Raphael datar.
"Alahhh, aku baru cadang nak ajak Melur sekali" renget Afiq, mencebikkan bibirnya.
"Amboi kau! Tak payah! Mentang-mentang bini aku ada seni pertahankan diri kau nak ambil dia pula!" kata Rizqi mengetuk kepala Afiq.
Afiq mengaduh sakit sebelum menggosok kepalanya. "Tak best la macam ni" gumam Afiq perlahan.
Mereka semua ketawa apabila melihat muka Afiq. "Tch" Afiq berdecit sebelum tangan disilangkan.
"Dah makan, nanti sejuk tak sedap pula" kata Raphael membuka satu lagi plastik makanan.
Mya menghampiri Izzah bersama sengihan. Izzah yang perasan itu mengangkat keningnya.
"Jom, kita makan dekat sana" ajak Mya dengan senyuman lebar. "Boleh!" balas Izzah laju.
"Eh! Awak nak pergi mana?" soal Azfar apabila melihat tunangnya ingin pergi ke tempat lain.
"Ikut Mya" jawab Izzah dengan senyuman lebar.
"Tak nak makan dengan saya ke?" soal Azfar sambil mencebikkan bibirnya.
"Werlkk!! Aku culik bakal bini kau dulu bro!" kata Mya kuat sebelum menarik tangan Izzah pergi dari situ.
"Woi! Bakal bini aku!" jerit Azfar. Belum sempat dia bangun, Rayyan memegang bahu adik kembarnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
My Star
רומנטיקה*KUPM* Tengku Raphael Aisy atau dikenali sebagai 'Killer' tidak sengaja terjatuh cinta dekat seorang perempuan yang mempunyai mata yang unik. "Why do you run away from me, My Star's?" - Tengku Raphael Aisy "Cause your psycho..." - Maizatul Farisya A...
