Bab 14

422 23 0
                                    

   Tok! Tok! Tok!

Farisya segera melangkah kearah pintu selepas mendengar ketukan. Hari ni adik beradiknya datang ke rumah, katanya nak melawat.

Pintu dibuka sebelum Farisya dipeluk dengan erat sekali. "Aargh!! Rindunyaaa adik akak niii!!" kata Maira gembira.

Farisya menepuk sedikit belakang kakaknya. Sesak nafas!

"Oh, hehe sorry" kata Maira sebelum meleraikan pelukan. Faizul yang berada dibelakang Maira hanya menggeleng perlahan.

"Jom masuk, adik dah siap masak" pelawa Farisya sambil menarik tangan kakaknya masuk kedalam. Maira hanya mengikut, tinggal lah Faizul dan Syafiq diluar.

"Kau tak nak masuk ke jul?" soal Syafiq sebelum masuk kedalam rumah Farisya.

Faizul masih berdiri disebelah kereta BMW milik Farisya itu. Dia mengeluarkan satu alat kecil yang boleh mengimbas jika ada sebarang kamera tersembunyi.

Dia memulakannya dari luar. Siap sahaja diluar dia terus masuk kedalam rumah, luar rumah clear!

Masuk sahaja kedalam rumah, Faizul terus melangkah kearah Farisya. "Isya, angah tumpang tandas kejap" kata Faizul.

Farisya mengangguk sebelum jari telunjuknya keatas. Faizul melangkah kearah tangga kemudian naik ke bilik Farisya. Dia bukan nak pergi tandas sebenarnya.

Dia masuk kedalam bilik Farisya sebelum membuka alat mengesan barang itu.

Tit....Tit...Tit...

Faizul pergi ke setiap penjuru bilik supaya alat mengesan itu dapat tangkap.

Tiba sahaja di kerja Farisya.....

Titititititititititttt...

"Heh, gotcha!" kata Faizul perlahan sebelum mengambil sebuah kamera kecil yang terselit disebalik lampu meja.

"Oh, ada mic juga rupanya" Faizul sudah menayangkan wajah sinis. Dia tahu siapa yang letakkan kamera di bilik Farisya.

"Sorry bro, your story is already over" kata Faizul sebelum menutup kamera kecil itu. Mikrofon juga ditutup supaya nanti orang itu tidak dengar perbualan mereka.

Dia kembali turun kebawah apabila sudah selesai memeriksa bilik adik bongsunya.

"Eijul!! Lama pergi tandas!" kata Syafiq sambil mengunyah keropok lekor.

Faizul duduk dihadapan Syafiq. Kaki kirinya ditindih dengan kaki kanan. "Kau kenapa?" soal Syafiq.

"Kalau aku cakap ni, kau percaya tak?" soalan dibalas soalan. Dahi Syafiq mengerut sebelum mengangguk perlahan.

Faizul melepaskan nafas berat sebelum mengeluarkan sebuah kamera kecil dan mikrofon dari poketnya kemudian diletakkan diatas meja petak itu.

"Apa tu?" soal Maira yang baru sahaja keluar daripada dapur dengan Farisya.

"Panjang umur....duduk" arah Faizul tegas.

Mereka berdua terus duduk di sofa panjang. Faizul dan Syafiq duduk di sofa single.

Dahi Farisya mengerut melihat benda yang berada diatas meja petak sebelum memandang kearah abang keduanya.

"As you can see that there's a camera, so.... Isya selama ni diperhatikan oleh seseorang" kata Faizul.

ZAPP!!

Hatinya bagaikan dirobek dengan laju. Jadi selama ni betul la yang dia diperhatikan? Tapi siapa yang letak kamera dalam biliknya?

My StarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang