Rizqi merebah badannya diatas sofa. "Ermm, empuknya" gumam Rizqi.
Raphael duduk dihadapan adiknya. Manakala Daim sudah melangkah kearah cafe. Lapar.
Tengku Amir yang baru sahaja habis menembak terus duduk bersebelahan dengan sepupunya.
Tengku Amir memandang kearah Rizqi yang seperti kepenatan itu. "Kau buat apa sampai penat macam ni?" tanya Tengku Amir.
"Aku bom bangunan bos besar tu" jawab Rizqi sambil membuat jari 'bagus'.
Tengku Amir terdiam. Dia bom bangunan bos besar?! Gila ke apa!?
"Lepastu apa jadi?" tanya Tengku Amir tenang. Walhal, dalam hati sudah tidak tenang.
"Mati la orang tua tu!" ujar Rizqi dengan senyuman lebar. Puas hati dia!
"Kalau dia tak mati? Macam mana? Dia tu licik juga tau" ujar Tengku Amir.
"Cuba lagi" kata Rizqi.
Tengku Amir menghela nafas pendek. Ada-ada saja adik sepupunya ini. Kemudian kepalanya menoleh kearah Raphael yang sedang termenung itu.
"Kau apahal termenung? Terfikir nak dapat anak lagi ke?" soal Tengku Amir.
"Bini aku baru lepas bersalin, agak-agak la" ujar Raphael sebelum skrin telefon dibuka.
Tengku Amir tersenyum sebelum menghulur sekeping kad yang sedikit besar. Raphael mengerut sebelum mengambil kad itu.
Jemput Datang Ke Majlis Perkahwinan
Tengku Amir Zahrean
dan
Puteri Adellia Sofea
Hari : Jumaat
Pukul : 3 p.m. hingga 6 p.m.
Tempat : Dewan Maharaja
Raphael memandang Tengku Amir dengan riak wajah tidak percaya. Sepupunya dah nak kahwin!
"Kau biar betul?" tanya Raphael.
"Betul la, ada aku main-main ke?" ujar Tengku Amir. Raphael masih tidak percaya.
Tengku Amir mengeluh. "Kau lupa ke yang aku ada cakap dekat kau fasal kawan lama aku?" Raphael mengetuk dagu cuba mengingati kembali.
"Yang perempuan tu ke?"
Tengku Amir angguk.
"Adell kan?" soal Raphael lagi.
Tengku Amir mengangguk lagi.
Raphael memandang kad itu semula. Matanya membaca nama gadis yang tertulis di atas kad itu.
"Puteri Adellia Sofea" sebut Raphael. "Adellia... Adell"
"Kau kahwin dengan kawan lama kau?" tanya Raphael. "Yep" jawab Tengku Amir sepatah.
"Unexpected" kata Raphael. Tidak sangka yang sepupunya berkahwin dengan gadis itu.
"Kau ingat aku takkan kahwin dengan dia ke lepas apa yang jadi?" soal Tengku Amir. "Mana tau, kau tak nak kahwin dengan dia ke" Raphael meletakkan kad itu diatas meja.
"Kalau dah jodoh nak buat macam mana? Kena terima juga" ujar Tengku Amir.
Daim yang baru sahaja keluar dari tempat makan ternampak sebuah kad diatas meja. "Kad apa ni?"
ANDA SEDANG MEMBACA
My Star
Romance*KUPM* Tengku Raphael Aisy atau dikenali sebagai 'Killer' tidak sengaja terjatuh cinta dekat seorang perempuan yang mempunyai mata yang unik. "Why do you run away from me, My Star's?" - Tengku Raphael Aisy "Cause your psycho..." - Maizatul Farisya A...
