Faiz dan Hakim memapahku ke dalam bilik rawatan.Manakala Aliff membantu membawa barangan peribadiku.Kedatangan aku ke dalam bilik rawatan tidak di sambut sesiapa,tetapi keadaan bilik rawatan itu cukup kemas dan bersih.
Hanya ada 1 meja tulis,1 almari dan 2 katil sahaja yg tersedia di dalam bilik ini.Nampaknya bilik ini sudah lama tidak di masuki oleh penghuni yg sakit.Kebanyakkan penghuni asrama yg mendapat MC lebih memilih utk pulang dan berehat di rumah.
Bilik ini juga hanya mempunyai 2 tingkap kecil di belakang dan 1 tingkap kecil lagi di pintu masuk.Jadi mmg pelajar yg lalu lalang di luar tidak akan dapat melihat apa-apa di dalam bilik kerana bilik ini ditutupi langsir pada tingkap.Meskipun begitu bilik ini berasa sangat sejuk,mungkin kerana sekolahku yg terletak jauh di dalam desa.
Aliff,Faiz dan Hakim telah pun beredar meninggalkan aku keseorangan di dalam bilik.Aku mengurut sendiri kakiku yang bengkak.Tiba-tiba pintu terbuka,Husaini Ketua Biro Perubatan dtg menghampiriku.Dia melihat surat MC dan ubat yg diberikan doktor.
HUSAINI: Aku nak dalam tempoh MC ni kau duduk je dalam bilik ni dan jangan keluar kecuali ke tandas.Segala makan minum kau akan dibungkus dari dewan makan dan dihantar ke sini.Kua juga tak dibenarkan utk panggil kawan-kawan kau dtg melepak dalam ni.
AKU : Waktu habis kelas pun saya tak boleh masuk bilik saya ke bang?
HUSAINI : Kau faham bahasa tak? Aku cakap 3 hari kau MC ni kau kena duduk dalam bilik ni tak kira siang atau malam.Kau kena duduk dalam bilik ni sampai MC kau habis.Kalau kau berdegil jugak kau duduk je kat surau tu.
Aku terdiam,apa lagi bila Husaini memberi amaran begitu.Itu bermakna 3 hari aku tidak dapat bertemu dan berbual dengan rakanku.Hendak berehat di surau aku tidak mahu.
HUSAINI : Sepanjang kau ada dalam bilik ni,mungkin kau sorang je.Mungkin jugak aku ada tapi tak selalu.Kalau ada apa yg penting kau buka tingkap tu sampaikan pesanan kat sesiapa yg lalu lalang pada aku.Kalau takde apa,tak payah.Kau faham?
Aku mengangguk faham.Seperti di penjara bisikku di dalam hati.
YOU ARE READING
ASRAMA 2006
RomanceMENGISAHKAN PENGALAMANKU PADA TAHUN KEDUA DI ASRAMA DI SEBUAH SEKOLAH DI N9. PADA TAHUN INI AKU SERING DIJADIKAN SASARAN OLEH BEBERAPA ORANG SENIORKU YANG BERPEWATAKAN LEMBUT. BERDASARKAN KISAH BENAR.