DI PUKUL

1.1K 20 0
                                    

Syafiq memapahku menaiki tangga menuju ke bilik.Sungguh baik Syafiq padaku.Hendak harapkan Nizam dan Aliff aku tidak nampak kelibat mereka.Mungkin mereka ada latihan nasyid.Syafiq juga menawarkan kepadaku untuk membungkuskan makanan malam untukku.Aku cukup gembira tambahan pula aku tidak dapat berjalan jauh ke dewan makan kerana kakiku begini.

Sedang aku berehat di katil,Faizal dari ting 5 meminta semua yg berada di dalam bilik untuk berkumpul di tengah.Mendengarkan nadanya yg marah,aku terpaksa turun dari katil utk berkumpul.Dia memaklumkan bahawa satu locker telah pecah dan pemeriksaan perlu dibuat pada semua bilik dan penghuni.

Dia meminta semua yg berkumpul untuk duduk mencangkung,disebabkan kakiku yg sakit aku tidak menuruti arahan tersebut,sebaliknya aku duduk sahaja.Ternyata perkara tersebut mengundang kemarahan Faizal,dia meluru kepadaku dan terus menyepakku,sama ada disengajakan atau tidak,sepakannya itu kena tepat di kakiku dan membuatkan kakiku bertambah bengkak.Aku terbaring memegang kakiku dalam keadaan kesakitan.

Faizal seperti naik minyak,dia terus memukulku tanpa belas kasihan.Dia berasa aku tidak menghormati arahannya dan tidak mengetahui keadaan kesihatan aku sebenar.Mujur Syukor datang menghalang Faizal dari terus memukulku dengan teruk.

Aku mendengar Faizal dimarahi dengan teruk oleh Syukor.Aku kemudian dipapah oleh kawan dormku ke katil.Kakiku bertambah bengkak.Kemudian Syukor menyuruh Ashraf juniorku utk mencari minyak gamat dan mengurut kakiku.

Kakiku bertambah sakit walaupun diurut,makanan yg dibungkus oleh Syafiq juga tidak ku jamah kerana aku berasa amat sakit sekali.Syukor memberi keizinan kepadaku untuk duduk di bilik sahaja pada malam itu.Dia juga meminta aku merahsiakan perbuatan Faizal kepadaku daripada warden,bimbang dikenakan tindakan disiplin.Syukor juga membenarkan Syafiq menemani aku di dalam bilik.

ASRAMA 2006Where stories live. Discover now