Helmi sudahpun dilantik sebagai ketua asrama mengantikan Wafi yang meletak jawatan.Keadaan asrama boleh dikatakan tidak tenang ketika ini kerana Helmi mula membuat peraturan yang lebih ketat,malahan peraturan itu boleh diubah sesuka hatinya.Penghuni asrama tidak lagi dibenarkan untuk ke dewan untuk bermain badminton atau ping pong pada waktu malam,mereka juga tidak dibenarkan berada di gym malah semua penghuni asrama wajib berada di kelas pada waktu malam untuk ulangkaji.Hanya penghuni junior tertentu sahaja yang diberikan kelonggaran tersebut.
Amarah Helmi kerana lockernya diumpil tidak pernah reda,dia sering memukul Shafie dan Ikram untuk melepaskan rasa geramnya.Meskipun kedua orang penghuni ting 2 dan ting 3 itu sudah menafikan mereka berdua terlibat,tetapi Helmi tetap tidak berpuas hati.Hampir setiap malam kedengaran bunyi tangisan dan jeritan meminta tolong dari mereka berdua.Penghuni asrama yang lain juga tidak berani membantu,masing-masing bimbang mendapat nasib yang sama.Masing-masing juga tidak berani mengadukan perkara ini kepada pihak warden atau ibubapa dan penjaga.
Fakhrul dan beberapa Jawatan Kuasa sudah puas memberi nasihat dan teguran kepada Helmi,tetapi dia tidak mengendahkan.Apa yang membuatkan Fakhrul geram adalah kerana Irfan dan Shazreen sentiasa menyokong apa yang dilakukan oleh Helmi walaupun perkara itu ternyata salah dan melanggar disiplin.Sebab itu juga ada dalam kalangan penghuni asrama memanggil dan mengelar mereka
3 JAHANAM kerana sikap jahat dan buruk mereka.Bagi pelajar junior,keadaan ini bukanlah yang seperti mereka impikan.Mereka seolah terpaksa mengikut sahaja arahan yang diberikan Helmi dan 2 orang kawannya itu.Kebahagiaan kehidupan mereka diasrama dirompak begitu sahaja.Apa yang mereka kesalkan,mereka terpaksa berlakon seperti semuanya baik-baik sahaja.Hendak berpindah dari sini juga mereka perlu memikirkan berulang kali sebelum membuat keputusan,kerana untuk masuk ke sekolah elit seperti ini bukanlah perkara yang mudah.Inilah sekolah antara terbaik yang berada di negara ini.
--------------------------------------------------------------
Setiap hari aku didatangi penghuni asrama junior yang mengadu nasib tentang diri mereka.Begitu juga dengan Fakhrul,sering kali menemuiku meminta aku kembali menjadi Ketua Asrama.Tetapi aku enggan melayan,aku malas memikirkan hal yang membuat kepalaku sakit.Lebih baik aku hidup begini daripada perlu bergaduh dengan orang.Semalam Shafie ada menemuiku di dalam bilik ketika semua pelajar bersiap hendak ke sekolah.Mulutnya terdapat kesan bengkak ditumbuk oleh Helmi.Begitu juga dengan badannya yang penuh dengan kesan lebam.Aku tidak mampu berbuat apa-apa,hanya mampu untuk minta dia bersabar.Aku sendiri sudah lama tidak berbual dengan Shazuan,dia seolah marah dengan tindakanku meletakkan jawatan dan membuatkan dirinya dan penghuni junior yang lain hidup dalam ketakutan.
Fakhrul ada memberitahuku bahawa Helmi,Irfan dan Shahzreen ada meminta pelajar RM5 setiap seorang.Mana-mana pelajar yang tidak memberi wang tersebut akan dihalang daripada menyertai aktiviti di asrama dan sekolah,mereka juga diugut dengan pukul sekiranya mereka terus enggan membayar.
Aku bukanlah sang penyelamat ataupun adiwira di asrama ini.Aku hanya pelajar biasa yang bernasib baik berada dalam tingkatan 5.Sekiranya aku ini pelajar junior,sudah pasti aku akan melalui apa yang mereka rasakan.Aku hanya mampu melindungi ahli bilikku sahaja,walaupun bukan untuk semua perkara.Aku tidak mahu menimbulkan pergaduhan dengan Helmi,kerana dia banyak membantuku tahun lepas,begitu juga dengan Irfan.Cuma aku tidak pasti mengapa mereka berubah seperti itu.Aku juga tidak mahu kembali ke perangaiku yang lama,kerana aku telah berjanji pada diriku sendiri untuk berubah.
Aku dan Bob melangkah pulang ke asrama selepas ulangkaji pelajaran di dalam kelas.Kawan-kawanku yang lain seperti Raden sudah lama pulang awal,pening kepala katanya.Esok merupakan hari Sabtu,jadi bolehlah aku tidur lewat pada malam ini.Dari jauh kami berdua dapat melihat Helmi sedang mengumpulkan semua penghuni asrama ketika lewat malam begini.Aku tidak pasti apa lagi masalah yang berlaku dan aku melewati himpunan itu dengan muka yang bersahaja.
"Tu haa,mantan Ketua Asrama korang dah balik? Taknak merayu dekat dia ke?", ejek Helmi kepadaku dan disambur gelak tawa dari Shahzreen.Aku tidak peduli dan terus masuk ke dalam bilik.

ANDA SEDANG MEMBACA
ASRAMA 2009
RomanceKONFLIK BERLAKU PADA DIRIKU DAN BEBERAPA ORANG KAWAN SETINGKATAN BERKAITAN JAWATAN KEPIMPINAN ASRAMA. TAHUN TERAKHIR AKU BERADA DI ASRAMA SELAMA 5 TAHUN. DIINSPIRASIKAN DARI SEBUAH KISAH BENAR.