PILIHAN

574 8 0
                                    

Adakah aku perlu memberitahu Ammar tentang keadaan Nizam? Atau aku perlu curi masuk shj ke dalam bilik rawatan utk mengambil ubat tersebut.Aku dilema utk membuat pilihan yg mana.Ammar merupakan seniorku,org yg sering merawatku ketika aku sakit,manakala Nizam pula adalah kawan baikku,meskipun hubungan kami renggang sedikit pada awal tahun,pemergian Aliff dari sekolah ini merapatkan kembali hubungan kami berdua.

Aku tidak mahu berasa kesal di kemudian hari.Aku perlu berfikir dengan segera utk mendapatkan keputsan yg tepat.Nizam ketika ini bertarung kesakitan seorang diri di dalam stor,perlukan aku memberitahu Ammar?

Jika Ammar meminta utk aku membawa Nizam ke bilik rawatan,sudah pasti Nizam berasa kecewa dengan tindakanku dan berasa dikhianati.Nizam meminta bantuanku kerana dia mempercayaiku.Tentu dia ada sebab tersendiri tidak mahu keadaan kesihatannya diketahui org lain.

Aku memerhati keadaan sekeliling,aku mahu memastikan tiada sesiapa di asrama ketika ini.Pada waktu ini semua penghuni asrama berada di surau utk kuliah maghrib.Tapi aku bimbang jika pelajar tingkatan 5 masih lagi berada di asrama.Aku melangkah perlahan dan penuh hati-hati.Sekiranya aku tertangkap sudah pasti aku teruk dikerjakan.Aku membuat keputusan utk mengambil ubat di bilik rawatan.

Aku meraba para di atas daun pintu sambil berharap Ammar ada meninggalkan kuncinya di situ.Akhirnya aku menjumpainya,dan aku memasuki bilik tersebut dengan segera.Aku membuka locker yg berada disitu untuk mengambil ubat dalam keadaan gelap.Aku tidak peduli ubat apa,janji aku yakin ubat yg aku ambil dapat menyembuhkan sedikit kesakitan yg dialami Nizam.Tiba-tiba aku mendengar suara yang aku kenali,suara Syukor sedang bersembang dengan Ismail dan Azizul.Kecut perut aku mendengarnya tambahan pula dia ketika ini secara tiba-tiba berhenti di depan bilik rawatan.

Aku sudah bersembunyi di bawah katil,sebenarnya aku terlupa mengunci pintu tadi.Hanya merapatkannya sahaja.Aku tidak putus-putus berdoa agar mereka tidak memasuki bilik ini.
Tiba-tiba aku mendengar suara Ammar.

AMMAR : Weh aku dekat bilik lah tadi,kau tunggu kat sini buat apa?

ISMAIL : Mana kitorang tahu,ingatkan kau ada dalam dorm ni.

SYUKOR : Jom,dah lewat ni,kang bising pulak cikgu.

AMMAR : Sekejap,aku lupa nak bawak pen,tertinggal kat dalam locker.Jap aku nak masuk bilik rawatan jap.

Aku mulai cemas.Apabila Amar menyedari pintu tidak berkunci,pasti dia dapat mengesyaki bahawa ada seseorang telah berada di dalam bilik ini.

SYUKOR : Tak payah la,kau nak bukak ngan kunci bilik ni lagi.Buang masa je semata pasal pen.Kau pakai pen aku je,aku ada bawak lebih.

AMMAR : Haa yelah,jom

Aku berasa lega,seperti mati hidup semula.Aku berpeluh kerana ketakutan.Setelah memastikan mereka semua telah pergi,aku mula menutup locker dan keluar dari bilik itu.Sempat juga aku mencapai sebotol air mineral di atas meja Ammar tadi.Aku meletakkan kembali kuncinya di atas daun pintu.

Aku kembali mendapatkan Nizam di stor.Ketika itu dia sedang memicitkan kepalanya sendiri.Melihatkan ku dalam keadaan kepenatan dan berpeluh dia mula bertanya dalam suara yg lemah.

NIZAM : Kau dari mana fi,lama sangat.

AKU : Dari bilik lah ambil ubat,nyaris kantoi dengan Shukor.

Aku tidak mahu memberitahu Nizam yg aku mengambil ubat ini di dorm rawatan.Jika aku memberitahunya,pasti dia akan mengesyaki bahawa aku telah memberitahu Ammar.

Aku menghulurkan 3 biji ubat kepada Nizam,dia mengambil lalu menelannya.
"Fuhh lega sikit kepala",ujar Nizam.Aku membantu memicit kepalanya sehingga dia tertidur.

ASRAMA 2006Where stories live. Discover now