PERHIMPUNAN

657 9 1
                                        

Irfan dan Safuan masing-masing tidak senang hati ketika ini.Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang,tapi kelibat Naufal masih tidak kelihatan sejak pelajar tingkatan 1 itu di bawa ke hospital pada tengah malam tadi.Mereka cukup bimbang sekiranya rahsia mereka berdua pecah.Setakat ini mereka belum lagi mendengar perkhabaran mengenai Naufal dari sesiapa.

Petang ini juga semua penghuni asrama lelaki diarahkan untuk berkumpul di dataran asrama.Arahan tersebut dikeluarkan oleh ketua warden dan di sampaikan oleh Fakhrul kepada penghuni asrama yang lain.Tidak pasti mengenai perkara apa,Safuan dan Irfan masing-masing menunggu dengan penuh debaran.Beberapa orang penghuni bilik Naufal dibenarkan untuk kembali ke dalam bilik ketika sesi prep petang untuk membantu membersihkan katil Naufal yang berbau busuk dan hanyir.

"Pelajar cikgu disahkan menghidap buasir,mungkin daripada faktor pemakanan.Saya dah cuba cari faktor lain mengenai bengkak pada punggung tu,tapi tak jumpa apa-apa", kata doktor yang merawat.

"Kalau macam tu tak apalah. Bila pelajar ni dibenarkan balik? Sebenarnya saya bimbang pada awalnya kalau ada sebab lain dia sakit macam ni." Keluh Cikgu Amin.

"Dia boleh balik sebentar lagi dan saya akan berikan cuti tambahan selama 3 hari.Boleh lah dia berehat kat rumah nanti.Cikgu syak sakit apa dari mulanya?", tanya doktor lagi.

"Baiklah kalau macam tu,saya akan maklumkan kepada penjaga dia untuk ambil di asrama hari ni.Saya bimbang kalau dia ada diliwat.Tapi doktor kata sebab pemakanan,legalah hati saya." Jawab Cikgu Amin.

"Saya tak jumpa kesan air mani dalam punggung pelajar tu.Jika ada pasti jumpa.Sekiranya betul tekaan cikgu,air mani patut ada dalam tempoh 72 jam dalam lubang punggung.Tapi saya periksa memang takde.Lainlah jika air mani itu sudah kering ataupun pelakunya memakai kondom.Tapi saya tak percaya benda itu berlaku kerana pesakit juga tidak tahu lagi tentang seks dan lain-lain.Muka dia ada sedikit kekeliruan apabila di tanya." Terang doktor lagi pada Cikgu Amin.
--------------------------------------------------------------
Seramai 7 orang pelapis dari ting 4 dipilih untuk menjadi Timb Ketua Biro dan Jawatan Kuasa Asrama.Mereka yang terpilih ada Aniq,Shazuan,Ashraff,
Bob,Razif,Ezla dan Aiman.Ketuju tujuh orang ini akan bekerjasama dengan Ketua Biro Asrama yang diketuai oleh Wafi.Penguguman ini dibuat oleh Cikgu Amin selaku ketua warden sekolah.Dalam ucapannya dia memberi harapan agar pelapis yang dilantik ini dapat bekerja sama dan menimba pengalaman dengan Jawatan Kuasa Asrama yang sedia ada.

Cikgu Amin juga memaklumkan bahawa pada minggu hadapan seorang warden sementara yang baru akan bertugas di asrama.Katanya warden tersebut merupakan seorang penuntut dari maktab perguruan yang perlu menyelesaikan tugasan praktikal semestar.Cikgu Amin juga meminta semua penghuni asrama memberikan kerjasama yang baik kepada warden sementara itu sepanjang dia bertugas di sini.

Ashraff dan rakan rakannya yang lain sangat gembira diberi kepercayaan sebagai pelapis.Mereka tidak sabar untuk menunggu mensyuarat seterusnya yang akan dipengerusikan oleh Wafi.Shazuan pula berharap peluang ini menjadi kesempatan dan peluang untuk dirinya dan Wafi untuk berbaik semula.Di saat Fakhrul dan rakan rakannya yang lain mengucapkan tahniah kepada Shazuan dan rakan rakannya,Wafi pula seperti biasa tidak menunjukkan sebarang reaksi.Selepas perhimpunan tersebut tamat,dia segera kembali ke biliknya untuk tidur.

Irfan dan Safuan juga lega apabila perkara berkaitan Naufal tidak dibangkitkan ketika perhimpuan tersebut.Ini bermakna rahsia mereka masih selamat dan tidak bocor.Untuk masa ini mereka berdua sedar adalah berbahaya untuk menjadikan penghuni lain sebagai mangsa mereka seperti yang terjadi kepada Naufal.Naufal pula tiada di asrama ketika ini,dia dibawa pulang oleh keluarganya setelah mendapat cuti sakit daripada hospital.Dia berharap kesakitannya akan sembuh ketika berada di rumah nanti.

"Tahniah awak sebab terpilih,saya harap ni peluang untuk awak dapat berbaik dengan abang awak tu", ucap Azmira ketika mereka bersembang dalam kelas.

"Thanks awak.Itulah harapan saya,saya akan cuba wak walaupun saya tahu benda tu susah", jawab Shazuan.

"Dia memang dah langsung tak berborak dengan awak ke?", tanya Azmira lagi.

"Takde dah wak,setiap kali saya nak jumpa atau borak dengan dia mesti saya kena tengking.Rasa dah 3-4 bulan dah ni", kata Shazuan dgn nada yang kesal.Dia sedar ini adalah harga yang perlu dibayarnya kerana mengkhianati Wafi.

Kebelakangan ini dia ada juga curi-curi melihat Wafi.Seringkali dia melihat Wafi menghabiskan masanya bersendirian sama ada di dalam bilik,gym dan kelas.Wafi memang sudah lama tidak turun ke padang bermain bola.Dia juga ada bertanyakan tentang abangnya itu kepada Fakhrul,tetapi Fakhrul mengatakan bahawa Wafi lebih mendiamkan diri selepas kejadian itu.Fakhrul juga memberitahu bahawa Wafi sangat kuat menghisap rokok sekarang,mungkin untuk melepaskan tekanannya.

ASRAMA 2009Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang