Bab 23

192 5 0
                                    

    Afiq memandang Daim yang sedang memandu. Hairan apabila Daim mengajak mereka berdua pulang.

"Wei, asal kita kena balik? Bukan soalan tu tak habis lagi ke?" soal Afiq yang berada ditempat duduk belakang.

"Haah, kenapa?" soal Fernando pula.

"Puan Farisya perlukan masa, kita tak boleh nak paksa dia bagitahu semua benda" jawab Daim acuh tak acuh. Banyak soal pulak dua ekor ni.

Afiq dan Fernando mengangguk faham. Ohhh, begitu rupanya.

Mata Afiq ternampak sebuah gerai yang berada di tepi jalan. Afiq tersengih lebar dan menyuruh Daim berhentikan kereta.

Daim menghentikan kereta di bahu jalan dan Afiq terus turun daripada kereta.

Fernando yang berasa pelik dengan kawannya terus memandang cermin sisi. Afiq yang berlari seperti kanak-kanak itu dipandang.

Ternganga Fernando melihat gerai itu manakala Daim sudah tercengang. What the heck?

Gerai mainan dekat tepi jalan? Hah?

"Wei serius aa apa yang aku nampak ni?" soal Fernando kepada Daim.

"Bukan kau sorang je masalahnya" jawab Daim masih memandang cermin yang tergantung.

Afiq melangkah mendekati kereta bersama patung beruang yang agak besar dan berwarna..... pink!?

"Wow" itu sahaja yang keluar daripada mulut Daim.

"Dah jom gerak" kata Afiq menutup pintu kereta. Daim dan Fernando berpaling kebelakang memandang Afiq atas bawah.

Afiq yang berasa diperhati menjungkitkan keningnya. Apa? Tak pernah tengok lelaki main patung beruang ke?

"Patutlah orang panggil kau pondan" kata Daim menyambung pemanduannya.

"Hei!! Aku lelaki okay!?" Afiq menutup mulut apabila suara perempuannya tidak sengaja terkeluar.

Fernando ketawa terbahak-bahak manakala Daim sudah tersenyum menahan ketawa.

Afiq muncungkan bibir, tangan disilang dan badan bersandar pada kerusi kereta. Merajuk!

"HAHAHAHAHAHAHAHA!!" lagi kuat ketawa Fernando melihat Afiq seperti kanak-kanak berumur 4 tahun itu. Daim masih mencuba untuk tidak ketawa, hilang macho dia!

"Hmp! Mengadu dekat dia baru tau! Biar dia marah dekat korang!" kata Afiq. Eeee, mengada! Jual kat Siam kang baru tahu!

"Dia pun tak nak layan kau" kata Daim.

Fernando yang berada disebelah Daim sudah mengeluarkan air mata akibat dari ketawa tadi. Telefon miliknya berdering diminta untuk angkat.

"Siapa tu Nando?" soal Daim.

"Panggil aku Fer, jangan panggil aku Nando" ujar Fernando bersama jelingan tajam.

"Suka hati aku la nak panggil kau apa, sekarang ni siapa telefon kau?" ujar Daim memusingkan stereng kereta ke belah kiri.

"Amirul" jawab Fernando sebelum ikon hijau digeser ketepi.

"Hello" sapa Fernando.

"Datang pejabat aku sekarang!" kata Amirul didalam talian.

"Asal lak?" soal Fernando. Tak ada angin tak ada ribut, suruh orang datang pejabat. Pahal?

Tuuuuttt

"Aik? Tutup dah?" Fernando memandang skrin telefonnya yang sudah gelap.

"Asal?" soal Afiq yang sedang peluk patung beruang itu.

My StarWhere stories live. Discover now