Shazuan seorang sahaja di dalam bilik ketika ini.Hatinya cukup sedih,meskipun Wafi berada bersamanya hari ini,namun abangnya itu langsung tidak mahu bercakap atau memandang sedikit pun wajahnya.Ada juga dia mempelawa Wafi berehat di biliknya,tetapi Wafi enggan melayan dan hanya berbaring terus di sofa.Dia tidak tahu dengan cara mana lagi dia dapat memujuk Wafi.
Bunyi petir dan guruh cukup kuat di luar.Hujan lebat yang turun dari tengahari tadi masih belum reda walaupun jam ketika ini sudah menunjukkan pukul 9 malam.Shazuan kemudian keluar dari bilik kerana mahu melihat adakah Wafi ada ataupun sudah pulang ke Kajang.Ternyata Wafi berada di atas sofa dan sedang tidur dalam keadaan yang lena sekali.Dia memandang wajah abang yang dikhianatinya sebelum ini dengan lama,dia benar-benar merindui Wafi.Kemudian dia menyedari dahi Wafi berpeluh meskipun kipas dipasang di ruang tamu.
Nampaknya Wafi diserang dengan demam.Badannya cukup panas.Dia pantas mengejutkan Wafi supaya bangun dan berehat di biliknya sahaja.
"Kau nak apa lagi?", tanya Wafi dengan suara yang lemah.
"Bang,abang demam ni.Mehlah masuk bilik saya rehat.Abang kena salin pakaian sbb baju ngan seluar abang lembab ni", kata Shazuan.
"Kau tak payah nak buat baik dengan aku lah,kau buat je hal kau.Kalau aku mati pun takde kaitan dengan kau", jawab Wafi dengan nada yang sedikit keras.
"Kalau abg taknak masuk dalam bilik Wan pun takpe,tapi abg kena salin pakaian abang,kejap Wan ambik kat dalam bilik", kata Shazuan dan segera menuju ke biliknya.
Satu tendangan kaki yang kuat mengenai perut Shazuan yang menyebabkan dia jatuh ke atas lantai.Sakitnya itu membuatkan dia mengerang dan memegang perutnya.
"Aku dah cakap tak payah.Kau tak faham bahasa kenapa sial !! Babi betullah kau ni", herdik Wafi ketika Shazuan cuba menyalinkan pakaiannya.
-------------------------------------------------------------
Aku terjaga dari lenaku,kepalaku amat berat ku rasakan.Hujan masih turun tapi tidak selebat tadi.Aku melihat jam di tanganku sudah menunjukkan pukul 1 pagi.Nampaknya aku terpaksa membatalkan hasratku untuk pulang ke Kajang kerana sudah terlampau lewat.Terdapat pakaian,air,bubur dan panadol yang tersedia di atas meja.Mungkin Shazuan meletakkannya di situ."Abang dah sedar? Wan ada buatkan abang bubur.Abang makanlah sebab dari tengahari tadi abang belum makan kan?", kata Shazuan kepadaku.
"Aku dah cakap,tak payah nak buat baik dengan aku.Kau tak faham bahasa kenapa?" Aku mulai berang.
Ketika aku bangun dan mahu menumbuk Shazuan,entah mengapa aku seperti hilang keseimbangan.Kepalaku seperti berputar semasa itu.Akhirnya aku jatuh terjelepuk ke lantai

ANDA SEDANG MEMBACA
ASRAMA 2009
RomansaKONFLIK BERLAKU PADA DIRIKU DAN BEBERAPA ORANG KAWAN SETINGKATAN BERKAITAN JAWATAN KEPIMPINAN ASRAMA. TAHUN TERAKHIR AKU BERADA DI ASRAMA SELAMA 5 TAHUN. DIINSPIRASIKAN DARI SEBUAH KISAH BENAR.