FERNANDO menghela nafas panjang. Hampir sejam jejaka-jejaka ini menunggu para gadis tiba.
"Mana diaorang ni? Berapa lama lagi kita nak tunggu?" soal Afiq yang sudah terbaring diatas rumput.
"Sabar la, kau fikir senang ke nak lepas?" ujar Daim yang bersandar pada batang pokok besar.
"Ish, kalau aku yang masuk dalam tu kan cepat sikit habis! Tak ada nak tunggu-tunggu macam ni!" rungut Afiq.
"Hek eleh, kalau kau yang masuk silap haribulan esok baru kau keluar" kata Daim sinis.
Afiq menjeling. Daim hanya buat tidak endah sahaja.
Ktak!
Kesemua jejaka itu memandang kearah pintu yang sudah dibuka.
Terlihat Izzah yang mengukir senyuman senget.
"Masuk cepat, kesian kak Maira dengan Mya tengah tunggu" kata Izzah sebelum melangkah pergi dari situ.
Terkebil-kebil mereka semua memandang kearah pintu yang sudah terbuka.
"Wow" itu sahaja yang meluncur dari mulut Fernando.
"Ada apa-apa berlaku tak tadi?" soal Azfar selepas melangkah masuk kedalam.
Tiga gadis itu mengangguk serentak. "Ada sekumpulan lelaki yang dari tadi pandang kitaorang dengan reaksi curiga" jawab Izzah.
"Kau kenal siapa diaorang tu?" soal Raphael.
Izzah menggeleng. "Tak tapi ada seorang tu, muka dia aku macam pernah nampak" kata Izzah.
Raphael tidak membalas tetapi hanya mendiamkan diri. Mungkin, dia kenal siapa orang tu.
Mereka berjalan menuju ke pintu yang sepatutnya.
Selepas pintu itu dibuka, mereka berjalan kearah pintu lain pula.
Kemudian, kunci dibuka sebelum masing-masing terkebil-kebil melihat dua lorong yang mempunyai pintu.
Dah macam main game roblox la pulak.
Apa nama game tu?
Door kan?
Alahh, game yang ada pintu-pintu banyak tuu.
Yang kena lari dari monster tu haa.
Tak apalah
"Macam salah survey je ni" kata Rizqi perlahan.
"Itulah, apahal banyak sangat pintu ni?" ujar Daim perlahan.
Mereka meneruskan perjalanan sehingga ke pintu akhir.
"Finally.." Rizqi menghela nafas lega. Selamat juga sampai.
"Split" arah Raphael sepatah.
Dengan gerakan pantas mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mengikut Raphael manakala satu lagi kumpulan mengikut Rizqi.
"I'm almost there, sayang, just hold on a little" bisik Raphael perlahan.
HARRIS hanya memandang Nizam yang sudah serabut itu.
Dia memanggil Nizam hanya untuk melihat CCTV yang menunjukkan bahawa Royal AARNZ telah tiba.
Tetapi dia tidak perasan yang mereka lalu di arah selatan, iaitu, pintu masuk belakang.
"Macam mana kau boleh terlepas pandang ha?!" bentak Nizam.
"S....Sorry bro, aku tak perasan" kata Harris cuba menenangkan Nizam.
"Arahkan budak-budak yang jaga bilik tu! Kita perlu bawak lari perempuan tu sebelum mamat tak guna tu selamatkan dia" arah Nizam tegas.
Harris mengangguk sebelum mengarahkan anak-anak buahnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
My Star
Romance*KUPM* Tengku Raphael Aisy atau dikenali sebagai 'Killer' tidak sengaja terjatuh cinta dekat seorang perempuan yang mempunyai mata yang unik. "Why do you run away from me, My Star's?" - Tengku Raphael Aisy "Cause your psycho..." - Maizatul Farisya A...
