SENIORITI

596 7 0
                                    

Helmi begitu berang sekali apabila dia mendapat tahu lockernya dikopak kerana ada kesan umpilan yang kelihatan.Dengan pantas dia mengumpulkan semua penghuni asrama junior pada lewat malam untuk mencari pelakunya.Bukan itu sahaja,dia mula menendang penghuni yang dia syaki mengumpil lockernya.

Aku yang sedang lena tidur ketika itu mendengar bunyi bising dari luar segera turun dari katil untuk mengetahui perkara yang terjadi.Ketika itu semua rakan setingkatanku hanya melihat sahaja kelakuan Helmi yang semakin mengila memukul penghuni asrama tanpa dihalang.Aku segera mendapatkan Helmi dan menghalangnya.

"Kau ni dah kenapa? Chill lah ", bentakku ketika menghalang Helmi.

"Locker aku kena kopak,mesti ada musibat yang buat.", jawab Helmi dengan nada yang marah.

"Masalahnya yang kau nak mengamuk kat sini kenapa? Dengan budak dorm lain kau panggil.Kau kumpul lah budak dorm kau dulu tanya,takkan lah sorang pun tak sedar locker kau kena kopak", bentakku lagi.

"Yang kau beck up sangat dorang kenapa? Tahulah kau ketua asrama kesayangan dorang kat sini.Tapi kau tu cuma budak baru,aku lagi lama kat sini.So sukahati aku nak buat apa?", Kata Helmi dengan nada yang keras.Dia juga mula menolak badanku dengan kasar sekali.

"Woii rileks Helmi,apa kata kita masuk berbincang dulu", kata Aminul lagi yang mula menghampiri kami berdua.
Rakan rakan setingkatan yang lain juga cuba menenangkan Helmi ketika ini.

"Korang pun nak beck up Wafi ni? Oii korang sedar tak aku lagi lama kat asrama ni? Patut korang dengar cakap aku,bukan dia ni.Aku yang patut jadi Ketua Asrama,bukan dia", herdik Helmi lagi.

"Ni bukan soal siapa lama atau tak.Ni tentang apa yang betul dengan salah.Cara yang kau buat ni salah," jawabku sambil menahan geram.

"Habis kau nak fight dengan aku? Marilah.Siapa tumbang dulu dia kena letak jawatan,deal ?", cabar Helmi kepadaku.

"Kalau kau nak ambik jawatan ni pun bolehlah, kau ambik.Tak payah sampai nak berlawan.Tapi dengan syarat kau bagi budak-budak ni masuk bilik dulu.Bukan dengan cara macam ni kau kumpul semua budak,pukul sesuka hati kau kat sini", jawabku lagi.

"Hahahaha weh korang tengok ketua asrama korang ni..Pengecut !!" Ejek Helmi lagi kepadaku.Aku rasa semakin tercabar pula.

"Aku bukan pengecut,cuma aku taknak panaskan keadaan dan memalukan sesama kita.Korang semua yang ada bangun !!! Masuk dalam bilik masing-masing sekarang !!", kataku lagi kepada Helmi sambil meminta semua penghuni bilik masuk ke bilik.

"Esok aku hantar surat letak jawatan aku,kau pulak jadi ketua kat sini.Kau boleh buat apa yang kau suka lepas aku letak jawatan.Takde sesiapa akan halang kau," kataku ku ringkas kepada Helmi sebelum aku memasuki bilik.

Fakrul dan kawan-kawanku yang lain yang selama ini membantuku di asrama terkejut mendengar keputusanku.Ada yang meminta aku untuk bertenang dan mengajak aku berbincang,tetapi aku malas nak melayan.Lebih baik aku masuk ke bilik untung menyambung tidurku.Shazuan juga memandang wajahku dengan muka yang sugul.Mungkin dia tahu aku tiada "mood" ketika ini untuk di ajak berbual.

"Lepas aku jadi ketua asrama korang tahulah apa nasib korang.Kalau korang tahu siapa yang kopak locker aku baik bagitahu,sebelum aku kerjakan semua", jerit Helmi di perkarangan asrama.
--------------------------------------------------------------
Aku mengotakan janjiku yang kepada Helmi,aku telah memberi surat perletakan jawatanku kepada ketua warden dan mencadangkan Helmi mengantikan tempatku.Meskipun berulang kali aku diasak sebab untuk berbuat demekian,aku enggan menjawab perkara yang sebenar.Sebaliknya aku memberikan alasan untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran.

Ketua Warden telah mengumpul semua Ahli Jawatan Kuasa Asrama untuk membincangkan perkara ini.Untuk langkah sementara Fakhrul akan menyandang sementara jawatan Ketua Asrama sementara menunggu keputusan perlantikkan Ketua Asrama yang baru.Helmi juga mengotakan janjinya untuk tidak mengapa apakan penghuni asrama sehingga pemilihannya dimuktamadkan.Aku terus berdoa agar pelaku yang mengumpil locker Helmi tampil mengaku kesalahannya sebelum Helmi bertindak di luar batasan.
-------------------------------------------------------------
"Aku tak fahamlah dengan abg Wafi tu,kenapa semalam dia tak fight je dengan abg Helmi tu,kompem boleh menang punya", kata Khairudin ketika bersama sama dengan rakannya yang lain sewaktu menikmati hidangan makan tengahari.

"Tue lah,aku rasa menyampah pulak dengan Helmi Terung tu,acah hebat sangat." Sambung Zuhair pula.

"Aku tak tau la macam mana nasib kita semua nanti kalau comfirm bang Helmi jadi ketua asrama,dekat sekolah pun dah seksa aku.Asyik kena pow je dengan dia kat cafe", kata Maliki pula.

"Aku ada dengar jugak budak bawah ngadu kena pow,ingatkan rekaan je.Rupanya betul.Berapa dia pow kau?", tanya Shazuan pula.

"Takdelah banyak sangat, RM3 je.Tapi kalau dah hari-hari dia pow matilah aku,aku nak makan apa.Nasiblah dia tak dapat jadi ketua asrama,kalau tak setiap dorm aku rasa dia pow", jawab Maliki lagi.

"Dia tak berani pow kat asrama sebab dia tahu abg Wafi ketua asrama.Lepas ni tak tau la macam mana", jawab Ashraff pula.

"Sebab tu tadi aku cakap,kenapa lah bang Wafi goyang sangat masa bang Helmi tu ajak fight.Kalau betul lah dia berani sangat asal tak sahut? Atau bang Wafi tu memang penakut? Aku tengok gaya dia jenis cool je", tanya Khairuddin lagi.

"Kalau korang nak tahu,Bang Wafi dulu satu asrama dengan aku sampai dia Form 3.Dia bukan penakut,tapi dia banyak fikir sebab,kedua dia tak layan sebab dia tau dia akan menang", jawab Ashraff sambil mengunyah makanan.

"Dah tau boleh menang,kenapa tak gaduh je semalam?", tanya Zuhair.

"Sebab nanti makin teruk jadinya.Bukan pada kita ngan bang Wafi,tapi kat Helmi tu.Lagipun bukan senang Bang Wafi tu nak berubah macam sekarang.Sudahlah tak payah buka kisah lama." Kata Asraff yang terus mematikan perbualan.

ASRAMA 2009Where stories live. Discover now