CIKGU AMIN

660 9 0
                                        

Aku meneguk air teh o suam yang dihidangkan oleh ZulFakar.Kami berdua bersembang di pangkin dengan penuh gelak tawa.Ada juga biskut yang ZulFakar bawa dari biliknya tadi.Aku mencicah biskut tersebut dengan air teh o,sungguh membangkitkan selera pada lewat pagi sebegini.

Aku sebenarnya tidaklah rapat mana dengan ZulFakar seperti mana rapatnya aku dengan Fakhrul.Baru aku tahu masuk air juga ZulFakar ini.Tergelak aku apabila mendengar jenaka yang dibuat olehnya.Rasa seronok pula dapat bersembang dengan ZulFakar ketika ini.

ZulFakar merupakan anak kelahiran Merlimau,berketinggian 162CM.Dia mempunyai rupa paras yang baik dan mempunyai berat sebanyak 52KG.Sama seperti Irfan,dia juga merupakan seorang pelajar paling lama di sekolah ini selama 5 tahun.ZulFakar ini sebenarnya seorang yang pendiam,tetapi aktif dalam permainan badminton.Tetapi pada lewat malam ini becok pula mulutnya mengalahkan perempuan.

Aku mula menguap,tiba-tiba aku merasa amat mengantuk.Mungkin kerana terlalu lama aku berjaga.Tapi disebabkan ZulFakar masih aktif,aku melayannya sahaja.Lagipun sudah lama aku tidak bersembang serancak ini dengan sesiapa di asrama.

"Zul dan Wafi,kenapa kamu berdua masih belum tidur lagi?", sergah Cikgu Amin yang tiba-tiba muncul di perkarangan asrama.Perbualan kami berdua begitu rancak sehingga tidak menyedari kehadiran Cikgu Amin.

"Maaf cikgu,saya dan Wafi baru habis study.Nak tidur tak boleh.Itu yang ambil masa bersembang sekejap dekat sini.Maafkan kami cikgu." Tutur ZulFakar.Aku turut menundukkan mukaku tanda meminta maaf kepada Cikgu Amin.

"Dah lewat sangat ni.Kalau kamu mahu bersembang pun jangan terlampau bising.Takut penghuni yang lain terjaga.Selepas selesai terus masuk bilik." Arah Cikgu Amin kepada kami berdua.

"Baik Cikgu.Saya dan ZulFakar minta maaf," kataku lagi.

"Oh ya Wafi,esok kamu minta bantuan sesiapa untuk keluarkan tv dari bilik warden tu.Bawa ke surau ya.Lepas ni boleh lah penghuni asrama tonton tv dekat surau pada waktu malam." Kata Cikgu Amin sambil menghulurkan kunci bilik warden kepadaku.

Sempat juga aku menolak kotak rokokku jatuh ke bawah pangkin,jika terlihat oleh Cikgu Amin,pasti nahas aku dikerjakan.Dengan segera aku mengambil kunci yang dihulurkan oleh Cikgu Amin kepadaku.

"Cikgu,kalau kejap lagi kami masuk ke bilik warden dan tidur kat situ pada malam ni boleh? Boleh kami bersembang dalam tu.Nak sembang kat sini cikgu tak bagi pulak." Soal ZulFakar kepada ketua wardennya itu.Aku sendiri tidak menyangka ZulFakar akan  memohon kebenaran sebegitu.

Cikgu Amin memandang aku dan ZulFakar dengan wajah yang tegas.Aku ketika itu sudah kecut perut,bimbang di marahi oleh Cikgu Amin.Lagipun Cikgu Amin memang dikenali sebagai seorang warden yang tegas.Ini pun aku rasa kami berdua bernasib baik kerana tidak dihukum oleh Cikgu Amin kerana masih tidak berada di dalam bilik pada lewat malam sebegini.

"Baiklah,boleh.Tapi jangan kamu berdua mengajak sesiapa pula untuk bermalam di bilik warden tu.Pastikan tv tu dipindahkan ke surau esok", Jawab Cikgu Amin yang mula melangkah pergi meninggalkan kami berdua.

"Fuhhh nasib baik tak kantoi", Keluhku sambil menghembus nafas yang panjang.

"Hahahaha,goyang jugak kau Wafi.
Nasiblah kau tak merokok tadi,kalau tak mampus", kata ZulFakar kepadaku.

"Dahlah,jom masuk bilik.Aku pun dah ngantuk ni." Kataku kepada ZulFakar sambil menguap.

"Kan ada kunci bilik warden tu.Lepas situ je lah malam ni.Lagipun Cikgu Amin dah bagi green light.Dapat gak rasa aircond malam ni." Cadang ZulFakar kepadaku.

Betul juga kata ZulFakar.Lagipun malam ini terasa bahang.Suasana di asrama ini tidak sama seperti di asrama lamaku dulu.Aku bersetuju dengan cadangan ZulFakar.Aku dan dia kemudiannya mengemas pangkin dan membuang sampah ke dalam tong sampah dan melangkah ke bilik warden.

Pintu bilik warden mula dibuka.Aku mula membuka aircond dan mengemas katil.ZulFakar menawarkan diri untuk menyapu lantai bilik yang kelihatan berhabuk.Sebelum melelapkan mata,sempat aku membakar sebatang rokok dan menghirup baki air teh o tadi sambil bersembang dengan ZulFakar.

Bilik ini semakin sejuk dan mataku semakin berat.Tak dapat lagi aku menahan rasa mengantukku.Aku meminta izin untuk melelapkan mata. ZulFakar kemudiannya bangun dan menutup lampu.Aku mula menarik selimut kerana kesejukan dan tidak lama kemudian aku mula terlena.

ASRAMA 2009Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang