"Saya mahu kamu semua berfikiran terbuka dan meluahkan perasaan perkara yang paling kamu kesalkan dengan ahli kumpulan masing-masing,supaya kita tahu bahawa diri kita tidak bersendirian.Jadi kamu boleh mulakan untuk mencari tempat atau ruang yang kamu rasakan selesa sekarang", Kata Prof Abd Malik, Pakar Psikologi dalam Prog Motivasi Pelajar anjuran sebuah universiti dari selatan tanah air.
10 orang pelajar dari sekolah ini terpilih,setiap tingkatan akan diwakili oleh 2 orang pelajar.Bagi pelajar ting 4 nama Shazuan dan Bob terpilih manakala aku dan Ahmad Khairi mewakili pelajar ting 5.Entah bagaimana namaku boleh terpilih,aku pun tidak pasti.Dan secara kebetulan aku disatukan dengan Shazuan secara kebetulan dalam kumpulan yang sama.
Disebabkan setiap kumpulan mempunyai 6 orang ahli sahaja,kami terpaksa memilih pasangan masing-masing.Jika boleh aku mahu mengelak dari memilih Shazuan sebagai pasanganku,tetapi perkara itu tidak terjadi kerana 4 ahli yang lain itu seperti kami juga,masing-masing memilih pasangan dari sekolah yang sama.Aku sebenarnya tidak tahu mahu duduk di mana,aku membiarkan sahaja kakiku melangkah sementara Shazuan dan fasilitator yang bertugas mengikutiku dari belakang.
Kali ini Shazuan berada dihadapanku dan perkara ini ternyata membuat aku tidak begitu selesa.Aku tidak pasti kenapa angin amarahku datang dengan tiba-tiba.Tapi aku perlu bijak mengawal emosiku,lagipun aku perlu menjaga maruah diri dan sekolahku.Mahu tidak mahu aku terpaksa mengalah.Aku juga berharap agar aktiviti ini di tamatkan dengan segera.
"Kamu berdua dari sekolah yang sama kan? Kamu mahu akak berada berhampiran dengan kamu atau jauh sedikit dari kamu untuk sesi ini?", tanya Kak Nisa' yang menjadi fasilotator kepada kami berdua.
Belum sempat menjawab,Shazuan sudah menjawab.Dia meminta Kak Nisa' duduk dari kami berdua dan Kak Nisa' bersetuju.Kini Shazuan memandang wajahku dengan jarak yang dekat.Aku memalingkan pandanganku ke lantai sahaja kerana aku tidak mahu melihat muka Shazuan.
"Okay,Shazuan boleh mulakan dulu,perkara apa yang membuatkan kamu berasa kesal? Wafi minta beri kerjasama dan perhatian ya,anggaplah kamu merupakan orang kepercayaan Shazuan ketika ini", Kata Kak Nisa' lagi.
"Salah satu kesilapan saya yang paling besar ialah merampas seseorang dari orang yang saya sayang.Sampai sekarang saya harap hubungan dengan dia pulih", kata Shazuan ketika itu.
Aku hanya mendiamkan diri,jika ikutkan hatiku ingin sahaja saya melepaskan penumbukku ke wajahnya.Tanganku mengeletar menahan kemarahan.
"Wafi,kenapa kamu diam? Minta jadi pendengar yang baik.Jangan biarkan kawan kamu rasa keseorangan." Kata Kak Nisa'.Sememangnya dia tidak mengetahui orang yang Shazuan maksudkan adalah aku.
"Kenapa kau buat macam tu? Kau tak rasa ke tindakan kau ni macam tikam belakang? Kau khianati kepercayaan dia?", soalku kepada Shazuan dengan suara yang sedikit serak.Mungkin menahan kegeramanku ketika itu.
"Sebab saya tak boleh tipu diri saya tentang perasaan dekat perempuan tu.Saya betul cintakan dia.Saya sedar apa yang saya buat tu salah,tapi saya minta diberi peluang untuk org tu maafkan saya.Kalau dia suruh saya tinggalkan perempuan tu balik saya sanggup.", Jawab Shazuan lagi.
"Kalau kau putus dengan budak tu pun takde apa yang berubah", jawabku dengan nada kesal.Kak Nisa' hanya mendengar sahaja perbualan kami ketika itu.
"Sekurangnya saya dapat abang saya balik.Saya rindukan abang saya,saya nak dia ada dengan saya macam dulu", kata Shazuan dgn suara yang sebak.Aku terpandang wajahnya yang merenung aku ketika itu,kelihatan matanya mula berkaca.
Ketika ini aku dalam perjalanan pulang kembali ke sekolahku selepas tamatnya program tersebut.Shazuan di kerusi hadapan duduk bersebelahan dengan Bob manakala aku duduk di kerusi belakang sekali seorang diri.Inilah kali pertama aku enjoy apabila mengikuti program di luar sekolah.Cuma aku tidak menyangka untuk kali pertamanya aku berbual dengan Shazuan sekian lama.Meskipun aku tidak semesra dengannya seperti dahulu,tapi luahan hatinya membuatkan aku berasa sedih.Mungkin aku berlebihan dalam menghukum dia.
Sejak sesi luahan itu,aku kerap teringat kenangan yang pernah kami lalui berdua.Aku akui kerana Azmira hubungan kami berantakan sehingga hari ini.Suatu masa dahulu aku sangat menyayangi Shazuan seperti aku menyayangi diriku sendiri,kini keadaan jauh berbeza.Aku semakin benci melihat wajah dan mendengar suaranya.Mungkin perasaan benci ini akan berakhir suatu masa nanti.
--------------------------------------------------------------
Cikgu Hafiz dan Fakhrul menyambut kepulangan peserta yang baru tiba dari Johor.Mereka terlibat dalam program bina diri selama 3 hari di sana.Wajah peserta menampakkan seolah oleh mereka begitu kepenatan kerana mereka perlu menempuh perjalanan yang jauh untuk pulang ke sini.Kelihatan seorang jejaka yang berwajah kejantanan yang tampan turun dari kenderaan yang membawa mereka pulang.Bentuk badan dan fizikalnya cukup baik ditambah lagi dengan kesan benjolan yang kelihatan jelas di sebalik seluar joggerpants yang disarung menarik perhatian Cikgu Hafiz.Dia menelan air liur melihat ketika itu.Inilah lelaki yang menjadi idamannya selama ini.Pasti dia akan merasai kepuasan yang besar sekiranya berjaya mendapatkan jejaka tersebut.
"Cikgu,cikgu okay tak ni?", tegur Fakhrul apabila melihat cikgunya itu mengelamun terlalu lama.
"Oh okay.Cuma cikgu tiba-tiba pening sikit.Fakhrul,siapa nama pelajar tu? Cikgu tak pernah nampak dia sebelum ni? ", soal Cikgu Hafiz kepada Fakhrul.
"Itulah ketua asrama kita cikgu,Wafi.Di memang pelik sikit suka buat hal sendiri.Tapi dia okay je", jawab Fakhrul.
YOU ARE READING
ASRAMA 2009
RomanceKONFLIK BERLAKU PADA DIRIKU DAN BEBERAPA ORANG KAWAN SETINGKATAN BERKAITAN JAWATAN KEPIMPINAN ASRAMA. TAHUN TERAKHIR AKU BERADA DI ASRAMA SELAMA 5 TAHUN. DIINSPIRASIKAN DARI SEBUAH KISAH BENAR.