AMUKAN WAFI

732 11 4
                                        

Jam sudah menunjukkan pukul 4.15 petang,Aku baru terjaga dari tidur dan sekali lagi aku terlepas waktu makan tengahari.Meskipun ada orang dalam bilikku ketika ini,mungkin masing-masing tidak berani mengejutkanku kerana takut dimarahi seperti pagi tadi.Aku mencapai tuala ku dan pergi ke tandas untuk membersihkan diri.

Sedang aku melalui bilik Utarid,aku mendengar raungan seseorang yang menjerit kesakitan dan menarik minatku untuk mengetahuinya.Lantas aku membuka bilik tersebut dan aku melihat Shahzreen sedang menyepak tubuh Fakhrul yang sedang terbaring di lantai.Shahzreen yang menyedari kehadiranku terus berhenti dan memandangku dengan wajah yang pucat.

Aku segera mendapatkan Fakhrul yang sedang terbaring memegang perutnya yang sakit itu.Aku mendapati ada kesan bengkak pada perut Fakhrul ketika aku menyelak bajunya.Aku memandang Shahzreen dengan mata yang tajam,aku dapat rasakan kemarahanku kerana aku jelas tidak berpuas hati dengan tindakannya memukul kawan baikku itu.Aku segera bangun dan mula merapati Shahzreen yang sudah mula berundur merapati dinding.

Shahzreen tidak mampu bercakap apa-apa,tetapi dari wajahnya yang pucat aku tahu dia jelas ketakutan.Kemudian aku melepaskan satu tumbukan yang tepat mengenai rahang giginya yang membuatkan dia terus terjatuh ke lantai.Kemudian aku terus menyepak perutnya,sama seperti dia lakukan kepada Fakhrul.Penghuni yang lain tidak berani berbuat apa-apa,mereka hanya memandang sahaja aku mengerjakan Shahzreen.

Jeritan Shahzreen semakin kuat kedengaran.Dia berasa amat kesakitan sekali kerana dia disepak olehku berulang kali tanpa berhenti.Sekali sekala sepakanku mengenai mukanya.Semakin ramai penghuni asrama berkumpul di dalam bilik dan diluar bilik.Ada yang melihatnya dari tingkap sahaja.Aminul dan Raden yang kebetulan berada di aras 2 segera berlari ke arah bilik Utarid untuk melihat apa yang terjadi.

Mereka berdua masuk dan mendapati Fakhrul masih terbaring di lantai.Segera mereka berdua mengarahkan beberapa orang penghuni yang ada di situ untuk memapah Fakhrul ke bilik Uranus dengan segera.Kemudian mereka berdua bersama sama menghalangku daripada terus membelasah Shahzreen dengan teruk.Pada mulanya aku melawan,tetapi setelah campur tangan penghuni asrama dari tingkatan 5 yang lain akhirnya aku terpaksa berhenti kerana mereka berjaya mengunci pergerakanku.Jelas terdapat darah milik Shahzreen yang mengalir keluar dari mulutnya yang menjerit meminta bantuan dengan suara yang lemah.

Aku ditenangkan oleh rakan rakanku yang lain dan kini aku dibawa masuk ke dalam bilikku.Ketika ini mulut aku tidak berhenti menghamun Shazeeen,jelas sekali aku api amarahku masih belum reda.Aku juga dapat melihatan Irfan dan Helmi berlari ke aran bilik Utarid,mungkin untuk membantu Shahzreen.Jika diikutkan hatiku,ingin sahaja aku membantai mereka bertiga,tapi hajatku terhalang kerana aku diekori dengan ramai oleh rakan-rakan setingkatanku yang lain.

Shazuan dan Ashraff amat terkejut mendengar berita ini.Mereka saling berpandangan dan bergegas ke tingkat 2.Shahzreen kini terbaring sahaja sambil darah dan lukanya dibersihkan oleh Helmi.Ini yang sebenarnya yang mahu dielakkan Ashraff,dia cukup kenal dengan baran Wafi.Sekali dia mengamuk pasti akan mendatangkan kecederaan yang teruk.Kemudian mereka melangkah menuju ke bilik tidur Wafi kerana dikhabarkan dia sedang ditenangkan di sana.

Mereka melihat Ahmad Khairi iaitu Biro Sukan dan Rekreasi asrama sedang menyapu ubat pada Fakhrul yang jelas mempunyai bengkak di badannya.Wafi pula sedang menghisap rokok sambil ditenangkan oleh Raden.Shazuan ingin masuk ke dalam bilik untuk melihat keadaan Wafi tapi dihalang oleh Ashraff.Di wajah Wafi masih ada wajah kemarahannya sbb itu Ashraff menghalang,takut akan membangkitkan api amukan Wafi lagi.

Sejak daripada kejadian itu,3 Jahanam tersebut tidak lagi mengganggu penghuni asrama.Tiada lagi pelajar yang dibuli,dipukul, dan di pow.Penghuni asrama ketika ini seolah telah terlepas azab yang selama ini mereka rasai.Helmi dan rakan rakannya yang lain hanya berkurung dalam bilik sahaja,mungkin kerana mereka telah malu.Nama Wafi semakin popular di kalangan penghuni asrama dan sudah ada suara yang meminta dia dilantik kembali menjadi ketua mereka di asrama.Meskipun tidak dinafikan watak Wafi sebenanrnya adalah seorang yang bengis,sekurangnya mereka semua sedar bahawa mereka akan selamat menjadi ketua buat mereka di asrama.

Nama Wafi menjadi bualan di mana-mana.Kejadian tersebut diperkatakan ramai sehingga warden mengetahui perkara itu dan menjalankan siasatan bersama pihak pengurusan sekolah.Beberapa saksi kejadian di panggil,begitu juga dengan beberapa orang mangsa kekejaman Helmi dan rakannya selama ini untuk melengkapkan siasatan.Ketika Helmi,Shahzreen dan Irfan berdebar menanti keputusan,Wafi pula sebaliknya.Dia bersikap tenang dan tidak mahu memikirkan apa-apa.

ASRAMA 2009Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang