Shazuan baru sahaja bangun dari tidur. Dia memandang wajah abangnya yang masih nyenyak tidur.Sememangnya mereka berdua sangat kepenatan kerana mereka berdua terlalu sibuk pada malan tadi.Shazuan tidak mahu menganggu abangnya yang masih lena. Dia perlu bersiap kerana sebentar lagi Mak Ngah mahu menemuinya sebentar lagi.Wafi dari awal sudah menolak pelawaan Mak Ngah dan Shazuan semalam.Pada Wafi,biarlah Shazuan sendiri menemui Mak Ngah secara peribadi.Mungkin ada hal keluarga yang mereka mahu bahaskan.
Mak Ngah telah pun sampai di lobi hotel.Kebetulan terdapat kedai Starbucks di lobi hotel Shazuan dan ahli keluarga Mak Ngah yang lain hanya melepak di situ sahaja.Shazuan juga menawarkan kepada ahli keluarga Mak Ngah untuk membeli apa apa minuman di sini kerana dia akan membayarnya.Shazuan tidak perlu gusar kerana wang yang di berikan En Firdaus semalam lebih daripada cukup untuk membayar kesemua minuman tersebut.
"Abang Wafi kamu mana? Tak turun sekali?", soal Mak Ngah kepada Shazuan.
"Ada kat atas tengah tidur.Lagipun semalam dia tidur lambat.Dia ada sampaikan salam Mak Ngah sekeluarga", jawab Shazuan.
"Baik juga tu,kerana Mak Ngah ada hal keluarga nak bincang dengan kamu", Kata Mak Ngah sambil merenung anak buahnya itu.
"Kenapa Mak Ngah?", tanya Shazuan
"Busu dan pakcik makcik kamu minta Mak Ngah pujuk kamu untuk bersetuju jual tanah di Sepang.Nama ayah kamu pun ada dalam geran." Kata Mak Ngah memulakan cerita.
"Ohh tentang tu Shazuan tak berapa tahu Mak Ngah.Memang urusan ni En Firdaus yang tahu." Jawab Shazuan.
"Mak Ngah tahu.Ada juga Busu kamu jumpa En Firdaus tempoh hari.Katanya kena tanya pada kamu kerana kamu berhak ke atas harta arwah ayah kamu tu.Itu yang Busu minta Mak Ngah jumpa kamu ni." Terang Mak Ngah lagi.
"Nantilah Wan bincang dengan En Firdaus Mak Ngah.Wan nak buat keputusan sendiri nanti dia fikir Wan tak hormat dia sebagai peguam pula", Kata Shazuan lagi.
"Baiklah Shazuan,kalau boleh kamu lepaskan je lah tanah bahagian arwah ayah kamu tu.Mak Lang tak mahu lah pasal benda ni pakcik makcik kamu bermasam muka dengan kamu", pesan Mak Ngah lagi.
"Okay Mak Ngah.Shazuan cuba berbincang dengan En Firdaus dulu ya.
Sebenarnya Wan pun sedih tengok apa yang jadi sekarang,tapi apa yang Wan boleh buat Mak Ngah selain bersabar.
Wan sendiri tak sangka pasal harta arwah ayah ni,sedara mara Wan benci dekat Wan.Terima kasih Mak Ngah sebab selalu melindungi Wan." Kata Shazuan dengan suara yang sedih.
--------------------------------------------------------------
Aku melihat Shazuan sedang menonton televisyen di ruang tamu.Aku tidak pasti sudah berapa lama dia bersendirian di luar kerana aku baru sahaja selesai mandi.Lewat hari ini aku bangun kerana projek khas yang aku lakukan bersama Shazuan.
Bagaimanapun adik angkatku itu terpaksa bangun awal kerana perlu berjumpa dengan Mak Ngah.Aku melihat wajahnya kosong meskipun televisyen terbuka.Seperti yang aku jangka mesti ada masalah berkaitan dengan sanak saudaranya.
Aku tidak mahu bertanya kerana itu bukan urusanku.Bukanlah bermaksud aku tidak mengambil berat tentang apa yang berlaku kepada Shazuan,tetapi padaku jika hal berkaitan harta peninggalan atau urusan peribadi berkaitan keluarga,biarlah Shazuan sendiri yang menguruskan.Lagipun dia boleh meminta nasihat dan pandangan dari En Firdaus.Aku tahu ramai pakcik dan makciknya berebut harta ayah sejak dia meninggal dunia.Mereka masing-masing cuba mengambil kesempatan dan memberi tekanan kepada Shazuan.Mujurlah En Firdaus ada membantu dan melindunginya sehingga hari ini.Jika tidak,pasti Shazuan sudah merempat sekarang.
YOU ARE READING
ASRAMA 2009
RomanceKONFLIK BERLAKU PADA DIRIKU DAN BEBERAPA ORANG KAWAN SETINGKATAN BERKAITAN JAWATAN KEPIMPINAN ASRAMA. TAHUN TERAKHIR AKU BERADA DI ASRAMA SELAMA 5 TAHUN. DIINSPIRASIKAN DARI SEBUAH KISAH BENAR.