Aku telah pun kembali ke asrama bersama rakan-rakan setingkatanku yang lain.Sebagai senior,memang kami perlu pulang 2 hari awal sebelum hari pendaftaran pelajar.Ini kerana kami perlu membantu warden untuk menyusun kedudukan katil dan almari untuk setiap bilik.Untuk tahun ini aku tidak sama bilik dengan Helmi,aku akan masuk ke Bilik Zuhal bersama Raden dan Bob manakala Helmi akan berpindah duduk di Bilik Utarid bersama Aminul dan juga Zakwan.
Pagi esok juga kami semua diminta berkumpul di Dewan Sekolah kerana pihak pengurusan sekolah dan asrama akan mengumumkan perlantikan ketua pelajar dan ketua asrama dan juga biro berkaitan.Semua pelajar tingkatan 5 lelaki dan perempuan sudah pun memenuhkan ruang di kerusi hadapan untuk mendengar penguguman tersebut.Masing-masing tidak sabar untuk mendengar penguguman tersebut kerana kebanyakkannya berharap untuk dipilih.Jika di sekolah lamaku dulu,perlantikkan sebegini akan dibuat pada setiap hujung tahun sebelum sesi persekolahan berakhir.Tetapi di sini lain caranya.
Pengetua sedang berdiri di hadapan memberi ucapan selamat kembali ke asrama buat kami semua.Dia juga menyampaikan amanat kepada semua pelajar tingkatan 5 yang terpilih untuk menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh amanah dan tanggungjawab.Dia juga meminta kepada pelajar terpilih agar mengemukakan cadangan masing-masing sama ada untuk asrama ataupun sekolah.Dan saat yang dinantikan telah pun tiba.
"Untuk perlantikan Biro Kebersihan dan Kebajikan Sekolah disandang oleh Nur Shazwani bt Adnan,Biro Sukan dan Rekreasi Sekolah Muhd Rizal b Asnan,Biro Kerja Utama dan Acara,Athirah bt Mohd Ghazali,Biro Tindakan Khas & Unit Disiplin Aminul b Mohd Rashid",
Kesemua ketua biro yang dilantik diberikan kebebasan untuk memilih tinbalan exco di kalangan pelajar ting 4 nanti apabila mereka mendaftar masuk nanti.
Bagi pemilihan Timb Ketua Pelajar Sekolah di sandang oleh Nurul Atifah bt Jonet dan Ketua Pelajar pada tahun ini disandang oleh Khairul Helmi b Zulkefli", ucap pengetua sambil di sambut dengan tepukan meriah olah kami semua.Malah ada yang sempat memerli lagi bahawa Helmi dan Nurul perlu menjaga anak yang ramai kerana mereka adalah pasangan kekasih."Sekarang ini diumumkan perlantikkan untuk biro asrama pula.Kita Mulakan dengan asrama perempuan,
"Biro Rawatan,Kebajikan dan Dewan Makan di sandang oleh Saleha bt Yaakob,Biro Sukan & Rekreasi oleh Nur Hanisah bt Wok,Biro Aduan dan Disiplin Nur Humaira bt Amran.Manakala untuk timbalan pula boleh dilantik di kalangan pelajar ting 4.
Bagi jawatan Timb Ketua Asrama disandang oleh Siti Zulaikha bt Abd Manan dan Nur Atifah bt Ibrahim diumumkan sebagai Ketua Asrama Perempuan untuk tahun ini.Untuk asrama lelaki pula,Mohd Irfan b Abdullah akan menyandang jawatan sebagai Biro Kebajikan,Rawatan dan Dewan Makan,Biro Sukan dan Rekreasi disandang oleh Muhd Aznil b Ishak,Biro Aduan dan Disiplin oleh Ahmad Khairi b Jaafar.Kesemua ketua biro boleh melantik timbalan masing-masing dalam kalangan pelajar ting 4 nanti.
Bagi jawatan Timb Ketua Asrama,pihak pengurusan sekolah dan asrama bersetuju untuk melantik Muhd Fakhrul b Radzi manakala jawatan Ketua Asrama 2009 disandang oleh Muhd Wafi b Che Mat."Aku terkejut dengan penguguman tersebut,apatah lagi aku sebenarnya tidaklah bercita cita untuk memegang sebarang jawatan di sini.Padaku ini semua adalah beban untukku.Aku menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakanku yang lain berhubung pemilihanku sebagai ketua asrama.Bagaimanapun aku akan cuba melaksanakan tugas ini sebaik mungkin tambahan pula Fahrul akan menjadi pembantuku.Seusai penguguman tersebut pengetua meminta Ahli Jawatan Kuasa Sekolah & Asrama yang baru dilantik untuk hadir ke mensyuarat bersama guru guru dan warden asrama yang akan diadakan bertempat di bilik mensyuarat sekolah.
--------------------------------------------------------------
Beberapa perkara yang telah kami cadangkan kepada pihak pengurusan asrama dan sekolah dalam mensyuarat sebentar tadi dan diterima oleh pihak pengurusan.Antaranya adalah mengenai jadual pembelajaran dalam kelas.Aku,Nurul dan Helmi mencadangkan agar waktu kelas dimulai awal iaitu pada jam 7.30 pagi manakala utk waktu rehat di cafe dihapuskan dan digantikan dengan waktu sarapan pagi yang bermula dari pukul 9.30 pagi - 10.15 pagi.Kelas akan bersambung kembali selepas itu sehingga jam 1.00 petang.Waktu prep petang pula bermula dari 2.30 petang sehingga 4.45 petang manakala untuk waktu malam tiada kelas prep dan pelajar bebas membuat aktiviti sendiri.
Kami menggunakan alasan pertukaran jadual di atas untuk mengikuti sistem pembelajaran di MRSM Selangor,tempat yang aku pernah bermalam dahulu.Pihak pengurusan sekolah dan asrama bersetuju tetapi dengan syarat untuk kami memantau semua aktiviti pelajar agar mereka tidak mengambil kesempatan dengan melanggar disiplin yang telah ditetapkan.Kami semua berjanji dan bersetuju untuk melaksanakan arahan tersebut.
YOU ARE READING
ASRAMA 2009
عاطفيةKONFLIK BERLAKU PADA DIRIKU DAN BEBERAPA ORANG KAWAN SETINGKATAN BERKAITAN JAWATAN KEPIMPINAN ASRAMA. TAHUN TERAKHIR AKU BERADA DI ASRAMA SELAMA 5 TAHUN. DIINSPIRASIKAN DARI SEBUAH KISAH BENAR.