BENCI

427 6 0
                                    

Aku tidak sempat pergi ke dewan makan pada hari ini disebabkan lewat bangun.Biasalah pada hari Sabtu dan Ahad,kebanyakkan penghuni asrama akan bangun lewat pada hari tersebut.Ini kerana mereka lebih rela memilih tidur daripada makan.Perutku sudah berbunyi minta diisi dan aku memanggil Saiful dan meminta dia membeli makanan untukku di cafe.

Aku sebenarnya merasa amat pelik,lama kelamaan makin ramai penghuni bilik lain bermalam dibilikku terutamanya ketika hari hujung minggu.Bukanlah aku tidak mahu menegur,tetapi aku tidak mahu melangkaui kuasa Ramadhan sebagai ketua bilik ini.Bila aku fikir kembali,asalkan mereka tidak menganggu tidur dan urusanku,selagi itu aku akan memejamkan mata.Kadang-kadang Naufal juga menumpang tidur di bilik ini,memanglah sebelum ini dia bilik bersamaku di bawah.Tapi tidak sekalipun aku pernah berbual dengannya.

Sedang aku menikmati hidangan makan pagiku,Azim pelajar tingkatan 1 menghampiriku.

"Bang,saya ada benda nak bagitahu abang", kata Azim.

Aku tidak mahu melayan sebenarnya kerana aku tidak suka apabila waktu makanku diganggu,apatah lagi ketika perutku sedang lapar.

"Bang,boleh tak saya mengadu kat abang? Sebab saya dah buntu sebenarnya." Sambung Azim lagi.

"Kau nak apa sebenarnya? Tak nampak aku tengah makan ke?," Jawabku dengan suara yang tinggi sehingga penghuni yang lain juga mendengarnya.

"Maaf bang,tak apalah.Abang makan dulu", jawab Azim sambil berlalu pergi.
--------------------------------------------------------------
"Ashraff, kau free tak? Teman aku jumpa abang Wafi kat bilik dia boleh?", tanyaku kepada Ashraff yang sedang melayan Lawak Kampus.

"Aku boleh je teman,masalahnya bang Wafi okay ke tak bila kau jumpa dia?", soal Ashraff sambil membelek halaman seterusnya.

"Entahlah,risau jugak aku kalau angin dia tak okay lagi.Aku pun tak tahu dah nak buat macamana,ni je ikhtiar yang aku ada", Jawab Shazuan dengan suara yang sedikit kesal.

"Bukan kau tak kenal dia Wan", jawab Ashraff ringkas.

"Hmm takpelah,kau baca lah komik tu.Biar aku jumpa dia sendiri", ucap Shazuan seolah merajuk apabila Ashraff seperti berat mahu menemaninya.

"Haa yelah,aku teman", jawab Ashraff.

Mereka berdua menaiki tangga menuju ke bilik Wafi yang terletak di tingkat 2.Apabila mereka berdua tiba tiada kelibat Wafi di dalam bilik.Kemudian Shazuan bertanya kepada penghuni bilik itu sekiranya mereka tahu di mana Wafi berada ketika ini.

"Cuba abang tengok kat tandas hujung,kadang bang Wafi merokok kat situ,sebab tadi dia baru je keluar", kata salah seorang penghuni bilik tersebut.

Kepulan asap rokok berkepul jelas di dalam tandas ketika ini.Puas aku rasakan,tambahan apabila menghisapnya selepas makan.Itulah nikmat terbesar bagi seorang perokok sepertiku.Selepas mandi nanti aku mahu ke gym untuk membakar lemakku.Tambahan pula latihan sekolah yang diberikan guru telah pun aku siapkan.Sedang aku khayal aku ditepuk bahu oleh seseorang yang membuatkan aku terkejut.

"Bang,bagi Wan masa nak cakap dengan abang kejap", kata Shazuan.

"Kau nak apa lagi"? Tanyaku dengan nada yang tinggi.

"Abang,Wan tahu Wan salah,Wan mintak abang maafkan abang.Tolonglah bang jangan hukum Wan macam ni", rayu Shazuan lagi.
Ashraff hanya memerhati sahaja mereka berdua daripada luar.

"Apa masalah kau? Aku ada kacau hidup kau ke? Ada aku pukul kau? Ada aku maki kau? Berambus." Jerkah ku kepada Shazuan.

"Abang boleh pukul saya sepuas hati abang.Saya sedar saya silap.Tapi tolonglah bang maafkan saya", rayu Shazuan lagi.

"Aku maafkan kau,sekarang kau berambus.Aku taknak kau datang atau jumpa aku lagi.Berambus", Kataku sambil menolak Shazuan sehingga dia terjatuh ke lantai.

"Babi sial la hari ni,malang betul macam-macam hal", rungutku sendirian kerana berlalu pergi meninggalkan Shazuan dalam tandas.

Ahsraff segera berlari mendapatkan Shazuan selepas kawan baiknya itu jatuh di atas lantai selepas ditolak oleh Wafi.

"Dah la tu Wan,move on la.Jom kita balik bilik", kata Ashraff yang menghulurkan tangannya kepada Shazuan.Kelihatan jelas mata Shazuan berkaca kaca.

"Sape yang bukan budak dorm ni berambus,jangan semak dalam bilik aku.Yang mana budak dalam dorm ni jangan memekak,rasa nak memekak pergi tempat lain.Aku taknak dengar pun satu suara.Aku nak tidur.Korang faham tak?", herdikku kepada semua penghuni bilik yang berada dalam dormku.Sungguh riuh dan bising tadi setibanya aku dari tandas.
--------------------------------------------------------------
"Entahlah Uncle Adnan,Wan dah tak tau apa lagi nak buat.Wan sedar Wan salah,Wan dah ngaku kesilapan Wan.Tapi dia macam benci sangat kat Wan sekarang ni", luah Shazuan kepada Uncle Adnan yang datang melawatnya di asrama pada hari ini.

"Uncle pun dah tak tahu nak buat apa utk bantu pulihkan hubungan kamu berdua.Lagipun uncle takde hak unfuk masuk campur,melainkan untuk beri nasihat je.Kamu anggaplah yang Wafi masih kecewa dengan kamu,kamu kena ambil hati dia balik." Jawab Uncle lagi.

Irfan terserempak dengan Shazuan ketika dia dalam perjalanan pulang ke asrama dari dewan makan.Lenggek tubuh dn punggung Shazuan dari belakang cukup mengiurkan buat dirinya.Apatah lagi Shazuan menyarung joggerpants ketat berwarna hitam pada hari ini.Dia tidak mampu lagi bertahan,dia mesti mendapatkan Shazuan dengan segera.

ASRAMA 2009Where stories live. Discover now