Malam ini merupakan malam akhir bagi semua penghuni asrama dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 4.Esok selepas tamat sesi persekolahan jam 12.30 tengahari,mereka semua akan pulang ke rumah keluarga masing masing untuk bercuti sehinggalah penggal sekolah yang baru bermula pada minggu hadapan.
Beberapa orang pelajar Tingkatan 5 akan diberikan ruang untuk memberikan ucapan akhir sebentar lagi.Kelihatan dewan sekolah penuh dengan kehadiran para pelajar dan guru sekolah untuk meraikan Malam Perpisahan yang diadakan secara tertutup.Beberapa pelajar lelaki dan wanita tingkatan 5 menjadi perhatian pelajar junior yang lain kerana kecantikan dan ketampanan mereka pada malam ini.
Majlis pada malam ini dimulakan oleh Ashraff iaitu pelajar dari Ting 4 yang bertindak sebagai pengerusi majlis ketika ini.Dia mengalukan kehadiran semua pelajar dan guru pada malam ini.Disamping itu juga dia meraikan kehadiran pelajar Tingkatan 5 pada malam ini.Ini adalah malam terakhir mereka untuk bersama sama.Sudah pasti akan ada moment yang sedih yang akan dikongsi sebentar lagi.
Pengetua sekolah sedang menyampaikan ucapannya.Di dalam ucapan tersebut dia memberikan penghargaan kepada JawatanKuasa Asrama dan Sekolah yang terdiri daripada pelajar Ting 5 diatas bakti dan jasa mereka selama ini.Pengetua juga berharap agar mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti.Tuan pengetua menutup ucapannya dengan meminta semua guru-guru dan para pelajar memberikan tepukan gemuruh kepada semua pelajar Ting 5.Kini tiba saat yang dinantikan,Fakhrul dipanggil di atas pentas sebagai wakil pelajar Ting 5 yang akan memberi ucapan dalam majlis pada malam ini.
Kehadiran Fakhrul diatas pentas diiringi dengan tepukan gemuruh dari hadirin yang hadir.Sempat Fakhrul meneguk segelas minuman sebelum memulakan ucapannya.Malam ini pasti malam beremosi buat dirinya,apatah lagi ini merupakan tahun akhir untuk dirinya di sini selepas 5 tahun.Fakhrul memulakan ucapannya dengan mengucapkan terima kasih buat pihak sekolah yang bertungkus lumus menjayakan program pada malam ini.
"Buat semua adik-adik kami,lelaki dan wanita.Dengarlah pesanan dari kami abang-abang dan kakak-kakak kamu di sini,belajarlah dengan bersungguh sungguh kerana berapa ramai orang yang bekerja pada hari ini diluar sana merindui untuk kembali ke sekolah.
Dengar dan hormatilah para guru di sekolah ini kerana mereka adalah ibubapa kita di sini.Dengan merekalah kita menumpang kasih.Tunjukkan rasa hormat kepada mereka kerana merekalah yang menurunkan ilmu kepada kita.Tanpa mereka,hilanglah cahaya ilmu dalam hidup kita.
Sepanjang tahun ini,kami pelajar Ting 5 berusaha untuk melindungi dan menjaga kamu semua.Memang betul di antara kami bermasalah dengan kamu,tetapi masih ada lagi yang benar-benar ikhlas melindungi kamu semua.Kami hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan,maafkan kesilapan kami dan doakan lah perjalanan kami selepas ini.Semoga kita dapat bertemu lagi selepas ini."
Kata Fakhrul yang mengakhiri ucapannya.Kedengaran suaranya begitu sebak.Beberapa pelajar junior tidak dapat menahan air mata mereka.Selesai ucapan tersebut,kesemua pelajar di jamu dengan makanan dan hidangan yang sangat lazat.Sungguh berselera mereka semua menikmati hidangan tersebut.Dalam masa yang sama juga sesi bergambar turut diadakan.Beberapa orang pelajar dan guru sekolah mengambil kesempatan untuk bergambar dengan pelajar Ting 5.Aku adalah orang yang paling sibuk ketika di pentas kerana begitu ramai yang mengajakku bergambar.
Aku sebenarnya bukanlah seseorang yang suka bergaya dan bergambar sebenarnya.Tetapi memandangkan malam ini merupakan malam akhir,aku turutkan sahaja permintaan dari juniorku.Dalam masa yang sama juga aku dapat merasakan ada tangan-tangan yang nakal terutamanya dari pelajar perempuan yg seolah sengaja menyentuh tubuh dan punggungku.Tetapi aku membiarkan dan tidak buat endah sahaja.
Tiba-tiba aku mendengar satu suara yang aku kenali untuk mengajakku bergambar.Iya, itu adalah suara daripada bekas kekasihku,Azmira. Pada mulanya aku enggan,tetapi selepas didesak akhirnya aku mengalah.Bukannya apa,aku tidak mahu hubunganku dan Shazuan kembali bergolak sebelum ini.
Kebetulan Shazuan yang berada di situ hanya tersenyum sahaja,malah dia turut membantu mengambil gambar kami berdua.Azmira yang kelihatan cantik dan ayu pada malam ini mengucapkan terima kasih kepadaku diatas kesudian bergambar bersama.
Meskipun aku dan dia tidak mempunyai hubungan istimewa seperti dulu,tetapi segala kenangan manis dan pahit semasa kami berdua bersama akan terpahat di hatiku buat selamanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
ASRAMA 2009
RomanceKONFLIK BERLAKU PADA DIRIKU DAN BEBERAPA ORANG KAWAN SETINGKATAN BERKAITAN JAWATAN KEPIMPINAN ASRAMA. TAHUN TERAKHIR AKU BERADA DI ASRAMA SELAMA 5 TAHUN. DIINSPIRASIKAN DARI SEBUAH KISAH BENAR.