Aku telah pun tiba di Kajang,rumah keluargaku.Perjalanan yang ku tempuhi sangat panjang kerana menaiki pengangkutan awam dari Melaka ke Kajang.Sebentar tadi ketika aku sampai di KTM Seremban aku ada berjumpa dengan beberapa kawan dan juniorku dari sekolah lamaku.Kami mengambil masa berbual sambil bertanya khabar masing-masing.
Sudah hampir 2 minggu kejadian itu berlaku,aku masih sedaya upaya menerima tentang apa yang berlaku.Sungguh aku sebenarnya amat terkejut apabila mendapat tahu berita itu,tetapi benda itu sudah pun terjadi.Tiada guna jika aku meminta ianya berundur kerana perkara itu telahpun terjadi.
Sejak kejadian itu,aku lebih banyak mendiamkan diri,aku sering tidur di dalam kelas dan hanya pulang ke asrama pada awal pagi untuk mandi.Pada hari Sabtu dan Ahad pula aku lebih memilih untuk berada di kelas atau surau sebagai tempat melepak berbanding bilikku sendiri.Sungguh aku rasa kecewa,aku tidak mampu menipu perasaanku.Dan aku memilih untuk diam dari bersuara kerana ianya ada ubat paling mujarab untuk merawat jiwaku yang sedih.
--------------------------------------------------------------
Aku tersandar sahaja di kerusi.Aku tidak mampu untuk bangun,seolah olah kakiku berasa sangat berat.Mungkin aku perlu mengumpul kembali semangat dan kekuatanku sendiri.Aku melihat kereta milik Uncle Adnan telah pun tiba.Kereta milik keluarga Azmira diparkir elok di bawah pokok jambu,mereka sudah sampai kira-kira 15 minit tadi.Uncle Adnan menghampiri dan memelukku.Fakhrul dan Ashraff untuk kami berdua berbincang sekejap.Kemudian dia mengajakku untuk menemaninya ke pejabat guru disiplin yang terletak di aras 1 bangunan blok pentadbiran.Ketika ini ibu bapa Azmira sedang berkata sesuatu kepada Azmira dan Shazuan.Nampak jelas reaksi marah pada wajah ayah Azmira.Ustaz Majid memberi insyarat selepas ini giliran kami pula untuk menemui mereka.Sebenarnya pengurusan sekolah dan rata-rata pelajar di sini terkejut apabila mereka mendapat tahu bahawa aku adalah anak angkat kepada keluarga Shazuan.Kerana itulah aku diminta untuk menghubungi Uncle Adnan sebentar tadi untuk hadir ke pejabat kerana salahlaku yang dibuat Shazuan.
Ibubapa Azmira telah pun keluar dan kini mereka sedang membincangkan sesuatu dengan pengetua di dalam pejabatnya.Terpancar jelas raut kesal pada wajah orang tua Azmira.Kini giliranku dengan Uncle Adnan pula untuk bertemu mereka.Kami diberi masa 10 minit paling lama sebelum perlu bertemu dengan pengetua pula selepas ini.
"Uncle tidak mahu memanjangkan keadaan kerana kamu dah besar Shazuan.Abg Wafi kamu minta Uncle rahsiakan perkara ini dari Mak Ngah dan Untie Esah.
Kamu kata pada uncle yang abg Wafi kamu dah banyak berubah,uncle rasa kamu lagi banyak berubah berbanding dia.Apa pun yang jadi selepas ini,Uncle harap hubungan kamu dan abg Wafi akan kekal baik.Uncle akan rayu kepada pengetua kamu untuk kurangkan hukuman kamu.Uncle nak keluar dulu untuk beri ruang pada abg Wafi kamu bercakap jika dia nak mengatakan sesuatu", Kata Uncle Adnan menamatkan bicaranya.Aku menghembus nafas yang panjang sambil memandang wajah adikku,Shazuan dan kekasihku,Azmira.Sejujurnya memang banyak pertanyaan yang ingin aku tujukan,mujurlah Uncle Adnan sudah pun keluar.Kini hanya tinggal kami bertiga sahaja di ruangan ini.
"Azmira,awak tahu tak Shazuan ni adik saya?", soalan pertamaku kepada Azmira.
"Tak tahu,hari ni baru saya tahu." Jawabnya ringkas dengan suara sebak.
"Kau pulak Wan?, tau tak sape Azmira ni dengan aku?", soalku kepada Shazuan pula.
"Tak tahu bang,sebab abang tak pernah cerita.Mira pun tak pernah cakap yang dia dah couple dengan abang", jawab Shazuan jujur.
"Benda yang aku tanya ni aku takkan cerita kat luar.Aku harap korang jawab dengan jujur.Apa je yang korang pernah buat?", tanyaku lagi.Aku pasti mereka sudah cukup matang untuk memahami soalanku.
"Semua bang,kecuali yang heavy", jawab Shazuan yang menunduk ke lantai.Azmira hanya mengangguk sahaja tanda mengakui perkara itu.
Aku hanya terdiam kerana tidak menyangka mereka sudah bertindak sehingga ke arah itu.Kali ini aku tidak pasti bagaimana dengan perasaanku,kerana Shazuan adalah adikku manakala Azmira adalah wanita yang aku cintai.Aku melihat mata Shazuan sudahpun ditakungi air.
"Mira dengan Wan,mulai hari ni kita dah takde apa-apa.Tapi kita tetap boleh berkawan sampai bila-bila.Aku harap antara korang ni dapatlah jaga hubungan ni baik-baik.Jangan jadi macam aku sekarang,rasa dikhianati.Aku takkan amik tahu apa-apa pasal korang lepas ni.Pandailah korang uruskan diri korang lepas ni", jawabku panjang lebar sebelum meninggalkan mereka berdua di ruangan itu.
Shazuan dan Azmira kedua dua mereka dikenakan hukuman gantung asrama dan sekolah selama 2 minggu memandangkan kes ini adalah kes yang berat walaupun ini adalah kesalahan pertama mereka.Keluarga Azmira dan Uncle Adnan masing-masing membawa mereka pulang ke rumah.Meskipun Shazuan ada memohon untuk menemuiku,aku tidak mahu mengendahkan.Langkah kakiku terlalu perlahan melangkah ke asrama sambil ditemani oleh Raden dan Ashraff.
YOU ARE READING
ASRAMA 2009
RomantikKONFLIK BERLAKU PADA DIRIKU DAN BEBERAPA ORANG KAWAN SETINGKATAN BERKAITAN JAWATAN KEPIMPINAN ASRAMA. TAHUN TERAKHIR AKU BERADA DI ASRAMA SELAMA 5 TAHUN. DIINSPIRASIKAN DARI SEBUAH KISAH BENAR.