HELAH

857 16 0
                                    

HUSAINI : Abg tak boleh benarkan kau balik ke dorm hari ni,tapi kau boleh balik dorm lepas habis prep petang esok pukul 5pm.

AKU : Tapi bang saya dah rasa okay sikit bang.Surut pun dah bengkak,sama je kalau saya duduk dalam dorm ni atau dekat dorm saya.

HUSAINI : Berani kau melawan? Kau ingat kau form bape?

Aku hanya terdiam selepas dimarahi Husaini.Kemudian aku memohon maaf dan dia berlalu pergi.Timbul pula rasa bersalah aku kepadanya,ketika aku sakit,dia merawat aku dengan sebaiknya.Tetapi bila aku sudah beransur pulih,aku seperti melupakan jasanya.

Petang ini aku terdengar suara riuh rendah di perkarangan asrama.Suara penghuni asrama menjerit dan berkejaran sesama mereka.Meskipun aku berada di kawasan lalu lalang,aku terasa sunyi seperti diasingkan dari dunia luar.Nasi ayam yg di beli oleh Husaini telah habis aku makan.Pelik juga kenapa dia tidak menunggu waktu makan petang utk membungkus makananku.Aku tidak mahu bertanya lagi,takut dimarahi seperti tadi.

Kata Husaini disebabkan esok aku mahu keluar dari sini,maka pada malam ini aku perlu berpuasa.Aku juga perlu menelan ubat yg akan diberikan oleh Husaini sebentar lagi.Aku mengiyakan shj,asalkan aku dapat pulang ke dormku esok.

"Nah,makan ubat ni,"arah Husaini.

Kali ini banyak betul ubat yg dihulurkan kepadaku,aku ambil dan telan sahaja semua.Husaini kemudian memohon maaf kepadaku kerana meninggi suara kepadaku,dia berkata tegurannya hanya utk kebaikanku dan mahu aku sihat dengan segera.
Aku juga memohon maaf jika kata kataku menyinggung hatinya.Kemudian dia meminta izin untuk pergi kerana sudah masuk waktu Maghrib.Dia juga meminta aku berehat sementara menanti hari esok.

Sudah lama aku tidak berbual bersama rakan rakanku.Sudah mula aku memikirkan topik yg hendak dibualkan bersama mereka.Dalam tidak sedar akhirnya aku terlena.

ASRAMA 2006Where stories live. Discover now