Bab 24

165 6 0
                                    

    "Awaakk" panggil Farisya meleret. Raphael menoleh kearah Farisya sebelum kening diangkat.

"Lepas keluar hospital nanti saya nak keluar dengan Dahlia boleh?" tanya Farisya dengan muka comelnya.

"Seriously star?" berkerut dahi Raphael. Balik-balik hospital nak keluar? Memang tak la dia nak bagi! Tak padan dengan sakit betul la isteri dia ni!

"Alahhh, saya dah lama tak keluar jalan-jalan dengan Dahlia, Izzah dan Melur" ujar Farisya masih meminta simpati. Bertambah kerut dahi Raphael selepas sahaja Farisya menyebut nama Melur.

"Melur bukan dalam pantang ke sekarang?" tanya Raphael.

"Dah habis dah" jawab Farisya dengan senyuman lebar. "Kesian dia gugur" kata Farisya perlahan. Kasihan melihat wajah kawannya yang kehilangan seorang bayi.

Raphael yang mendengarkan itu hanya mendiamkan diri. Kejap, macam mana isterinya tahu yang Melur keguguran?

"Macam mana sayang tahu yang Melur gugur?" tanya Raphael dengan wajah yang dikerutkan. Farisya tersenyum sehingga menampakkan gigi putihnya.

"Ada orang tolong Risya" jawab Farisya. Raphael mengerut tidak faham.

"Ish! Abang ni buat tak faham pula! Risya mintak tolong Afiq minggu lepas untuk tanya keadaan Melur lepas bersalin" terang Farisya. Raphael hanya mengangguk sebelum kepala menoleh kearah isterinya semula.

Kejap, Afiq?

"Sayang mintak tolong Afiq tanya keadaan Melur?" soal Raphael tidak percaya.

Farisya mengangguk, "Haah, waktu Afiq bagitahu saya tentang Melur dia cakap Melur tiba-tiba pengsan" kata Farisya lagi membuatkan Raphael tepuk dahi. Sudah agak!

Ni mesti ada yang budak tu buat sampai member pun boleh pengsan!

"Star, lepas ini jangan mintak tolong Afiq lagi" ujar Raphael membetulkan sedikit rambut isterinya.

"Why? Is it wrong to ask him for help?" soal Farisya bingung. Raphael menghela nafas panjang.

"Tak salah tapi budak tu bukan betul sangat, nanti apa pulak yang dia buat" ujar Raphael lembut.

Jarang dia meminta pertolongan dari anak syurga itu. Dia tidak mahu kejadian 3 tahun lepas berlaku lagi, dimana dia dan Rizqi hampir kemalangan kerana Afiq.

"Alahh, bukan selalu pun saya minta kat dia" kata Farisya dengan muka monyok. Raphael meraup rambut hitamnya kebekalang.

"Ye abang tau, abang cakap je" kata Raphael mengelus pipi Farisya.

Krieekk

Pintu bilik wad dibuka. Raphael dan Farisya memandang kearah pintu sebelum wajah Farisya berubah.

"Hello, rindu adik ipar tak?" tanya Rizqi dengan senyuman manis.

"Rizqi?!" jerit Farisya memanggil nama adik iparnya. Jelas terkejut apabila melihat adik iparnya sudah keluar daripada penjara.

"Janganlah jerit kak, sakit telinga kita ni" kata Rizqi sambil kedua belah tapak tangannya menutup kedua belah telinga. Erk, betul ke ayatnya begini?

Farisya turun daripada katil dan melangkah mendekati adik iparnya. Macam tidak percaya sahaja yang adik iparnya sudah keluar.

"S..Sejak bila kamu keluar?" tanya Farisya membelek wajah adik iparnya. Rizqi sudah tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Baru je minggu lepas" jawab Rizqi.

"Aik? Kenapa kamu tak datang waktu akak dekat hospital minggu lepas?" tanya Farisya lagi. Raphael mendekati mereka berdua sebelum pinggang ramping isterinya dipeluk.

My StarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang