KELOPAK matanya dibuka perlahan. Kepala digeleng perlahan bagi menghilangkan pandangan kabur.
Mata galaksi itu melilau melihat sekeliling bilik itu.
Gelap.
Hanya bertemankan lampu kecil berwarna kuning. Aku dimana sekarang?
Badan Farisya diikat pada kerusi. Mulutnya ditutup dengan salotape berwarna hitam.
Farisya yang bagaikan tersedar terus dia memandang sekeliling mencari sesuatu.
Tetapi bilik itu hanya kosong. Tiada apa kecuali dia sahaja yang berada ditengah-tengah bilik itu.
Dia baru teringat yang dia diculik sewaktu dia mahu memasak.
Flashback...
Farisya mengeringkan rambutnya setelah selesai mandi. Wajah Raphael yang sedang tidur ditatap.
Handsome pula tengok laki aku tidur!
Dia melangkah kearah katil sebelum dahi Raphael dicium lembut. Bibirnya mengukir senyum manis dan melangkah keluar dari bilik mereka.
Bilik Haidar dituju. Pintu bilik anaknya dibuka.
Haidar yang tidur kedua belah tangannya diatas bersama kaki dikangkang sedikit itu dipandang lembut.
Allahu! Comelnya anak aku tidur!
Perlahan kakinya menapak kearah Haidar. Dia duduk dibirai katil sebelum Haidar dikejutkan.
"Hey, hey, little boy, it's time to wake up" kejut Farisya lembut.
Haidar menggumam perlahan. Mata sang kecil itu dibuka sedikit dan memandang Farisya bersama sengihan.
"Hehe, morning mama" kata Haidar yang masih mamai itu.
Hampir terjerit Farisya melihat kecomelan anaknya. Kenapa kau comel sangat anakku oii!!!
Haidar mengangkat tangannya meminta dukung. Farisya terus mendukung Haidar dan dibawa ke tingkap.
Langsir diselak, tingkap dibuka, dibiarkan sahaja angin pagi masuk kedalam bilik.
Belakang badan Haidar ditepuk perlahan. Haidar memeluk leher Farisya dengan erat.
"Jom kita mandi lepas itu breakfast!" kata Farisya sebelum mencapai tuala Haidar.
Haidar geleng perlahan. Tidak mahu mandi lagi.
"Nanak, air ejukk" kata Haidar.
"Kenapa tak nak pula? Kan best kita mandi pagi-pagi!" ujar Farisya sambil kakinya melangkah kearah bilik mandi.
"api air ejuk!" balas Haidar.
"Mama bukak water heater ya? Tak adalah sejuk sangat" kata Farisya sambil membuka water heater.
Selesai sahaja memandikan Haidar, Farisya terus menyarungkan baju kebadan anaknya.
"Haidar duduk dalam bilik dulu, mama nak pergi masak" kata Farisya sebelum mengucup dahi anaknya.
Haidar angguk sebelum naik keatas katilnya.
Farisya keluar dari bilik Haidar. Pintu bilik anaknya ditutup.
Hujung kornea matanya menangkap satu susuk tubuh seorang lelaki yang berhoodie hitam yang berada di tangga.

YOU ARE READING
My Star
Romance*KUPM* Tengku Raphael Aisy atau dikenali sebagai 'Killer' tidak sengaja terjatuh cinta dekat seorang perempuan yang mempunyai mata yang unik. "Why do you run away from me, My Star's?" - Tengku Raphael Aisy "Cause your psycho..." - Maizatul Farisya A...