Shazuan dan Ashraff masing-masing melepak di tangga berhampiran kelas mereka ketika ini.Selesai menikmati hidangan tengahari,mereka perlu berada di kelas untuk kelas prep petang.Tapi tidak ramai lagi kawan-kawannya yang sudah tiba di kelas,masih ada lagi yang sedang makan di dewan makan ataupun sedang mencuri tidur di surau.
Azmira dan rakan rakannya ketika ini melangkah menuju ke kelas terkejut apabila terserempak dengan Shazuan di situ.Sebenarnya Azmira suka melihat wajah Shazuan yang tampan itu,entah mengapa hatinya pasti akan berdegup kencang.Shazuan ketika itu hanya melemparkan senyuman yang manis sahaja apabila Azmira memandangnya begitu.Ashraff yang melihat tingkahlaku mereka berdua segera beredar dari situ,kerana tidak mahu menganggu perbualan mereka berdua.
"Hi awak,saya Azmira,boleh panggil Mira", Azmira memperkenalkan dirinya.Setelah beberapa bulan sesi pembelajar telah bermula,baru dia dapat memperkenalkan dirinya kepasa Shazuan kerana sebelum ini dia berasa amat segan.
"Saya Shazuan,boleh panggil Wan je", jawab Shazuan ringkas.
"Saya suka tengok muka awak sbb awak ni kacak lah", kata Azmira yang membuatkan wajah Shazuan kemerahan.
"Hahaha takde lah wak,saya biasa je.Ramai je lagi yang kacak dari saya.Awak pun manis orangnya.Takkan lah tak berpunya", ucap Shazuan panjang lebar.
--------------------------------------------------------------
Kelas tambahan prinsip akaun baru sahaja berakhir.Ini bukanlah subjek yang aku minati,tetapi aku tiada pilihan lain selain daripada mengikutinya.Aku melihat kerusi Helmi yang sudah lama kosong,aku tidak tahu kenapa dia berubah sebegitu mendadak.Sudah lama kami berdua tidak bertegur sapa.Takpelah,semua orang ada pilihan sendiri.Aku melangkah menuju ke asrama bersama Fakhrul.Kelihatan tegang pada wajahnya,aku percaya dia tertekan dengan keadaan di asrama sekarang.Semua yang kami berdua pernah rancangkan tidak menjadi.Lagipula Helmi sebagai ketuanya sekarang.Sebelum ini berkali kali juga Fakhrul mengajak aku berbincang tentang asrama,tetapi aku tidak mahu melayan kerana aku hanyalah penghuni biasa yang menjalani kehidupan biasa tanpa sebarang jawatan ataupun tanggungjawab.
Aku membaringkan badanku di atas katil.Aku melihat Nasrul sedang bergurau dengan kawannya di katil hujung.Lantas aku teringat kepada Azmira kekasihku.Rasanya sudah lama aku tidak menemui atau mengutus surat kepadanya.Bukanlah bermaksud aku tidak menyayanginya,tetapi itulah caraku dari dahulu.Dan aku pasti Azmira sudah masak dengan perangaiku.Aku meletakkan sepenuh kepercayaanku kepadanya dalam hubungan kami berdua,kerana aku yakin dia tidak akan mengkhianati hubungan kami.Tambahan pula aku sudah bertemu dengan keluarganya.
Sedang aku termenung sendirian dikatil,Akmal pelajar Ting 3 masuk ke bilikku dan menghampiri Naufal dan penghuni bilikku yang lain.Dia raut wajah Naufal dan rakan rakannya,terpancar jelas ada sesuatu yang buat mereka tidak berpuas hati.Kemudian masing-masing menuju ke locker dan mengeluarkan dompet lalu menghulur beberapa keping not duit kepada Akmal.Akmal mencatatkan sesuatu di kertasnya.
"Kau sini jap", aku memanggil Akmal.
Akmal jelas terkejut apabila melihatku memerhatinya dari katil.Mungkin dia tidak menyedari aku sudah berada lama di sini.Segera dia datang menghampiriku.
"Kau kutip duit tu untuk apa"? Soalku kepada Akmal.
"Saya tak tahu bang,tapi abg Shahzreen yang suruh", jawab Akmal sedikit tergagap.
"Untuk semua budak asrama ke or macamana? Berapa kutip sorang?", tanyaku lagi.
"Haah bang untuk semua,sorang RM7", jawab Akmal.
Aku menghela nafas yang cukup panjang.Jumlah itu cukup banyak sebenarnya.Jumlah penghuni asrama sahaja semuanya ada 192 org termasuk pelajar tingkatan 5.Jika 100 orang sahaja sudah membayar,jumlah kutipan sudah RM700.
"Bak sini semua duit dengan nota kau,kutip dulu kat semua Form 5 sorang RM7,bila dah cukup suruh Shazreen datang amik duit ni kat aku", Kataku sambil merampasnya dari Akmal.
"Janganlah bang.Nanti bang Shahzreen marah saya", kata Akmal lagi.
"Buat je apa aku suruh", jawabku ringkas.
Aku melihat nota yang dicatat oleh Akmal.Jelas sekali sudah 127 orang telah membayar duit seperti yang diminta oleh Shahzreen.Aku memanggil penghuni bilikku untuk memulangkan kembali wang mereka.Baki yang lain aku akan serahkan kepada Fakhrul untuk dia pulangkan kepada penghuni asrama yang lain.
Sementara itu di Bilik Musytari,jelas kedengaran erangan kesakitan dan rayuan yang dibuat oleh Akmal.Ternyata Shahzreen begitu berang sekali apabila Akmal gagal melaksanakan arahan yang diberinya.Menambahkan rasa marahnya lagi apabila Wafi telah merampas kesemua sekali wang yang telah dikutip daripada penghuni lain di asrama.Tubuh Akmal disepak malah dipijak oleh Shahzreen.Penghuni asrama lain tidak berani melalui depan dorm tersebut apabila mendengar jeritan Akmal yang meminta tolong.

ANDA SEDANG MEMBACA
ASRAMA 2009
RomanceKONFLIK BERLAKU PADA DIRIKU DAN BEBERAPA ORANG KAWAN SETINGKATAN BERKAITAN JAWATAN KEPIMPINAN ASRAMA. TAHUN TERAKHIR AKU BERADA DI ASRAMA SELAMA 5 TAHUN. DIINSPIRASIKAN DARI SEBUAH KISAH BENAR.