DEMAM

605 9 0
                                    

"Weh,bangun Nizam nak makan malam ni",aku mengejutkan Nizam yg sedang tidur.Dia kemudian membuka matanya yg tidak kelihatan tidak bermaya."Weh okay tak? Soalku sambil meletakkan tanganku di dahinya."Lahh,kau demam ni,takpelah nanti aku bgth Ammar,boleh la kau rehat kat bilik rawatan nanti",kataku.

Tiba-tiba Nizam memegang tanganku,dia merayu agar tidak memberitahu Ammar atau kepada sesiapapun yg dia sedang demam.Aku pelik kehairanan,tetapi dia terus merayu.

NIZAM : Aku nak stay dalam bilik ni je,aku taknak stay bilik bawah tu.Aku tak selesa rehat kat bilik tu.

AKU : Masalahnya,Syukor takkan bagi.Dia bagi 2 pilihan je sama ada bilik rawatan atau surau.Kau sendiri faham la Syukor mcmana.Lagipun kau demam teruk ni,lain macam kau punya panas.

NIZAM : Tolong Fi,aku merayu.Kalau betul kau kawan aku tolong lah jangan bgth sape-sape yg aku demam.

AKU : Habis tu kau nak stay mana gila? Syukor tu kompem round tiap bilik punya malam kang.

NIZAM : Kita lepak lah mana-mana fi,asalkan aku taknak org lain tahu.

Pening kepala aku memikirkan,aku menuju ke dewan makan,dalam masa yg sama aku curi-curi membekalkan makanan utk Nizam.Jika ada org lain melihatku membungkus makanan,pasti rahsia Nizam terdedah.Selepas itu aku terus pulang ke asrama,tetapi aku tidak ke bilik,aku menuju ke stor.Iya stor tempat Qayyum meliwat Aliff tahun lepas."Susahnya nak masuk,mcmana nak panjat ni?"rungut aku sendirian.

Kelihatan perabot asrama yg banyak sebaik aku membuka pintu,tiada jalan masuk seperti dulu.Tetapi kerana aku berasa simpati kepada Nizam,aku cuba mencari jalan.Perlahan lahan aku mengalihkan sedikit barang dan kemudiannya aku memanjat di atas perabot yg tidak digunakan tersebut.Akhirnya aku menjumpai satu ruang yg sesuai utk dijadikan ruang rehat,segera aku membersihkan ruang tersebut.Habuk tebal berterbangan disaat aku menyapu.

"Susah juga ni kalau Nizam nak ke tandas,takkan nak memanjat pulak",fikirku.Akhirnya aku membuat keputusan utk menolak sedikit perabot yg tersandar di dinding ke tengah sedikit.Aku menolak dengan perlahan,bimbang bunyi tolakan tersebut kedengaran.Akhirnya siaplah laluan utk masuk dan keluar dari stor tersebut dengan cara mengiring.Muat muat badanku dan badan Nizam shj.

Kemudian aku membentangkan tilam dan bantal utk kegunaan Nizam.Aku kembali ke bilik utk memanggilnya.Kemudian kami berdua perlahan lahan memasuki stor tersebut tanpa disedari sesiapa.Aku menghulurkan makanan yg aku bekalkan tadi di dewan makan,Nizam hanya menjamah sedikit.Dia mengatakan bahawa tiada selera makan.Nizam kemudian membaringkan dirinya di atas tilam yg aku sediakan.Aku merasai dahinya dan merasa cukup panas.Kemudian aku memicit kepalanya agar kepeningan yg dia alami berkurangan.

Kemudian dia bertanyakan apakah aku mempunyai panadol? Aku berkata ada di dalam locker,segera aku bangun dan mengambilnya.Setibanya aku di locker aku mendapati panadolku sudah tiada,baru aku teringat Shafiq telah menghabiskan panadol aku pada minggu lepas.Kasihan pula pada Nizam dan aku tiba-tiba teringat ubat yg berada di bilik rawatan.

ASRAMA 2006Where stories live. Discover now