PANGKIN

459 7 0
                                    

Wafi kini berada di atas katil Shazuan.Dia kini sedang tidur dengan lena.Pakaiannya yang lembab tadi juga telah disalinkan oleh Shazuan.Badan abangnya panas,esok dia akan meminta bantuan Uncle Adnan untuk menghantar Wafi ke klinik jika demamnya belum surut.Dia membelai manja rambut dan menguncup dahi Wafi.Kemudian Shazuan keluar dari bilik dan tidur di ruang tamu.

Pagi-pagi lagi Untie Esah telah mengetuk pintu rumah Shazuan untuk memberi sarapan.Setelah diberitahu keadaan Wafi,segera Untie Esah memanggil suaminya datang ke rumah untuk melihat keadaan Wafi.Selepas itu dengan segera Uncle Adnan membawa Wafi ke klinik sambil ditemani Shazuan.

"Dia ni terkena demam panas sebab suhunya tinggi.Jadi saya nasihatkan untuk dia ambil cuti dalam 4 hari sehingga demam dia betul-betul pulih.Satu lagi saya lihat pesakit ini macam stress,jika boleh jangan ganggu dia buat sementara waktu", pesan doktor selepas memeriksa Wafi.

Sepanjang berada di rumah,Shazuan memang langsung tidak dapat bercakap dengan Wafi.Bubur yang dimasak Shazuan pun tidak dijamah oleh Wafi.Dia hanya menjamah sekiranya masakan itu di masak oleh Untie Esah ataupun dibeli dari luar.Sebelum dia kembali ke asrama,sempat dia menguncup dahi Wafi yang sedang tidur.Uncle Adnan yang menghantarnya pulang.

"Macam mana hubungan dengan Abg Wafi kamu? Dah okay ke? Uncle perasan macam sama je", tanya Uncle Adnan memulakan bicara.

"Sama je uncle,dia langsung taknak cakap dengan pandang muka saya.Wan tak tahu dah apa lagi nak buat.Ni pun Wan risau dia sorang-sorang kat rumah", jawab Shazuan.

"Itulah Uncle pelik bubur yang kamu masak langsung tak terusik.Itu yang Uncle minta Untie masakkan,sbb dapat rasa dia masih tak okay dengan kamu", terang Uncle Adnan lagi.

"Wan tahu Uncle Wan buat salah besar.Wan rampas awek dia.Dia boleh nak marah atau pukul Wan.Tapi janganlah hukum Wan lama macam ni.Dia langsung taknak sembang,dia langsung taknak tengok muka Wan.Wan perlukan dia Uncle,Wan sayang dia sebagai abang Wan", kata Shazuan sambil mengesat air matanya.
-------------------------------------------------------------
Wafi di halaman rumah sedang menyapu daun kering yang gugur dari pokok.Tidak seperti tempoh hari,kali ini dia seperti sudah bertenaga semula.Esok pula dia perlu menghadiri sekolah seperti biasa kerana cuti sakitnya akan berakhir hari ini.Uncle Adnan yang baru pulang dari luar melihat Wafi bermandi peluh di halaman rumah.

"Dah sihat kamu Wafi?", Tegur Uncle Adnan sambil menghampiri anak muda itu.

"Sihat dah Uncle,kalau tak, takde keluar rumah", jawab Wafi sambil tersenyum.

"Jom kita duduk,ada perkara yang Uncle nak sembang dengan kamu", Kata Uncle Adnan yang mula melangkah ke pangkin,Wafi mengikutinya dari belakang.

"Ada apa Uncle? Macam mustahak je." Tanya Wafi sambil melabuhkan punggungnya di atas pangkin.

"Uncle nak tanya,sampai bila kamu nak simpan rasa marah kamu tu pada Shazuan?", Pertanyaan Uncle Adnan yang secara tiba-tiba membuatkan dahi Wafi berkerut.Sebenarnya dia tidak berminat untuk membahaskan perkara ini lagi.Dia sendiri tidak menduga Uncle Adnan bertanyakan soalan ini kepadanya.

"Uncle taknak lah masuk campur urusan kamu berdua,tetapi sebagai orang tua Uncle ada hak untuk memberikan nasihat.
Uncle tahu amat susah kamu menerima apa yang terjadi,sakit di hati kamu tu takkan hilang macam tu sahaja dan pasti mengambil masa yang lama.
Shazuan tu dia tidak punyai siapa lagi selain dari kamu Wafi.Keluarga dia dulu amat mempercayai dan menyayangi kamu.Mereka semua dah tiada dan harapan itu terletak pada kamu seorang sahaja sekarang.
Janganlah kamu merajuk terlalu lama,kerana takut benci kamu tu bertukar menjadi dendam.
Shazuan tu hanya remaja sama seperti kamu,yang melakukakan kesilapan.Uncle tahu kamu rasa sakit dikhianati,tapi percayalah ada hikmah di sebalik semua ini.Nasihat Uncle kamu maafkan lah Shazuan.Uncle dah tak tahan apabila dia bersedih macam sekarang.
Hubungan kamu berdua yang erat dahulu pun sudah lama menjadi dingin.Jangan disebabkan marah,kamu dan Shazuan masing-masing kehilangan orang yang tersayang.
Biarlah Uncle nasihat tentang kali terakhir tentang perkara ini,Uncle dah takkan masuk campur dah jika kamu masih berkeras.Uncle harapkan yang baik-baik sahaja dari kamu berdua.Seterik manapun Shazuan ataupun diri kamu,kamu berdua saling memerlukan kerana kamu umpama abang dan adik.Cubit peha kiri,peha kanan juga terasa", Uncle Adnan mengakhiri perbualannya.

ASRAMA 2009Where stories live. Discover now