Aku melepak di cybercafe yang terletak berhampiran dengan rumahku.Kerana bosan tiada aktiviti di rumah,aku datang melepak di sini.Aku membuka MYSPACE yang sudah lama tidak ku buku.Dari sini sahajalah aku dapat mengetahui perkembangan terkini kawan-kawan lamaku seperti Nizam dan Shafiq.
Aku sebenarnya terkejut kerana begitu banyak notification dan mesej yang sudah lama tidak ku lihat.Secara perlahan aku membaca setiap mesej yang dihantar kepadaku.Ada mesej dari Aliff dan Zul yang bertanya khabar tentangku.Ada juga mesej-mesej yang aku terima dari orang yang aku tidak kenali,apabila aku cuba mengigati identiti mereka,namun aku gagal kerana mereka hanya menggunakan nama samaran dan wajah lain di profil mereka.
Sedang aku membaca mesej yang telah dihantar,tiba-tiba ada mesej baru yang aku terima daripada individu yang aku tidak kenali;
"Hye ni Wafi ke ex student %@^#^?"
- Zai95"Hi,ye saya siapa ni" - Wafi92
"Hehehe,takkan tak cam kot." - Zai95
"Betul,sumpah tak ingat". - Wafi92
"Ni saya lah Zaidani.Junior abang sekejap tahun lepas". - Zai95
--------------------------------------------------------------
Aku tinggal seorang diri di rumah pada malam ini kerana kedua ibubapaku telah pulang ke kampung untuk urusan mustahak.Aku telah menyimpan no telefon Zaidani yang dia beri semasa kami berbalas mesej di MYSPACE tadi.
Rupanya sebelum ini telah banyak kali menghubungi dan mengirim SMS,cuma aku yang tidak menjawab dan membaca pesanan SMS nya.Selain itu Shazuan juga ada mengirim pesanaan dan cuba menghubungiku,tetapi aku tidak mahu melayan.Akhirnya aku terus menyekat no telefonnya dari dia terus menghubungiku.Kemudian hp ku tiba-tiba berbunyi,ada seseorang yang sedang mengirim SMS kepadaku.Ternyata ia adalah mesej dari Zaidani.Hi bang,wat apa tu - Zaidani
Hello, tak buat apa pun,lepak dalam rumah je.
Tak lepak mana-mana ke malam ni
- ZaidaniTakde tempat yang nak tuju,so lepak rumah je la.
Hihihi.Meh lah jemput Dani dekat rumah.Boleh bawak Dani jalan-jalan
- ZaidaniNak jalan-jalan mana pulak? Lagipun abg malas lah nak keluar.Takde mood.
Kita pergi minum je,lagipun Dani tahu abang pun bosan sekarang.
- ZaidaniEh mana tau abang bosan ni?
Org macam abg kalau bosan dengan tertekan mesti balas mesej dari org yang dia tak berapa suka.Dani tahulah Hihihi - Zaidani
Aku memikirkan tawaran Zaidani,betul sebenarnya aku berasa amat bosan ketika ini.Motor kriss ayahku ada sahaja di bawah jika aku mahu guna,lagipun aku sudah memiliki lesen.Sebenarnya seram sejuk juga apabila dia mengajakku untuk keluar melepak,lagipun aku sudah masak dengan perangainya.Tetapi dalam masa yang sama sudah lama aku tidak membuang airku.Adakah ini masanya yang sesuai,boleh juga menghilangkan sedikit rasa serabut yang bersarang di kepala.
Aku sudah tiba di kondominium mewah keluarga Zaidani.Ternyata dia telah menungguku di bawah.Sebenarnya sudah lama aku tidak berjumpa dengannya.Kemudian aku membonceng Zaidani ke restoran mamak yang berhampiran.Comel sungguh wajah Zaidani sekarang berbanding dulu,aku perasan tubuhnya berisi sedikit tidak kurus seperti dulu.Mungkin dia ada melakukan aktiviti bagi membentuk tubuh atau sering ke gym.Dia melemparkan senyuman manisnya kepadaku.
Aku mengekori sahaja Zaidani pulang ke rumahnya.Ayah dan ibunya tiada di rumah kerana ke Perlis atas urusan kerja,hanya tinggal Zaidani sahaja kerana dia merupakan anak tunggal.Seluar slack slimfit berwarna coklat yang disesuaikan dengan baju slimfit berwarna biru yang disarung Zaidani membuatkan dirinya kelihatan cukup menarik.Aku sendiri tidak tahu mengapa aku bersetuju untuk menerima pelawaan Zaidani bermalam di rumahnya pada malam ini.
--------------------------------------------------------------
Shazuan berehat di atas kerusi malas di balkoni luar sambil merenung bulan.Dia baru selesai menghubungi Azmira.Itu sahajalah aktiviti yang dia dapat lakukan ketika cuti sekolah ini.Hendak keluar dia tidak tahu mahu ke mana lagipun dia tidak mempunyai lesen.Motor milik Wafi ada disimpan di dalam rumah.Shazuan sedar dia telah melukai hati abang angkatnya,dan membuatkan Wafi berasa amat kecewa.Sebenarnya dari awal dia telah dimaklumkan oleh Azmira bahawa dia masih berpacaran dengan Wafi ketika awal perkenalan
mereka.Tetapi dia terpaksa menipu abangnya itu kerana mahu menyelamatkan dirinya dan Azmira.Dia sedar pembohongannya itu hanya sia-sia dan Wafi juga telah memutuskan hubungan dengan mereka berdua.Dirinya berasa amat bersalah.Tetapi dia juga lelaki biasa yang mengidamkan Azmira menjadi kekasihnya.Dia sendiri tidak menyangka bahawa dia telah jatuh hati dengan Azmira malah Azmira juga merelakan perlakuan Shazuan ke atasnya.Dia cuba menghubungi Wafi untuk memulihkan kembali hubungan mereka berdua,tetapi Wafi enggan untuk menjawab panggilan telefon dan SMS yang dihantar.Apabila sekolah bermula bermula kembali,dia perlu berhadapan dengan reaksi kawan kawan dan warga sekolah yang lain yang sudah tahu tentang kes khalwatnya dengan Azmira.
YOU ARE READING
ASRAMA 2009
Любовные романыKONFLIK BERLAKU PADA DIRIKU DAN BEBERAPA ORANG KAWAN SETINGKATAN BERKAITAN JAWATAN KEPIMPINAN ASRAMA. TAHUN TERAKHIR AKU BERADA DI ASRAMA SELAMA 5 TAHUN. DIINSPIRASIKAN DARI SEBUAH KISAH BENAR.