MENUMPANG

645 10 0
                                        

Shahzreen dikenakan hukuman buang asrama,Manakala Wafi,Helmi dan Irfan masing-masing digantung asrama selama 2 minggu.Meskipun ramai penghuni asrama menyokong tindakan Wafi pada kejadian tempoh hari,pihak sekolah tetap menjatuhkan hukuman tersebut sebagai pengajaran kepada penghuni lain agar tidak mengambil tindakan sendiri,sebaliknya perlu diadukan kepada warden.

Shahzreen pula dikenakan hukuman keras sebegitu kerana sebelum ini dia berulang kali melakukan kesalahan yang sama.Pihak sekolah tidak mempunyai pilihan yang lain.Malang berganda buat Helmi,selain dikenakan hukuman,jawatan dia sebagai Ketua Pelajar dan Asrama juga dilucutkan.Kini Aminul dan Fakhrul masing-masing menyandang jawatan tersebut secara sementara sehinggalah perlantikan jawatan tetap itu diumumkan.

Wafi tiada pilihan lain,selain perlu duduk menumpang di rumah Shazuan.Jika diikutkan hatinya,dia mahu sahaja pulang ke Kajang.Bagaimanapun dia perlu ke sekolah setiap hari untuk mengikuti sesi pembelajaran.Uncle Adnan telah menjemputnya pulang,sebelum itu dia sempat menemui Shazuan.Uncle Adnan berjanji kepada Shazuan dia akan mencuba memujuk Wafi supaya hubungan mereka yang berantakan ini pulih kembali.
--------------------------------------------------------------
Aku perlu bersiap ketika ini kerana sebentar lagi aku akan ke sekolah dengan menaiki motor.Uncle Adnan ada menawarkan kepadaku untuk dia menghantar dan menjemputku pulang dari sekolah.Tetapi aku enggan kerana jaraknya yang jauh.Aku hanya menaiki motosikal sahaja,tambahan pula aku sudah pun memiliki lesen.

Perjalanan pergi dan pulang sebenarnya amat memenatkan untukku.Aku perlu mengambil masa kira-kira 1 jam untuk sampai di sekolahku dari Rembau.Jika cuaca tidak memihak padaku,masa yang akan diambil bertambah lama.Tapi aku cuba ketepikan penatku itu kerana aku perlu juga hadir ke sekolah,tambahan pada tahun ini aku menduduki SPM.Aku berhajat untuk pulang ke Kajang pada Jumaat ini selepas pulang dari sekolah.

Diriku seolah menjadi tumpuan sejak kejadian itu.Ke mana sahaja aku pergi pasti akan ada mata yang memandang.Aku juga ada dipanggil oleh beberapa orang cikgu untuk bertanyakan perkara sebenar tentang apa yang berlaku.Sebenarnya aku bukanlah jenis yang suka bercerita,tetapi disebabkan mahu menjaga hati dan airmuka mereka,terpaksa aku ceritakan.Jelas mereka menyokong tindakanku.

Sepanjang minggu ini,aku ada juga terserempak dengan Helmi,Shazreen dan Irfan,tetapi aku lansung tidak menegur.Mereka bertiga juga seolah dipulaukan oleh kawan-kawan aku yang lain.Mungkin kerana tindakan mereka yang berlebihan.Bagaimanpun hubungan aku bersama kawan-kawanku yang lain masih tidak berubah.Mereka semua tiada masalah denganku dan melayanku dengan baik.

"Wafi,sekejap nak.Esok pelajar sekolah balik wajib kan? Nanti kamu bawa pulang Shazuan sekali ya", kata Uncle Adnan kepadaku.

Aku sebenarnya baru sahaja sampai ke rumah.Sebenarnya aku sendiri tidak sedar bahawa esok adalah minggu balik wajib dan permintaan Uncle Adnan cukup berat untukku.Aku rasa dia sendiri sudah tahu hubunganku dan Shazuan sudah pun berakhir.

"Saya rasa dia boleh kot naik bas,lagipun saya esok nak balik Kajang terus lepas habis kelas Uncle", jawabku semula.

"Kamu nak balik ke Kajang pun kamu akan melalui kawasan sini juga.Kamu tak hantar sampai ke rumah pun takpe,kamu tinggalkan sahaja dekat depan Kedai Kopi Ah Meng tu,nanti Uncle datang jemput dia dari sana", Kata Uncle Adnan lagi.

"Hmm,okay", jawabku dengan berat sekali.

Aku masuk dan baring di atas sofa yang terletak di ruang tamu.Aku tidak pernah masuk ke bilik Shazuan semenjak aku kembali semula ke sini.Jika aku mahu mandi atau membuang hajat,aku akan menggunakan tandas di dapur sahaja.Kepalaku berat memikirkan hari esok,ikutkan hatiku ingin sahaja aku ponteng sekolah.Tapi Uncle Adnan sangat berharap kepadaku untuk membawa Shazuan pulang sekali.Mahu atau tidak aku terpaksa menunaikan permintaanya.

Sudah lama aku menunggu di sini menanti kehadiran Shazuan.Loceng sekolah aku kira telah 15 minit berbunyi.Mungkin ketika ini dia baru hendak meletakkan pakaiannya ke dalam bag.Aku juga tidak pasti sama ada Uncle Adnan ada memberitahunya atau tidak yang dia akan pulang ke rumah bersamaku.Sedang aku mengelamun,Shazuan menyapaku dan aku terus memberinya helmet.

Hujan turun dengan lebatnya,disebabkan aku hanya melalui jalan kampung aku hanya meneruskan sahaja perjalananku kerana tiada tempat untuk aku berhenti berteduh.Aku menunggang motor dengan penuh berhati hati kerana bimbangkan jalan yang licin.Hujan lebat itu berterusan sehinggalah aku tiba di perkarangan rumah Shazuan.
Bajuku habis basah kuyup,mujurlah aku ada membawa plastik,boleh lah aku membungkus beg sekolahku,jika tidak sudah pasti basah buku di dalam beg.Disebabkan hujan tiada tanda berhenti,aku memutuskan untuk pulang ke Kajang lewat sikit sehingga hujan reda.

ASRAMA 2009Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang