HARI PERTAMA

740 8 0
                                    

Pendaftaran pelajar ke sekolah dan asrama telah pun bermula.Semua pelajar tingkatan 5 sibuk berganding bahu dan saling bantu membantu untuk melancarkan proses pendaftaran dan kemasukan ke kelas dan bilik masing-masing.Helmi mengetuai gerakan di sekolah manakala aku mengetuai gerakan di asrama.Banyak persoalan mengenai bilik khususnya dari ibu bapa atau penjaga pelajar tingkatan 1 diajukan kepadaku.Jadi aku sedaya mungkin untuk memberi jawapan yang memuaskan hati semua pihak.

Pada tahun ini ada perubahan dalam setiap bilik,di mana aku mahukan semua pelajar di dalam bilik terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5.Meskipun ada dalam kalangan warden dan guru-guru membantah cadanganku kerana bimbang mengenai kejadian buli,tetapi aku memberikan alasan itu hanyalah untuk merapatkan jurang umur yang berbeza dalam kalangan penghuni bilik,untuk menyemai rasa hormat menghormati dan membantu di antara satu sama lain.Pengetua bersetuju dengan cadanganku yang turut disokong oleh Ahli Jawatan Kuasa Asrama yang telah dilantik,sebab itu mereka yang tidak bersetuju dari awal terpaksa bersetuju akhirnya.

Pening juga kepala aku untuk menjawab soalan yang diberikan oleh ibubapa dan penjaga,kerana soalan mereka kebanyakkannya adalah soalan yang remeh temeh.Kadang-kadang aku terpaksa menahan marahku apabila terpaksa menjawab soalan sebegitu.Ketika ini aku melihat Fakhrul,Timbalanku seperti berkelahi dengan seorang penjaga dan aku bergegas pergi untuk menyejukkan keadaan.

"Maaf ye pakcik,ada apa-apa yang saya boleh bantu?", tanyaku kepada seorang bapa yang aku lihat begitu tegang dengan Fakhrul sejak tadi.

"Kamu ni siapa?", tanya pakcik tu lagi.

"Saya Wafi,ketua asrama lelaki untuk tahun ni", jawabku ringkas.

"Okay sekarang ni pakcik nak anak pakcik ni duduk satu bilik dengan saudaranya.Mereka ni memang rapat dari dulu dan umur pun sebaya.Tapi dia ni tidak membenarkan", marah pakcik itu sambil menuding jarinya kepada Fakhrul.

"Untuk pengetahuan pakcik,semua susunan bilik di buat oleh pihak warden asrama,bukan dari kami.Jadi sekiranya pakcik tak berpuas hati pakcik boleh adukan perkara ini kepada warden.Dan jika warden membenarkan pun saya adalah orang pertama yang akan menentang", jawabku dengan nada yang agak keras.

"Kamu baru umur 17 tahun dah mula biadab ya", kata pakcik itu dengan nada yang semakin marah.

"Asrama ini dikhaskan untuk semua pelajar dan bukan untuk adik beradik atau saudara mara terdekat.Kalaupun anak pakcik berlainan bilik dengan saudara dia,mereka tetap boleh berjumpa setiap hari.Tiada siapa yang akan menghalang.Sebab tu saya yakin tiada sebab pun untuk pakcik marah dalam hal kecil macam ni.Maaflah kalau pakcik rasa saya biadab,tapi saya rasa saya perlu terangkan semuanya", kataku dengan nada yang tegas.

"Terima kasih Fi,aku tak tau nak fahamkan orang tua tu macamana dah", keluh Fakhrul ketika pakcik itu berlalu pergi dan mengalah dengan hujah yang aku berikan.

"Chill je,yang masalah ayah dia bukan anak dia,jangan kau berdendam pulak", kataku kembali kepada Fakhrul.
--------------------------------------------------------------
Selesai urusan pendaftaran penghuni ke asrama,aku menuju ke bilik untuk berehat dan menyalin pakaian.Penghuni bilik masing-masing sedang menyusun barang mereka dan ada yang menegurku.Aku membalas dengan senyuman sahaja.Aku sedang memikirkan apa yang aku perlu sampaikan untuk taklimat asrama kepada semua penghuni pada malam ini.Mungkin aku perlu menerangkan beberapa peraturan baru yang akan bermula pada tahun ini.Sedang aku hampir terlena,aku didatangi seorang penghuni bilik tingkatan 1.

"Abang ni bang Wafi ke? Saya Naufal", kata penghuni tersebut.

"Haah,kau nak apa?", kataku yang sebenarnya malas melayan.

"Kakak saya suruh jumpa abang,dia kirim salam.Dia cakap rezeki sayalah dapat bilik dengan abang", kata Naufal lagi.

"Sape pulak akak kau ni? Kenal pun tidak", kataku dengan nada yang kasar,sebenarnya aku mengantuk sangat ketika ini.

"Azmira bt Mohd Azhar.Form 3 kat sibi tahun lepas,dia kata abang kenal dia", katanya lagi.

Aku terus terbangun dan memandang wajahnya.

Aku ada bertemu dengan Azmira sebentar tadi dan dia mengakui bahawa Naufal adalah adik kandungnya.Dalam masa yang sama dia meminta aku mengawasi dan menjaganya di asrama.Sebenarnya aku terkejut juga adik Azmira diterima belajar di sini,dan dalam masa yang sama aku merasa aku makin terbeban dengan tanggungjawab.Jika aku perlu mengeluarkan sebarang arahan,aku mahu semua orang mengikuti arahan yang aku berikan.Bagaimana jika Naufal tidak menyukai arahanku dan mengadu kepada kakaknya? Bukankah itu akan merosakkan hubunganku dengan dia?

Aku sudah menyampaikan taklimat kepada semua penghuni di asrama.Aku menerangkan beberapa peraturan baru yang perlu diikut.Aku dan Helmi juga bersetuju untuk memberi kelonggaran bermula hari ini sehingga hujung minggu untuk mereka dibenarkan pulang ke asrama selepas waktu makan tengahari di dewan makan.Tambahan pula memang tiada kelas prep petang pada minggu pertama persekolahan.Bagaimanapun semua penghuni asrama diminta mematuhi peraturan yang sedia ada supaya mereka semua tidak melanggar peraturan.

Naufal ketika ini sedang bergurau dengan rakan-rakannya yang lain.Aku memerhati sahaja dia dari jauh.Iras wajahnya juga lebih kurang sama dengan kakaknya,Azmira.
Kadang-kadang aku berasa geram melihatnya.Naufal memiliki ketinggian yang sederhana serta bertubuh slim.Wajahnya juga boleh dikatakan jambu,mewarisi keayuan wajah kakaknya.Dia mempunyai tubuh yang boleh dikatakan menarik juga selain kulitnya yang cerah.Kadang-kadang ada suara nakal yang menjerit di fikiranku,tetapi setakat ini aku mengendahkannya.

ASRAMA 2009Where stories live. Discover now