Bab 15

308 14 0
                                    

   "Hah?" Tengku Amir tercengang seketika. Selepas dia mendapat panggilan daripada Asyraaf, dia terus datang ke sini.

Faizul menjelaskan dari awal hingga akhir. Dia agak terkejut jugak dengan tindakan sepupunya itu. Tak ada kerja lain ke nak stalk anak dara orang?

"Then, aku nak buat apa ni?" soal Tengku Amir.

"Nasihat dia, lepasni kitaorang tak nak benda ni berlaku lagi and one more thing, kalau dia betul-betul sukakan adik kitaorang datang masuk meminang terus," kata Faizul jelas. Tengku Amir mengangguk faham sebelum melepaskan keluhan kecil.

"Aku minta maaf pasal tindakan sepupu aku" kata Tengku Amir sebelum beredar dari situ. Hilang sahaja kelibat Tengku Amir, Asyraaf memandang kearah Maira buat seketika.

"Maira" panggil Asyraaf.

Maira mengangkat mukanya memandang kearah Asyraaf. "Ikut aku Jap" kata Asyraaf kemudian melangkah keluar daripada rumah.

Maira hanya ikut sahaja kehendak Asyraaf. Kini, tinggal Faizul, Syafiq dan Farisya di ruang tamu.

"Isya pergi masuk bilik," ujar Faizul sambil mengusap lembut kepala adiknya.

Farisya memandang Faizul dengan air mata yang masih mengalir. Faizul tersenyum kecil kemudian mengelap air mata dengan ibu jarinya.

"A..adik minta maaf sebab-"

"Tak perlu nak minta maaf, it's not your fault" kata Faizul memotong ayat Farisya. Dia memeluk Farisya dengan erat.

Air mata yang terhenti tadi menitis semula. Kecewa dengam diri sendiri sebab cuai.

************************************

  "So? Ada aku kesah?" kata Raphael sambil menghirup air sirap.

Tengku Amir mengeluh perlahan. Kalau tak disebabkan anak buah dia suruh nasihat tak adanya nak datang sini.

"Kau ni tak baik tau tak intip anak dara orang" kata Tengku Amir. Macam biasa, Raphael tayang muka tidak bersalah. Sepak kang!

"Aku tau kau obsess dengan dia tapi tak payah la sampai mengintip, kesian dia" Tengku Amir memicit dahinya. Stress dengan sepupu dia sorang ni!! Belum masuk adik dia lagi!

"Nak buat macam mana? Aku memang dah crush dekat dia dari zaman sekolah menengah lagi," kata Raphael. Ya, dia ada perasaan dekat Farisya pada zaman sekolah menengah lagi tapi selepas tragedi itu berlaku Farisya sekeluarga balik ke rumah mereka semula di Terengganu.

Tengku Amir mengeluh panjang. Dia pun tahu yang sepupunya itu ada perasaan pada Farisya cuma disebabkan tragedi itu mereka berpisah.

"Kau cakap pasal cinta..macam mana buah hati kau?" soal Raphael. Cakap pasal cinta aku baik cakap pasal cinta dia.

Tengku Amir mengerut. Dah kenapa nak cakap pasal cinta aku? Kitaorang bukannya ada apa-apa pun!

"Siapa nama dia? Adeline? Adelia?" soal Raphael polos padahal tahu nama betul buah hati Tengku Amir.

"Adell" jawab Tengku Amir sambil menuang air sirap dalam cawan.

"Haaa!! Betul la!! Macam mana kau dengan dia?" tanya Raphael dengan senyuman nakal. Heh! Daripada cakap pasal cinta aku, lebih baik cakap pasal cinta kau!

"Ok" jawab Tengku Amir sepatah. Cakap pasal Adell tiba-tiba rindu dia pulak. Huhuhu...

"Kau dengan Adell tak nak bertunang ke?" sergah Rizqi dari belakang. Tersembur air sirap dan terkena muka Raphael.

"Argh! Muka aku! Sialan!" kata Raphael sebelum mengelap mukanya dengan kain.

"Kau ni terkejut aku tau tak!?" ujar Tengku Amir. Boleh sakit jantung woi kena sergah macam tu!

My StarWhere stories live. Discover now