"Kamu ada apa-apa masalah dengan Shazuan ke?", tanya Uncle Adnan kepadaku.
"Eh takde pape pun,maybe dia stress kot kat sini", jawabku ringkas.
Uncle Adnan datang melawatku dan Shazuan pada hari ini,kebetulan pula minggu ini bukanlah minggu balik wajib.Dia telah menemui Shazuan lebih awal sebelum bertemuku,kerana aku berada di kelas tadi untuk menyiapkan latihan yang diberi guruku.
"Saja lah Uncle tanya,sebab tadi uncle tanya tentang kamu dia diam sahaja.Biasanya tak macam tu", jelas Uncle Adnan lagi.
"Minggu depan kamu balik mana? Rasanya dah 2 kali balik kamu balik Kajang", tanya Uncle Adnan lagi.
"Minggu depan saya balik rumah Shazuan uncle,apa boleh buat uncle family dah rindu", jawabku sambil ketawa.
"Kamu takdepun Shazuan tak ke mana,ada je di rumah,motor kamu pun dia tak usik", kata Uncle Adnan.
"Memamglah sebab takde lesen.Tengoklah bila ada lesen,macam palesit hilang", selorohku.
Ketika aku berbual dengan Uncle Adnan,aku melihat Azim melangkah dengan laju seperti mahu berjumpa denganku.Kemudian aku nampak wajahnya kelihatan pucat sebelum berjalan dengan laju menuju ke arah sekolah.Mungkin dia tertinggal dompetnya di kelas fikirku.
Aku kembali ke bilik dan Shazuan tiada di sini.Aku sebenarnya ingin bertanya sendiri kepadanya mengapa sejak kebelakangan ini dia seperti dingin sahaja terhadapku.Aku kemudian meneka mungkin dia berada di gym bersama Ashraff.Jadi aku tangguhkan sahaja hasratku.
--------------------------------------------------------------
"Kami berdua harap abang bersabarlah,saya tahu benda ni tak mudah.Tapi semua benda perlu ambil masa kan?", kata Asraff kepada Fakhrul ketika mereka di dalam gym.Tekaan Wafi memang tepat,Shazuan dan Ashraff ke gym.Kebetulan pula Fakhrul berada di sana.Dan mereke bertiga meluangkan masa dengan berbual terutamanya dengan perkara yang berkaitan dengan asrama.
"Hancur dah asrama tu,aku pun tak tahu nak buat apa dah.Helmi tu pulak dah macam orang gila,habis semua orang jadi hamba dia", keluh Fakhrul dengan penuh kesal.
"Abang tak talk ke dengan bang Wafi?", tanya Shazuan pula.
"Banyak kali,tapi dia buat bodoh je,macam malas nak ambik port.Dari aku kenal dia tahun lepas memang perangai dia macam tu.Entahlah makin stress aku", sambung Fakhrul lagi.Sebenarnya sehingga kini Fakhrul tidak tahu bahawa mereka berdua merupakan pelajar dari sekolah yang sama Wafi belajar dulu.Dia juga tidak tahu yang Shazuan merupakan adik angkat Wafi.
"Abang rasa siapa yang kopak locker bang Helmi tu?", tanya Ashraff.
"Aku rasa betch kitorang gak", jawabnya ringkas.
"Abang rapat tak dengan abg Irfan?", soal Asharff lagi secara tiba-tiba.
"Takde a.Biasa macam tu jelah,malas aku nak rapat orang yg sembah Helmi ni.Kenapa? ," jawab Fakhrul lagi.
"Takde pape bang,saje tanya." Jawab Ashraff ringkas.
Sebenarnya sehingga hari ini Ashraff tidak menceritakan kepada Shazuan dan orang lain tentang kelakuan aneh Irfan yang berada di sisi katil Shazuan semasa dia tidur.Dia mengesyaki yang Irfan mahu mengambil kesempatan ke atas Shazuan ketika itu.Tapi dia tiada hujah untuk membuktikannya.Dia sebenarnya tidak mahu perkara yang pernah terjadi di asrama lamanya berulang kembali di sini.
--------------------------------------‐--------------------------
Azim mendengar ada tapak kaki melangkah berhampiran dengannya,segera dia mendiamkan diri.Dadanya begitu berombak kerana begitu penat berlari.Dia kini berada di atas loteng di dalam kelasnya.Sudah sebulan dia menjadikan tempat itu sebagai tempat persembunyiannya."Takde pulak si sial tu".
"Itulah,dah lah Helmi suruh cari dia."
"Aku rasa kalau dapat budak tu kerjakan je terus cukup-cukup sampai puas hati,babi betul main susah nak carik".
"Aku perasan tadi dia macam nak jumpa Wafi,lepas tu dia nampak kita terus pergi sekolah.Dah carik satu sekolah ni langsung tak jumpa."
"Dia nak mengadu kat Wafi lah tu.Nak ngadu kat Fakhrul tak guna sebab tahu tak boleh harap,dah lah jom round lagi.
Kalau tak jumpa jugak balik je lah asrama".Azim tidak lago mendengar suara di bawah.Dia kembali lega.Dia tidak tahu apa yang dia perlu lakukakan.Fikirannya menjadi buntu.Dan dia pun tidak tahu sampai bila dia mampu bersembunyi daripada Helmi.
YOU ARE READING
ASRAMA 2009
RomanceKONFLIK BERLAKU PADA DIRIKU DAN BEBERAPA ORANG KAWAN SETINGKATAN BERKAITAN JAWATAN KEPIMPINAN ASRAMA. TAHUN TERAKHIR AKU BERADA DI ASRAMA SELAMA 5 TAHUN. DIINSPIRASIKAN DARI SEBUAH KISAH BENAR.