Semua penghuni asrama lelaki diarahkan berkumpul di dataran asrama manakala Cikgu Amin dan Cikgu Hafiz sedang berbincang dengan Jawatan Kuasa & Pelapis Asrama.Cuma Wafi sahaja yang tidak ada,ramai juga pelajar yg diarahkan mencarinya tetapi masih tidak menjumpainya.
Penghuni yang berkumpul pula masing-masing menguapkan mulut menahan rasa mengantuk,maklumlah jam sudahpun menunjukkan pukul 1.30 pagi.Pasti ada hal kecemasan yang terjadi,jika tidak mengapa mereka semua perlu berkumpul di sini pada waktu ini.Masing-masing mula membuat andaian sendiri.Cikgu Hafiz mula mengarahkan semua penghuni bilik memasuki bilik mereka sambil diekori oleh Fakhrul dan Raden.Manakala Cikgu Amin berkawal di bawah.
Ternyata pemeriksaan locker sedang dibuat.Helmi mulai rasa cemas kerana gam dan rokoknya berada dalam locker.Tambahan pula locker Helmi adalah locker yang pertama diperiksa oleh Cikgu Hafiz.Sepanjang pemeriksaan tersebut berbagai barang terlarang telah di rampas oleh pihak warden seperti rokok dan juga handphone.Wafi yang baru tiba diperkarangan asrama juga pelik apabila melihat penghuni dormnya masih berada di dataran sambil di awasi oleh Cikgu Amin.
"Kamu dari mana Wafi,lewat pagi macam ni baru balik", tanya Cikgu Amin kepadanya.
"Saya dari kelas,tertidur kat sana", jawab Wafi bersahaja.Rambutnya yang serabai dan wajahnya yang kusam seolah olah dia memberikan alasan yang betul.
"Semua ke mari naik ke bilik,kamu sekali Wafi", Arah Cikgu Amin.
"Baiklah", jawab Wafi dengan begitu ringkas sekali.Sebenarnya dia masih tidak memahami apa yang terjadi sebenarnya.
Semua locker milik penghuni bilik Wafi mula digeledah termasuk locker milik Wafi sekali.Meskipun dia merupakan seorang ketua asrama,ternyata dia tidak mengelat,dia hanya membiarkan sahaja Cikgu Hafiz dan Cikgu Amin mengeledah lockernya.Setelah berpuas hati dia mengarahkan semua penghuni naik ke katil masing-masing dan tidur.
Manakala Wafi diarahkan oleh Cikgu Amin untuk memanggil semua Jawatan Kuasa dan Pelapis Asrama kecuali Irfan untuk berkumpul di Bilik Mensyuarat Asrama untuk perbincangan tergempar."Sebenarnya pada hari ini kita buat pemeriksaan kerana kita mendapati ada dalam kalangan penghuni yang membawa barang terlarang di asrama.Cikgu Hafiz dengan bantuan Fakhrul dan Ahmad Khairi telah membuat rampasan tersebut.
Nama penghuni yang bersalah telahpun di kenal pasti dan hukuman akan diumumkan pada minggu hadapan,selain daripada itu ada satu kes besar yang terjadi di asrama,
Wafi,kamu tahu apa yang terjadi?", Soal Cikgu Amin kepadanya.Kini semua mata tertumpu untuk mendapatkan jawapan daripada Wafi."Maaf cikgu,saya tak tahu apa-apa", jawab Wafi dengan jujur sambil menguap kerana dia betul-betul mengantuk.Fakhrul dan Ashraff menahan gelak sahaja apabila Wafi sekadar memberikan jawapan ringkas.
"Ada kejadian pukul berlaku membabitkan 2 orang pelajar tingkatan 5.Bukan sahaja dipukul,tapi mangsa diarahkan untuk melakukan sesuatu", kata Cikgu Amin.
"Apa yang jadi Cikgu?", kata Ahmad Khairi yang mengetuai Biro Aduan & Disiplin Asrama.
"Ada penghuni asrama diliwat.Mangsa adalah Aminul dan pelakunya adalah Helmi.Aminul ketika ini berada di hospital untuk dirawat dan dibawa oleh Abg Radzi.Helmi akan dibuang asrama pada esok kerana kesalahan tersebut,tuan pengetua juga sudah dimaklumkan.Irfan juga telah dilucutkan jawatan dan dia juga akan dibuang esok kerana meliwat Naufal,pelajar tingkatan 1", terang Cikgu Amin.
Makluman dari Cikgu Amin membuatkan suasana ketika itu menjadi gempar.Wafi yang pada mulanya mengantuk terus berasa segar.Dia tidak menyangka perkara ini terjadi sedangkan dia adalah Ketua Asrama di sini.Timbul rasa kekesalan di hatinya kerana tidak mahu mengambil tahu tentang semua perkara.
"Wafi,kamu dipilih semula untuk menjadi Ketua Asrama bukan sahaja kerana saya dan pentadbir sekolah mempercayai kamu,tetapi penghuni di asrama ini juga meletakkan kepercayaan bahawa kamu mampu melindungi mereka.Jalankanlah tugas kamu dengan jujur,kerana ini adalah amanah.Kamu tidak boleh berharap kepada Fakhrul sahaja,kamu mesti ke hadapan kerana kamu adalah pemimpin utama di sini", tegur Cikgu Amin lagi.Wafi tidak menjawab apa-apa,dia hanya tertunduk malu apabila menyedari kesilapannya.
--------------------------------------------------------------
Buat pertama kalinya,akhirnya aku mempengerusikan mensyuarat bersama Jawatan Kuasa dan Pelapis Asrama.Cikgu Hafiz juga ada hadir untuk memantau.Tujuan mensyuarat pada hari ini dibuat kerana aku perlu melantik seseorang untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Irfan yang dibuang asrama.Selain itu juga mengenai cadangan rombakan bilik dan lain-lain hal yang berkaitan.Entah mengapa aku tidak dapat tidur lena dari kelmarin,mungkin kerana aku dihantui rasa bersalah kerana mengabaikan tanggungjawabku sebagai Ketua Asrama.Mensyuarat bersetuju melantik Aniq dari Tingkatan 4 untuk menyandang jawatan yang ditinggalkan Irfan.Mensyuarat juga bersetuju rombakan bilik dibuat melalui cabutan undi.Aku juga mengambil kesempatan untuk membuat permohonan maaf kepada Fakhrul dan rakan-rakanku yang lain kerana tindakan dan sikapku yang menyusahkan atau lalai selama ini.Aku berazam untuk membetulkan kesilapanku mulai hari ini.
YOU ARE READING
ASRAMA 2009
Любовные романыKONFLIK BERLAKU PADA DIRIKU DAN BEBERAPA ORANG KAWAN SETINGKATAN BERKAITAN JAWATAN KEPIMPINAN ASRAMA. TAHUN TERAKHIR AKU BERADA DI ASRAMA SELAMA 5 TAHUN. DIINSPIRASIKAN DARI SEBUAH KISAH BENAR.