Pintu pejabat dikuak dari dalam sebelum muncul satu susuk tubuh wanita yang berusia dihadapan pintu.
"Mama" Raphael melangkah menuju kearah mamanya.
"Raph sibuk ke? Sorry kalau mama kacau Raph waktu kerja ni," kata Tengku Afiqah.
"Takpe lagi pun Raph tak sibuk mana pun," jawab Raphael dengan senyuman manis. Raphael menarik tangan ibunya masuk kedalam pejabatnya.
"Puan" sapa Farisya sambil melangkah kearahnya.
"Risya!" Tengku Afiqah tersenyum lebar selepas melihat wajah yang di rinduinya.
Mereka berdua terus berpeluk. Raphael hanya mengukir senyuman sahaja.
"Risya sihat?" tanya Tengku Afiqah meleraikan pelukan. "Sihat, alhamdulillah" jawab Farisya lembut.
"Ha! Meh duduk, kita makan sama-sama, mama dah masakkan lauk kegemaran Farisya ni" pelawa Tengku Afiqah sambil menarik lengan Farisya diatas sofa hitam ditengah-tengah pejabat itu.
"Raph? Mama tak masakkan ke?" soal Raphael sedih. Sampai hati mama tak masakkan lauk favourite dia!
"Eish! Apa kamu ni, mana masakkan jugak la untuk anak sulung mama" jawab Tengku Afiqah. Farisya ketawa kecil melihat Raphael yang sudah buat muka monyok itu.
Raphael duduk dihadapan Farisya manakala Tengku Afiqah duduk bersebelahan dengan Farisya.
"Ha makan-makan, sian perut tu dah lapar" pelawa Tengku Afiqah sambil menyedok nasi kedalam pinggan plastik.
"Terima kasih Puan" kata Farisya sebelum mengambil pinggan plastik dari Tengku Afiqah.
"Alah kamu nii, panggil mama je" kata Tengku Afiqah. Farisya mengangguk dengan senyuman manis.
"Baik, mama"
Masing-masing menadah tangan sebelum Raphael membacakan doa makan.
Kemudian mereka terus menikmati makanan yang disediakan.
************************************
"Lepasni mama nak pergi mana?" tanya Farisya yang sedang menolong Tengku Afiqah mengemas meja.
"Balik, Raph tak bagi mama pergi shopping" jawab Tengku Afiqah.
"Kalau kamu nak tahu, Raph tu kuat control orang tau jadi mama nak kamu jangan dekat dengan dia" kata Tengku Afiqah serius. Dia tahu perangai anak-anaknya bila dengan orang yang dicintai.
Farisya hanya mengangguk. Dia pernah dengar ayat itu tetapi dimana?
Raphael masuk kedalam pejabat selepas selesai membasuh tangan di tandas. Dalam pejabat dia bukan ada tandas ke? Jauh betul pergi!
"Mama nak kamu jauhkan diri dari dia," gegendang telinganya menangkap ayat itu terus menoleh kearah meja tadi.
Ternampak Farisya dan Tengku Afiqah sedang mengemas sambil Tengku Afiqah bercakap pasal dirinya.
"Kalau dia ada buat benda tak elok dekat kamu bagitahu mama, biar mama sebat dia dengan rotan besi!" kata-kata Tengku Afiqah membuatkan Farisya tergelak kecil. Protective sungguh!
Raphael berdehem menarik perhatian mereka berdua. Tengku Afiqah dan Farisya menoleh kearahnya sebelum Raphael menjungkitkan keningnya.
"Dah puas mengata saya mama?" soal Raphael. Tengku Afiqah menjungkitkan matanya.
Raphael ketawa sinis. Nampaknya Tengku Afiqah sudah bocorkan rahsia pasal dirinya.
Farisya masih terkaku ditempatnya. Tidak tahu mahu buat apa. Pandangan tajam anak beranak ini dapat menaikkan bulu romanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
My Star
Romantika*KUPM* Tengku Raphael Aisy atau dikenali sebagai 'Killer' tidak sengaja terjatuh cinta dekat seorang perempuan yang mempunyai mata yang unik. "Why do you run away from me, My Star's?" - Tengku Raphael Aisy "Cause your psycho..." - Maizatul Farisya A...